webnovel

Serangan Balasan Cao Xiong

Editor: EndlessFantasy Translation

"Xiao Yu di sini juga"

Mata Bai Xun mula berkelip.

Sejurus sahaja Sarjana Lu Chen menyuruh mereka belajar dari Zhang Xuan semalam, dia telah bergegas ke sini sejak awal pagi lagi. Bagaimana mungkin Xiao Yu ketinggalan belakangnya!

Di tengah perkataannya, seorang berbadan langsing dan menawan melangkah melepasi pintu tersebut. Bajunya kuning muda membuat badannya kelihatan lebih langsing dan menawan sekali, memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Kulitnya putih seakan salji dan akan tidak kalah kepada Shen Bi Ru pun.

"Memberi penghormatan kepada Cikgu Zhang!"

Saat dia melangkah masuk ke bilik, kepalanya berpaling melihat Zhang Xuan dan dia memberinya tunduk hormat.

"Un!" mengetahui dia telah datang ke sini dengan motivasi sama dengan Bai Xun, kepala Zhang Xuan terasa sakit dan dia mula mengurut dahinya.

Sebenarnya, dia langsung tidak mengetahui apa-apa pun tentang lukisan dan dia hanya mampu sekadar mengetahui kelemahan dan masalah mereka! Dia tidak tahu pun dari mana dia patut bermula untuk mengajar mereka lukisan.

"Memberi penghormatan kepada puan muda!"

Sejurus sahaja dia sedang pening tentang bagaimana dia ingin mengaku kepada Zhang Xuan, Tetua Mo berjalan ke hadapan dengan penuh hormat dan menggenggam tangannya lalu memberi penghormatan kepada Huang Yu.

"Puan muda?" Sesuatu seakan telah terjelma dalam kepala tetua Shang Chen, menyebabkannya lemah di kakinya dan terjatuh ke belakang. Dengan muka pucat, dia bertanya, " Adakah mungkin dia ini… adakah mungkin dia ini anak perempuan Ketua Persatuan Guru Huang?... Genius yang telah berjaya menjadi Sarjana Guru Madya pada usia kurang dua puluh tahun?"

Baru sebentar tadi, dia masih berbual dengan Tetua Mo tentang seorang genius dalam Persatuan Guru telah menjadi seorang Guru Sarjana Madya pada usia muda, dan dia sendiri terfikir betapa hebatnya budak tersebut berbanding seorang tua sepertinya. Tidak dalam jangkaannya dia terfikir puan muda Huang Yu ini akan begitu… dekat dengan Zhang Xuan!

[ya tuhanku, apa sedang berlaku ini?]

Saat dia menuduh Zhang Xuan tidak mampu mengajar dengan baik, suku Wang sendiri datang dan menghantar anak mereka ke bawahnya, malah menarik diri daripada kelasnya untuk berbuat demikian! Saat dia berkata Zhang Xuan lemah, wangye muda Bai datang dan mengesahkan kekuatannya, malah mengisytiharkan dia sendiri tidak setanding Zhang Xuan! Saat dia berkata hanya seorang Guru Sarjana ataupun Guru Sarjana Madya boleh melucutkan lesen perguruan Cao XIong, seorang Guru Sarjana Madya datang pula….

[Haram jadah… Zhang Xuan, tuhan sendiri mesti telah menghantar kamu ke sini untuk menghukum saya kan!]

Tetua Shang Chen hanya berasa terdesak sehingga terfikir juga untuk membunuh dirinya.

Cao Xiong yang sebentar tadi masih angkuh, sekarang pucat penuh dan mula mengundur kerana takut.

Baru sebentar tadi, dia masih yakin lesen perguruannya tidak akan dapat dilucutkan begitu sahaja. Namun, pada saat ini, dia betul betul takut.

"Bukankah dia ini hanya sampah yang mendapat kosong markah dalam Ujian Kelayakan Guru? Kenapa pula dia berkenalan dengan begitu ramai orang? Kenapa mereka semua menghormatinya? Saya langsung tidak dapat menerima ini…"

Cao Xiong mengetap giginya dan berteriak dalam mindanya.

