Kaedah rawatan Ling shi memerlukan lapan langkah, Su shi pula memerlukan tujuh langkah, manakala Ketua Pavilion Kang pun perlukan lima langkah. Namun orang ini dapat menyelesaikan masalah itu dengan satu langkah sahaja.
"Merepeklah kamu! Kamu mesti sedang berkhayal!"
Pada saat itu, Ketua Pavilion Kang berkata dengan marah. Dia kelihatan cekal tetapi kemarahannya jelas, "Setiap satu teknik pertapaan ini telah dicipta, diuji dan diperbaiki sejak turun-temurun. Bagaimana mungkin ia diubahsuai begitu sahaja? Jika seorang pertapa mencuba sesebuah teknik baharu dalam keadaan cedera, tanpa mengambil kira lagi dia mampu mencapai alam Fana Unggul ataupun tak, pertapaan mereka kemungkinan besar akan hilang kawalan dan membuatkan kecederaan mereka bertambah parah lagi sehingga berisiko untuk mati. Sebagai seorang guru sarjana, bagaimana mungkin kamu mengemukakan jalan penyelesaian yang begitu bahaya?"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com