'Gedeng!'
Terkesima kedua-dua Raja Zhongqing dan Maharaja Chu Tianxing.
"Zhang Xuan? Zhang Xuan yang mana?"
"Zhang Xuan dari Empayar Terbawah Xuanyuan." Selepas Bai shi membacanya, bibirnya mengerenyet ketakutan. "Selepas itu… dia dilantik menjadi pengetua Akademi Guru Sarjana Hongyuan!"
Memandangkan deklarasi sebelum ini telah bergema di seluruh Kota Qingyuan, mereka semestinya pekak jika tidak mendengarnya. Dia memikirkan yang si Zhang Xuan itu, tidak kiralah siapa dia, hanya menempah mautnya, tetapi… tidak sangka dia sebenarnya pernah berjaya memusnahkan sebuah Pavilion Guru Sarjana!
Dia sangkakan lelaki itu seorang budak baharu yang angkuh, tetapi dia sebaliknya seorang veteran berpengalaman!
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com