webnovel

Berjumpa dengan Senior

Editor: EndlessFantasy Translation

Pu!

Mo Hongyi berundur beberapa langkah ke belakang.

Zhang Xuan menyuruhnya untuk menunggu untuk sekejap dan selepas itu… dia telah mencapai alam Zongshi begitu sahaja!

Haram jadah betul!

Bolehkah awak menjadi lebih lawak daripada ini?

Mengetahui setiap variasi dalam teknik sesebuah aliran dan mengumpulkan ilmu mereka untuk mencipta aliran sendiri, itulah seorang alam Zongshi.

Apabila seseorang menutup mata mereka dan membukanya semula, mereka ini hanya sedang tidur seketika sahaja. Namun, selepas menutup mata dan kamu membukanya beberapa saat kemudian, kamu mendakwa kamu telah sampai alam Zongshi…

Menyampah betul!

Perlu ke kamu bercakap seperti orang tidak masuk akal?

Perlu ke kamu berlagak?

Pada saat itu, Mo Hongyi berasa seakan-akan ribuan kilat telah menyambarnya dan membakarnya terus ke teras jiwanya. Pada saat ini juga, dia rasa ingin mati.

"Dia telah mencapai alam Zongshi?"

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo