Saya tanya kamu bagaimana untuk mengalahkan Qin Lei dalam sebuah pertarungan dan kamu suruh saya tuang sup ke atasnya pula?
Abang, saya ini guru sarjana, bukan seorang samseng! Untuk melakukan perkara tidak tahu malu seperti itu…
Lagipun, jika dia berbuat demikian, dia hanya akan membuatkan orang itu marah. Apa gunanya itu dalam sebuah perlawanan?
Ruohuan gongzi fikir Zhang Xuan sekurang-kurangnya akan memberinya solusi yang munasabah berdasarkan kebolehannya, tetapi tidak pernah terlintas dalam fikirannya yang orang ini… begitu tidak boleh harap!
Jika dia betul-betul buat begitu, sudah pasti reputasinya akan jatuh ke paling bawah sekali!
Bukan dia sahaja yang berasa sedikit pening, mata Ketua Pavilion Kang dan lain juga terbeliak kerana terkejut.
Tuang sup ke atas pihak lawannya?
Ini pergerakan jenis apa?
Bingung, dengan segera mereka berpaling melihat Zhao Feiwu dengan harapan dia akan mengetahui sebabnya.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com