Disebabkan keinginan yang meluap-luap untuk memenangi beberapa mata, Zhang Xuan terlupa yang dia hanya mempunyai satu batu roh peringkat tinggi padanya ketika itu.
Meskipun dia berjaya mendapatkan 600 batu roh peringkat pertengahan daripada Mazhab Awan Bergegas dan kuasa-kuasa yang lain sebelum ini, dia sudah menggunakan kesemuanya sebelum mereka tiba di Empayar Huanyu. Dirinya yang sekarang ini sama sahaja seperti sudah muflis.
Pemuda yang tidak peka dengan peraturan-peraturan itu bertanya, "Berapakah harga wang pendahuluan itu?"
"Sepuluh batu roh peringkat pertengahan!" Gan Yiping menjawab.
"Nah! Kami berdua ingin mencubanya!" Tanpa bertanya sebarang soalan, pemuda itu menggoyangkan pergelangan tangannya dan menyerahkan dua puluh batu roh peringkat pertengahan itu.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com