webnovel

Nasib Orang Tua Ini Akhirnya Menjadi Baik!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Serang dia bersama-sama, dia berseorangan; dua penumbuk tidak mampu menangani empat tangan." Lelaki berkolar putih itu mengelap mukanya dengan tangannya, mulutnya penuh dengan darah.

Dua pisau tanpa pemegang terkeluar dari tangan lelaki berkemeja-t, matanya sejuk seperti ais, "Bunuh dia, saya boleh menghapuskan jejaknya, lepas itu kita meninggalkan kereta api secepat mungkin!"

Lelaki berkolar putih mengangguk dan memekik, dia mengembangkan badan berototnya dan menyerang biarawan Barat sekali lagi.

Lelaki berkemeja-t seperti hantu, tiba-tiba muncul dan hilang di belakang lelaki berkolar putih. Berbanding dengan lelaki berkolar putih, dia lebih berbahaya. Pisau tanpa pemegang dalam kedua-dua tangannya kelihatan seperti taring ular berbisa—setelah didedahkan, ia akan menyebabkan kematian orang!

"Datanglah!" biarawan Barat itu ketawa dengan kuat.

Dua minit kemudian.

Lelaki berkolar putih menggelepar di atas lantai, lengannya terpulas dengan pelik. Mukanya berlumuran darah, dan wajahnya tidak berapa siuman.

Lelaki berkemeja-t dihimpit di dinding oleh biarawan Barat dan melancarkan penumbuk besarnya satu demi satu ke arahnya; mukanya juga berlumuran darah, dan dia juga mempunyai wajah yang tidak berapa siuman.

"Saya sudah mencapai Alam Enam Bukaan Naga Melompat Tahap Satu, dan awak berdua yang belum lagi menghabiskan Penubuhan Asasi cuba untuk menyerang saya?" biarawan Barat melontar lelaki berkemeja-t ke atas lantai, dan sambil itu, dia mengambil khazanah tulang ajaib daripadanya.

Alam Enam Bukaan Tahap Satu juga dikenali sebagai Lompat Melalui Pintu Naga, nama ini diambil sempena ikan yang melompat melalui pintu naga untuk menjadi seekor naga. Setelah melompat melalui pintu itu, seseorang boleh menukar qi dan darah badan dari bentuk tidak zahir menjadi bentuk zahir dan memampatkannya menjadi qi sejati, memisahkan diri daripada alam manusia! Biarawan besar ini sudah menjadi mahaguru di puncak Tahap Satu.

Biarawan Barat itu memegang khazanah tulang ajaib itu, dan memandang Jeneral Hantu Ku You.

"Nilai hantu yang marah ini sekurang-kurangnya sama dengan seratus hingga seribu hantu yang biasa. Jika saya membersihkannya, saya akan berada tak jauh dari fenomena ikan lompat melalui pintu naga. Heheh, setelah saya melompat melalui pintu naga, saya akan maju satu langkah lagi," biarawan Barat bergumam dan menghancurkan khazanah tulang ajaib itu.

Khazanah tulang ajaib itu bersambung dengan Jeneral Hantu Ku You. Semasa khazanah ajaib dihancurkan, Jeneral Hantu Ku You menjerit kesakitan, "Ahh… ahh…"

Ambil nyawanya semasa ia sakit!

Biarawan Barat mengambil peluang ini dan memegang sutra dan manik tasbihnya.

Sutra itu menyelak dengan sendiri ke tempat yang sesuai.

Biarawan Barat mengucapkan sutra dengan kuat, memegang dan melambai-lambaikan manik tasbih dengan tangan kanannya.

Manik tasbih itu tersebar seperti peluru emas, menembak ke arah Jeneral Hantu Ku You.

Ia sangat pantas, dan pihak lawan tidak dapat mengelak diri. Jeneral Hantu Ku You dihentam berterusan oleh manik tasbih emas—sepuluh lubang ditembus, dan aura hantu menipis. Ia menjerit dengan kesakitan berulang-ulang!

Biarawan Barat mengerut dahinya, tidak puas hati dengan hasilnya. Selepas itu, dia melontar sutranya seperti maniknya. Sutra tersebut berpecahan di udara, dan bertukar kepada kepingan muka surat suci yang menutupi Jeneral Hantu Ku You.

Jeritan kesakitan sasaran semakin kuat.