Sebelum hari ini, Zhang Xuan bagaikan abu di depan matanya. Dia tidak layak pun untuk bertanding dengannya. Namun sekarang… Zhang Xuan telah bertukar menjadi gunung yang dia hanya mampu menatap dari kaki bukit.

"Dia…dia…" Shang Bin menggeletar dengan penuh terkejut.

Pada saat ini, Zhang Xuan telah bertukar daripada semut yang boleh dengan senang dipijaknya kepada dinosaur gergasi.

Pertukaran seperti ini tidak akan dijangkakannya walaupun dalam mimpi!

"Kamu seorang Guru Sarjana Madya?"

Mendengar perasaan terkejut Shang Chen daripada perkataannya, Zhang Xuan melihat Huang Yu dengan ketidakpastian.

Perempuan ini lebih muda daripadanya. Untuk dia menjadi Guru Sarjana Madya, semestinya kita tidak patut membuat tanggapan sekadar daripada penampilan luaran.

"Saya cuma kebetulan menarik minat Cikgu Liu, dan kerana itu, dia telah mengambil saya untuk menolongnya!" Huang Yu tersenyum. Perkataannya mungkin rendah diri, namun keyakinannya jelas terpapar di matanya.

Untuk menjadi seorang Guru Sarjana Madya, pertama, dia perlu mempunyai bakat jauh hebat berbanding biasa. Kedua, dia mesti diberikan peluang!

Walaupun kamu mempunyai bakat yang teramat pun dan kebolehan untuk mengajar anak murid kamu yang menakjubkan, jika kamu tidak dapat mendapatkan pengiktirafan seorang Guru Sarjana, semuanya tidak berguna juga.

Huang Yu, selaku anak perempuan ketua Persatuan Guru Empayar Tianxuan, dia mempunyai peluang untuk mendapatkan pelajaran yang bagus semenjak muda lagi. Lagipun, dengan pengaruh ayahnya, untuk menjadi seorang Guru Sarjana Madya tidak mustahil untuknya.

"Baguslah kamu ini Guru Sarjana Madya. Cikgu Cao Xiong ini telah kalah kepada saya dalam Ujian Pencerahan Niat ini namun dia tetap enggan memenuhi persetujuan kita…"

Sebelum ini, tetua Mo telah berkata lesen perguruan Cikgu Cao Xiong boleh dilucutkan jika seorang Guru Sarjana Madya melaporkan tentangnya. Dengan orang yang telah membuat masalah untuknya, Zhang Xuan tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja.

"Untuk berfikir ada masalah sebegini!" Huang Yu berkerut. "Selaku seorang guru, kamu menyimpan dendam atas perkara kecil sebegini, malah sehingga menggunakan Ujian Pencerahan Niat untuk menuduh rakan sekerja kamu, kamu hanya mencemarkan nama baik semua guru jika dibiarkan berterusan. Tetua Mo!"

Tetua Mo mengambil langkah ke hadapan.

"Saya percaya dia tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang guru. Tolong uruskan hal ini sekarang !" Huang Yu bercakap dengan tegas.

"Baik!" Tetua Mo mengangguk kepalanya. Berpaling ke belakang melihat Cao Xiong, dia menggeleng kepalanya.

Selaku Guru Sarjana Madya, Huang Yu berkedudukan tinggi, bukan itu sahaja, dia juga anak perempuan ketua Persatuan Guru. Dengan hanya beberapa patah perkataan, nasib Cao Xiong telah ditentukan.

Mereka yang mempunyai identiti sebagai seorang guru akan dihormati tidak kira ke mana mereka pergi. Jika seorang guru dilucutkan lesen perguruannya, ia hanya bermaksud terdapat masalah dengan tingkah lakunya. Dengan rekod sebegitu, tidak ada orang akan mengupahnya lagi.

"Saya…"

Mendengar keputusan tersebut, Cao Xiong hanya mampu terjatuh ke lantai, mukanya pucat penuh dan semangatnya patah.

Dia telah berusaha dengan banyak untuk mendapatkan lesen perguruannya. Untuk berfikir yang… ia akan dilucutkan begitu sahaja!

Hanya kerana dia mencabar sampah yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru?

[Saya tidak akan menerima ini, saya menolak keputusan ini!]

"Betul juga…" Cikgu Cao Xiong berdiri sekali lagi. Dia melihat Zhang Xuan dengan muka marah, "Zhang Xuan, kamu belum menang lagi! Kamu tetap mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dan membuat anak murid kamu hilang kawalan dalam pertapaannya. Selagi saya melaporkan hal ini kepada Persatuan Guru, selepas sedikit soal siasat, kamu akan dilucutkan lesen perguruan kamu juga!"

Zhang Xuan mungkin telah mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, namun ia sebenarnya sesebuah siasatan dalaman Akademi Hongtian dan tidak mempunyai kuasa pelaksanaan. Walaupun begitu, jika hal tersebut dilaporkan kepada Persatuan Guru, dan jika ia dibuktikan benar, dia mungkin dilucutkan lesennya kerana itu!

Lagipun, dia masih mempunyai rekod seorang anak muridnya hilang kawalan di bawah perguruannya.

Cuma ini pun telah melangkaui batas terbawah untuk seorang guru!

"Betul tu, Zhang Xuan, baik kamu jangan terlalu gembira tentangnya lagi! Kamu mungkin telah berjaya melucutkan lesen perguruan cikgu Cao Xiong, namun kamu tidak akan dapat menyimpan lesen kamu untuk masa yang lama! Saya akan melaporkan isu ini kepada Persatuan Guru sekarang juga dan suruh mereka menjalankan siasatan ke atas isu tersebut!"

Selepas mendengar teriakan Cao Xiong, mata Shang Bin mula membara dengan api sekali lagi.

Hubungan antara dia dengan Zhang Xuan sudah terjejas sehingga tidak mungkin dibaikpulih lagi. Lagipun, dia telah terbukti mempunyai ramai orang berpengaruh yang menyokongnya, jika dia dibiarkan begitu sahaja, kemungkinan dia tidak akan dibenarkan hidup dengan tenang di akademi lagi. Oleh itu, dia tidak boleh melepaskan Zhang Xuan begitu sahaja!

Tambahan pula,.. walaupun bidadarinya melindungi Zhang Xuan sekarang, jika dia membenarkan dirinya dikalahkan begitu sahaja, bagaimana mungkin dia mengangkat kepalanya di depan Shen Bi Ru lagi pada masa hadapan?

Shang Bin menjeling Zhang Xuan dengan perasaan marah.

[Hebat ye kamu?

Tahap kepercayaan Liu Yang terhadap kamu mencecah 60? Suku Wang merayu kamu untuk menerima Wang Tao?

Mungkin semuanya sekarang berjalan lancar untuk kamu, mari kita melihat betapa hebatnya kamu nanti selepas lesen perguruan kamu dilucutkan nanti!

Mari kita melihat apa hak kamu untuk tinggal di Akademi Hongtian dan hak kamu untuk mengajar pelajar!]

"Kemampuan dan keperibadian cikgu Zhang Xuan ini memang sesuatu yang diragui. Guru Sarjana Madya Huang Yu, tetua Mo, apa dikatakan kedua mereka itu betul. Zhang Xuan ini pernah membuat pertapaan anak muridnya hilang kawalan, dan dia sendiri telah mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru yang lepas. Saya berharap kamu boleh menangani hal ini tanpa sebarang pilih kasih dan membuang penyakit ini daripada Akademi Hongtian!"

Dengan segera, Tetua Shang Chen mendapat balik keyakinannya. Dia menegakkan badannya lalu berkata.

Dia mungkin tidak akan lagi dapat menyelamatkan Cao Xiong, namun dia tidak akan membenarkan Zhang Xuan untuk melepaskan diri begitu sahaja!

Próximo capítulo