webnovel

Yun Luofeng, Penipuan Yang Hebat (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Dia sangat pasti datuknya sendiri pun tidak tahu tentang ketidakupayaannya melakukan hubungan seks. Jadi bagaimana Yun Luofeng boleh tahu?

Justeru itu, setelah memikirkan hal itu selama beberapa hari, dia akhirnya datang ke sini untuk bertanya mengenainya!

Dari jauh, dia melihat seorang gadis berpakaian serba putih dengan matahari menghala ke arahnya. Sejalur cahaya memancar ke arah wajah dengan kecantikannya yang tersendiri, dia bagaikan watak yang berjalan keluar dari sebuah lukisan - kecantikan tiada bandingan.

Mata Mu Shen bersinar penuh kagum. Bagaimana dia tidak perasan Yun Luofeng begitu cantik sebelum ini? Betul, ia pasti disebabkan oleh pembawaannya!

Betul tu, pembawaan gadis ini telah berubah sepenuhnya. Dia bukan lagi seperti dirinya yang dulu yang tergila-gilakan lelaki dan sudah berubah menjadi seorang yang tinggi keyakinan diri. Sedikit sentuhan keangkuhan terlihat di antara keningnya, dan matanya seperti dia memandang rendah terhadap dunia.

TIba-tiba Mu Shen mendapat firasat yang kakaknya sendiri, Mu Wushuang, tidak dapat dibandingkan dengan gadis dalam pakaian putih itu. Akan tiba masa di mana Tuanku Putera Mahkota menyesal seumur hidupnya kerana telah memutuskan pertunangan mereka .

"Yun Luofeng." Emosi Mu Shen sangat tidak menentu. Dia melihat ke arah gadis yang menghampirinya lalu dia mengetap giginya dan berkata, "Bagaimana kamu tahu...uh, tahu saya ada masalah di bahagian itu?"

Wajahnya membara dengan rasa tidak selesa. Lagipun, mengaku mati pucuk itu sesuatu yang sangat memalukan bagi seorang lelaki.

Gadis itu masih kekal santai, sedikit pun tidak terganggu, matanya yang menawan menjeling Mu Shen tanpa perasaan, dan hujung bibirnya terangkat sedikit. "Sudah datang ke sini, masih belum tahu jawapannya?"

Plop!

Tiba-tiba, Mu Shen melutut di hadapan Yun Luofeng dan merayu sambil meraung, "Tabib Dewa, tolong selamatkan saya."

"Bukankah kamu kata saya ini sampah?" Yun Luofeng menjeling Mu Shen yang sedang melutut itu.

"Tabib Dewa, saya tahu saya salah, saya telah dibutakan dan menyinggung daren 1Tabib Dewa. Selagi daren boleh menyembuhkan saya, saya, Mu Shen, pasti akan menjadi pengikut kamu mulai sekarang." Mu Shen melolong lalu mengesat air matanya.

"Saya tidak perlu kamu untuk menjadi pengikut saya, namun, seperti yang kamu tahu, saya perlukan dana untuk mengubat orang dan bertemu pesakit. Herba perubatan sangat mahal sekarang, dan Kediaman Jeneral memang sangat miskin dan tidak mampu membeli herba-herba itu."

Yun Luofeng menggeleng kepalanya lalu mengeluh. "Jadi bukan saya tidak sudi menyelamatkan kamu, cuma saya tidak mampu."

"Tabib Dewa, duit bukan masalah. Selagi kamu boleh sembuhkan saya, berapa pun nilainya tidak menjadi masalah." Mendengar kata-kata Yun Luofeng, mata Mu Shen bersinar terang.

"Melihat keikhlasan kamu, saya tidak akan cas kamu keseluruhan bayarannya, kamu hanya perlu membayar bayaran asas sahaja." Bibir Yun Luofeng mula mengukir senyuman jahatnya. "Esok, bawa 50 juta tahil, dan saya akan merawat kamu dengan segera. Untuk hari ini, serahkan 5 juta dahulu sebagai bayaran pendahuluan."

"Apa?" Mu Shen ternganga kerana terkejut.

50 juta? Dan ini cuma bayaran asas? Herba jenis apa boleh mencecah harga seperti itu?

"Oh, kamu perlu tahu, penyakit kamu ini bukan penyakit biasa. 50 juta ini harga paling rendah, dan ini cuma kos untuk herba perubatan sahaja. Saya sudah tidak mengambil kira kos jarum perak dan tenaga kerja saya," Yun Luofeng menjeling Mu Shen. "Jika saya tidak berkenan dengan kamu, saya tidak akan menyembuhkan kamu walaupun kamu beri 100 juta tahil! Lagipun, penyakit kamu ini terlalu teruk dan akan menggunakan banyak tenaga saya."

Mata Mu Shen penuh emosi. Jadi rawatannya sesuatu yang sangat memenatkan bagi Yun Luofeng untuk merawatnya, dan dia yang tidak tahu apa-apa ini pula menyangka 50 juta itu terlalu mahal.

Próximo capítulo