Lelaki di hadapannya ini tidak lain dan tidak bukan ialah Tian Qiang!
Tetapi, bukankah lelaki itu sepatutnya sedang bertarung dengan Wu shi dan lain-lain?
Lebih penting lagi, kali pertama dia bertemu dengan lelaki bertopeng tembaga ini, Tian Qing masih sedang terkurung di dalam penjara Pavilion Guru Sarjana. Tidak kira sekuat mana Tian Qing ini, dia tidak mungkin akan dapat melepaskan diri daripada penjara tanpa mencemaskan seluruh Pavilion Guru Sarjana, jadi… bagaimana mungkin lelaki itu ialah lelaki bertopeng emas?
Zhang Xuan tidak dapat mempercayai apa yang sedang dilihatnya ini.
Semuanya sudah melangkaui jangkaannya.
"Benar. Tian Qing dan aku ialah orang yang sama!" Tian Qing mengangguk.
Pemuda di hadapannya ini telah menampilkan penampilan yang bersahaja dan endah tak endah semenjak dia memasuki kawasan ini, jadi Tian Qing berasa amat gembira kerana telah membangkitkan perasaan terkejut pada wajah pemuda itu.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com