Biarawan Barat membentuk pengunci penghalau kejahatan penaklukan syaitan. Cahaya emas bersinar dari matanya, dan mantera terlepas dari mulutnya.

"Anak bangsat, berhenti… berhenti!" lelaki berkolar putih bergelut dan merangkak ke arah biarawan Barat dan menjerit dengan segala tenaganya, jejak darah yang panjang terbentuk di lantai belakangnya.

Jika Jeneral Hantu Ku You dibersihkan, dia dan lelaki berkemeja-t dengan pastinya akan mati!

Lelaki berkemeja-t tersedar diri, dan juga merangkak ke arah biarawan Barat seperti pepijat, membuka mulutnya dengan niat hendak menggigitnya, "Berhenti… jangan membersihkannya… jangan, kami akan mati! Berhenti!"

Inilah kesedihan menjadi seseorang yang tidak berkuasa… nyawa sendiri bukan dalam tangan mereka.

Mata biarawan Barat menurun, tetapi dia tidak berhenti mengucap. Lelaki-lelaki yang memilukan ini perlu dibenci; pertapa hantu Dao yang jahat memang banyak ditemuinya. Situasi ini juga merupakan sesuatu yang dialami banyak kali. Dia tidak mungkin memberhentikan pembersihan hantu untuk dua lelaki ini! Walaupun mereka mungkin akan mati disebabkannya.

"Semua hantu yang marah mesti dibersihkan. Semua hantu yang marah mesti dibersihkan sehingga mereka tak wujud lagi!" Mata biarawan Barat dipenuhi keazaman, dan sedikit kebencian.

Pada masa ini, biarawan Barat tidak perasan suatu bayangan yang membongkok bahu mendekatinya tanpa mengeluarkan bunyi. Walaupun dalam keadaan tenaga mental tersebar penuh, biarawan Barat masih tidak dapat mengesan kehadiran orang itu.

"Bang!"

Selepas bayangan itu mendekati biarawan Barat, ia melepaskan serangan tapak tangan, mengenakan belakang biarawan Barat.

Serangan tapak tangan itu terkena, dan aliran qi sejati muncul dalam tapak tangan itu. Qi sejati dimampatkan dan ditekankan pada belakang biarawan Barat.

'Kraak~' bunyi tulang dan daging dihancurkan yang mengakibatkan kesakitan gigi kedengaran. Ia seperti bunyi seseorang dilanggar oleh lori besar; kesan tapak tangan tertinggal pada belakang biarawan Barat.

Biarawan Barat telah merendahkan kewaspadaannya dengan sepenuhnya, dan darah mengalir dari mulutnya. Cahaya emas dalam matanya tersebar, dan perkataan Sanskrit dari mulutnya berhenti dengan segera!

Manik tasbih dan muka surat suci yang telah menutupi Jeneral Hantu Ku You bertukar menjadi benda biasa tanpa sokongan biarawan Barat, menjatuh ke lantai. Manik tasbih berselerak dan jatuh di lantai, mengeluarkan bunyi "ding ding dong dong"…

Seterusnya, biarawan Barat terjatuh ke lantai dengan kuat, kedua-dua matanya memandang lelaki di belakangnya dengan perasaan tidak percaya.

Qi sejati, dia merupakan Mahaguru Agung Tahap Dua!

Pihak lawan mempunyai pakar dengan alam qi sejati di tempat kejadian, kenapa mereka menunggu sampai sekarang untuk menyerang? Mereka boleh menghapuskannya sejak permulaan perlawanan!

"Uhuk uhuk." Bayangan yang berjaya dengan serangan tiba-tiba tidak bersambung serangan dengan segera. Dia batuk dua kali, dan mukanya pucat. Dia memandang biarawan besar dengan mata yang dingin, dan seterusnya memandang lelaki berkolar putih dan lelaki berkemeja-t yang telah jatuh ke lantai, "Dua orang yang tak berguna… kalau bukan kerana perubahan rancangan saya secara tiba-tiba telah membawa saya ke kereta api bawah tanah ini, saya mungkin akan menghilangkan jeneral hantu yang berharga ini."

Dua lelaki itu tiba-tiba menjadi pucat, dan badan mereka menggeletar, "Mahaguru… Altar…"

Kenapa Mahaguru Altar muncul di sini?

Bayangan yang membongkok bahu merupakan 'Mahaguru Altar' yang ingin dicari oleh Song Shuhang dalam perjalanannya ke 'Kedai Ubatan Yuan Long'. Pada masa ini, muka Mahaguru Altar sangat pucat, racun itu sememangnya belum diubati lagi.

"Mahaguru Altar, tolong biarkan kami hidup! Misi ini, kami… dah cuba sedaya upaya! Tapi, biarawan Barat ini, dia terlalu kuat!" lelaki berkemeja-t merayu pada Mahaguru Altar dengan penuh kesedihan; kegagalan kali ini betul-betul bukan kerana mereka terlalu lemah, tetapi kerana musuh ini terlalu kuat! Lagipun, Jeneral Hantu Ku You belum dibersihkan, oleh itu mungkin Mahaguru Altar akan membiarkan mereka hidup?

"Biarkan awak hidup?" ekspresi Mahaguru Altar sangat muram, "Sampah yang tak berguna tak ada nilai yang mencukupi untuk wujud di dunia. Tapi… kau orang masih ada gunanya."

Selepas lelaki berkolar putih dan lelaki berkemeja-t mendengarnya, mata mereka dipenuhi kegembiraan.

Tetapi seterusnya, mereka hanya berasa sakit kepala, dan selepas itu mereka tidak sedar diri.

"Ku You… makan mereka." Mahaguru Altar membersihkan sisa darah di atas tangannya dan berkata dengan nada sejuk.

Jeneral Hantu Ku You di udara menyerang mayat dua lelaki tersebut dengan tamak dan menarik keluar roh mereka. Tanpa menunggu reaksi daripada roh mereka, ia membuang mereka ke dalam mulutnya dan makan mereka.

Dengan pemulihan dalam bentuk dua roh lelaki, kecederaan Jeneral Hantu Ku You dipulihkan dengan banyak.

"Nasib baik, terdapat perubahan rancangan pada saat terakhir, kalau tak, saya memang kena membuang pemegang selepas pisau terpatah1, mengalami kerugian yang melampau dalam perjalanan ke kawasan Jiangnan," Mahaguru Altar bergumam.

Pada asalnya, dia hanya ingin menukarkan roh hantu dengan 'Senior Song', tetapi maklumat yang membingungkan telah menimbulkan ketamakan dalam hatinya.

Akhirnya, dia kehilangan orang bawahan yang berharga untuk maklumat yang tidak berguna ini, dan juga diracuni secara misteri.

Selepas melarikan diri ke Kawasan Bandar Jalan Guangyuan dengan banyak kesusahan, dia cuba untuk merawat lukanya dengan senyap dan berjaya menjumpai kedai ubat yang dekat, dan ingin menyediakan ubat penawar racun.

Namun, secara tidak sengaja dia mendapat tahu seseorang sedang mencari yang mana kedai ubat di kawasan Jiangnan menjual empat jenis bahan yang diperlukan untuk membuat penawar racun itu. Tiba-tiba, dia berasa sangat takut.

Dia menyedari empat bahan tersebut merupakan perangkap yang disediakan oleh 'Senior Song' untuk mencarinya, dalang di sebaliknya!

Patutlah orang bawahannya yang sudah diracuni oleh racun yang boleh membawa maut masih boleh kembali ke hotel kediamannya; semuanya merupakan perangkap.

Selepas berfikir demikian, Mahaguru Altar menyimpan semua bagasinya dan melarikan diri tanpa keraguan.

Nyawanya tidak ditakdirkan untuk berakhir, dan nasib baik dia mendapat tahu tentang penyiasatannya di Internet!

Sebagai pertapa hantu yang jahat, dia mampu hidup sehingga sekarang disebabkan sikap berhati-hatinya dan kebijaksanaannya. Meskipun hanya terdapat satu dalam seribu kebarangkalian yang berbahaya, dia pasti akan melarikan diri tanpa keraguan.

Selepas itu, secara kebetulan, dia pergi ke laluan kelima kereta api.

Lagi kebetulan, dia menjumpai orang bawahan yang tidak bergunanya dikejar dan hampir dibunuh oleh biarawan Barat.

Dia terlalu bernasib baik, jika dia menaiki kereta api yang lebih awal atau lebih lewat, dia mungkin akan kehilangan jeneral hantu kesayangannya!

'Nasib baik betul!

'Nampaknya selepas mengalami pengalaman yang begitu bernasib buruk, nasib orang tua ini akhirnya menjadi baik.'

Mahaguru Altar berfikir.

'Seterusnya, saya akan menentang syurga!'

Próximo capítulo