webnovel

Sangat Tidak Tahu Malu (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Tuan Tua Ning menjeling tenang pada Maharaja yang sombong itu lalu ketawa secara memerli. "Orang tua ini tidak pernah berjumpa dengan orang yang tidak tahu malu begini. Jelas sekali Tok Ketua Rong maksudkan kamu, tetapi kamu tegas menujukannya pada Cik Yun. Tiada siapa yang dapat menandingi ketebalan muka kamu ini."

Wajah Gao Tu kaku! Apa maksud orang tua ini? Tok Ketua Rong bukan maksudkan Yun Luofeng? Dia yang dimaksudkan?

Memikirkan hal ini, matanya merenung Tok Ketua Rong, Selepas melihat ejekan dalam mata lelaki tua itu, Gao Tu berasa sangat kecewa, gelombang kemarahan bergelora dalam hatinya!

Dia merenung dingin pada Yun Luofeng, penampilannya yang serius menunjukkan anginnya yang kurang baik.

Jika bukan disebabkan Yun Luofeng, maruahnya tidak akan dipermainkan sebegini di hadapan begitu ramai menteri! Dia juga tidak ingin dimalukan seperti ini!

Satu hari nanti, dia pasti akan membalas penghinaan ini.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo