webnovel

Tamatnya Riwayat Maharani Rong (4)

Editor: EndlessFantasy Translation

Lututnya menjadi lemah, lalu Maharani Rong tersungkur ke lantai. Dengan mukanya yang pucat, dia melihat keluar dari istana dengan harapan yang punah.

Habislah dia! Kali ini, dia memang sudah habis!

Di perkarangan istana, bunyi keriuhan berkumandang. Selepas beberapa ketika, seorang lelaki muda yang tampan mengetuai satu rombongan masuk dari luar istana. Sambil melambaikan tangannya, dia memberikan arahan dengan dingin, "Pengawal! Tangkap Maharani Rong serta anak buahnya!"

"Tidak!"

Melihat sekumpulan orang ini mendekatinya dengan senjata, Maharani Rong akhirnya faham apa yang sedang berlaku lalu berteriak, "Lepaskan Beta. Beta adalah Maharani dan ibu kepada negara ini! Berani sungguh kamu menyerang Beta! Beta akan menghukum mati seluruh ahli keluarga kamu!"

Rambutnya terurai dan jatuh pada mukanya. Dia merenung ganas pada pengawal-pengawal itu seperti seorang wanita gila, dengan wajah seperti orang gila.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo