"Saya…"
Wajah Hong shi berubah kelam.
Dia langsung tidak menyangka lelaki itu akan menjadi sungguh ganas, sengaja membawa keluar segala khazanahnya dahulu sebelum mengepungnya.
Ketiga-tiga lelaki itu telah mengeluarkan semua hadiah yang berkualiti tinggi mereka, namun dia masih belum menyediakan apa-apa. Dia tidak mampu membawa apa-apa walaupun jika dia menginginkannya!
Walaupun pemberian hadiah itu tidaklah akan memberi kesan kepada pendapatan slot, tetapi orang lain telahpun membawa hadiah selain dari dirinya, ini akan mengakibatkan kemurkaan Wu shi dan juga putera mahkota!
Lagipun, lelaki itu jelas sekali sedang mempersendakannya. Sudah tentulah dia tidak boleh duduk diam sahaja dan membenarkann lelaki itu menghinya, kan?
"Kenapa? Tak akanlah awak tak membawa apa-apa langsung?"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com