"Kamu patut faham kenapa saya ajak kamu datang ke sini berseorangan. Perihal ini tak boleh dibongkar kepada sesiapa pun, kalau tidak ia hanya akan mencetus panik dalam kalangan masyarakat!"
Apabila melihat Wu shi faham akan kemustahakan isu ini, Zhang Xuan memberi arahan, "Walau apa pun, masih penting bagi kita untuk mencari siapa pengkhianat di kalangan kita, kalau tidak ia akan membawa bencana yang lebih besar. Jadi, kamu kena lakukan penyiasatan secara persendirian dan musnahkan segala pengaruh Maharaja Qingtian ke atas Pavilion Guru Sarjana Empayar Qingyian buat selama-lamanya!"
"Saya faham!" Wu shi mengangguk.
Dia tahu apa yang dikatakan Zhang Xuan itu semua benar-benar belaka. Sekiranya mereka tidak dapat membersihkan Pavilion Guru Sarjana daripada pengintip-pengintip musuh, tidak lama lagi pengintip itu semua akan mengianaya mereka.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com