webnovel

Kebolehan Menganalisa Seorang Guru Sarjana

Editor: EndlessFantasy Translation

Pu!

Badan semua orang menggeletar seakan mereka telah disambar petir.

Pada asalnya, mereka ingat kemungkinan Sun Qiang ini tersalah cakap ataupun sedang bermain-main. Namun, orang ini mengulangi perkataannya.

Menyumpah terus seluruh keluarga Liu Shi…

Lebih-lebih lagi dengan begitu berani sekali. Haram jadah si gemuk, dari mana keberanian kamu ini datang?

Sarjana Yuanyu terpaku di situ juga sambil air matanya mula mengalir turun.

[Saya hanya bercakap tentang kewujudan Guru Sarjana Yang Xuan ini, saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa pun… baguslah sekarang, jika dia naik marah, semestinya kecoh nanti. Jika Yang Shi ini betul-betul seorang guru sarjana dan memilih untuk membalas dendam, semestinya suatu pertempuran hebat akan berlaku, selepas itu…. semestinya tidak ada selepas itu…]

Hadirin di situ juga turut terkejut. Sun Qiang ingat reaksi itu bermaksud tanggapannya tepat lalu berdiri di situ dengan megah.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo