webnovel

Dia Cinta Saya?

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas menjemput Zhang Xuan untuk makan malam dengannya semalam, mereka bertembung dengan Shang Bin pula.

Untuk dia, cucu kepada seorang tetua dan selaku seorang guru yang berpengaruh di akademi ini, ia mustahil dia tidak mencari jalan untuk membalas dendam!

Namun, memandangkan akademi melarang perlawanan antara dua guru di dalam kawasan akademi, mungkin dia telah menghantar orang yang dibaluti seperti mumia ini untuk menyerang Zhang Xuan di sini juga?

Tidak hairan Shen Bi Ru akan berfikiran sedemikian. Yao Han berpakaian terlalu mencurigakan. Kain putih tebal membaluti kepalanya, hanya mendedahkan matanya. Dengan sekilas pandang, jelas dia tidak ingin orang lain mengecamnya!

Leboh-lebih lagi, dia enggan menjawab soalan apabila ditanya!

Selepas berfikir tentang perkara tersebut, sebab Zhang Xuan menghalangnya mengekorinya semalam kerana dia tahu Shang Bin tidak akan dapat menerima penghinaan tersebut. Dia tahu Shang Bin semestinya akan mencari seseorang untuk melepaskan dendamnya!

Kesedaran mengimbas melalui mata Shen Bi Ru. Dia penyebab situasi tersebut berlaku. Oleh itu, dia tidak boleh tidak mempedulikan situasi tersebut. "Adakah kamu tahu hukuman menyerang seorang guru di akademi?"

"Menyerang seorang guru?"

Yao Han tidak menjangkakan seorang jelitawan untuk tanya soalan begitu. Dia terkejut untuk seketika tetapi dengan cepat dia pulih apabila mengingati perkara semalam. Dengan segera, dia menyedari sesuatu. "Adakah mungkin kamu Shen Bi Ru?"

Sebab Shang Bin membelasahnya kerana Shang Bin cemburu kepada Zhang Xuan kerana kedua-dua mereka sedang mengejar hati Shen Bi Ru pada masa sama. Dia tidak akan melupakan insiden tersebut walaupun dia dibelasah sehingga mati. Namun, pada saat ini, seorang jelitawan tiba-tiba muncul dan bercakap tentang hukuman menyerang seorang guru. Siapa lagi jelitawan jika bukan dia?

Nampaknya dia di sini untuk membalas dendam untuk Shang Bin selepas dia dibelasah semalam.

"Ye saya!" Shen Bi Ru meninggikan kepalanya seakan seorang yang sedang menyoal siasat lalu mencengkam penumbuknya. Dia mula melepaskan auranya lalu berkata "Jika kamu tidak mahu masalah, lebih baik kamu berambus sekarang. Jika tidak, jangan salahkan saya kalau saya kurang ajar dengan kamu nanti!"

Selaku seorang Peninju 5-Dan puncak, dia mengeluarkan tekanan kuat selepas membebaskan kekuatan penuhnya.

"Kurang ajar? Bukan kamu yang sedang mencari pasal dengan saya sekarang? Baik kamu mencari alasan lebih munasabah!"

Melihat bagaimana dia sudah bersedia untuk menyerangnya walaupun mereka hanya menukar beberapa patah , Yao Han mulai naik marah.

Selaku tukang rumah datuk bandar, dia seorang berkuasa dan berpengaruh di Bandar Baiyu. Tidak kira siapa yang dijumpainya, mereka akan menunjukkan penghormatan kepadanya. Namun, di sini, pertama dia dibelasah dengan teruk oleh seseorang, dan sekarang, seorang guru bawahan pula tidak tahu untuk menunjukkan hormat kepadanya. Kemarahan mula membara di hatinya.

Bagaimana dia boleh bertolak ansur selepas mendengar cacian sebegini? Mukanya mengelap sambil dia mencengkam penumbuknya. Tanpa sebarang perkataan lagi, dia meluru ke hadapan.

Saat dia bergerak, perkataan yang ingin dibalas oleh Shen Bi Ru tersangkut dalam tekaknya. Tanpa sebarang pilihan lagi, dia hanya boleh bersedia untuk berlawan.

Peng peng peng!

Dengan sekelip mata, mereka berdua mula bertukar tumbukan.

Walaupun Shen Bi Ru hanya seorang Peninju 5-Dan puncak, dia tetap mempunyai stamina yang tinggi dan beberapa teknik tinju. Tambahan pula, walaupun sebenarnya kekuatan Yao Han jauh hebat berbanding dia, disebabkan kecederaannya, dia tidak mampu mengalahkannya dengan jangka masa pendek.

...…..

"Tuan muda Shang, tetua Shang bercakap apa?"

Selepas secara kebetulan Cao Xiong berjumpa dengan Shang Bin, dia tidak dapat menahan curiganya dan menyoal Shang Bin. "Jangan risau. Selagi saya pelajar kamu tidak dengan rela memperakui Zhang Xuan sebagai gurunya, sejarahnya dalam akademi ini akan berakhir hari ini juga!" Shang Bin berkata dengan marah.

Pagi tadi, Tetua Shang telah berjalan ke arah Persatuan Guru dan mencari Tetua Mo untuk menjemputnya ke sini.

Dia hanya membawa Zhang Xuan dan pelajarnya ke [Menara Pencerahan Niat], reputasi Zhang Xuan mesti akan hancur kali ini dan dia akan dibuang daripada Akademi Hongtian!

"Baguslah. Selepas Zhang Xuan dibuang daripada akademi, hati cikgu Shen mesti akan menjadi milik kamu! Mesti susah untuk dia selepas itu untuk berjauhan daripada tuan muda…"

Coa Xiong memujinya dengan senyuman.

"Un! Tidak syak pun Shen Bi Ru telah ditipu oleh orang itu dengan perkataannya semalam, oleh itu dia memberinya peluang untuk makan malam dengan dia! Selepas si penipu itu berambus dari akademi, usaha saya untuk menarik hati Shen Bi Ru mesti akan membuahkan hasil!"

Saat dia berfikir tentang Shen Bi Ru, keyakinan Shang Bin melonjak. Dia cucu seorang tetua dan juga seorang guru bertahap tinggi, tambahan pula tinggi dan menawan. Tidak kira dari apa-apa segi pun, dia jauh hebat berbanding Zhang Xuan! Dalam seluruh akademi, dia seorang sahaja layak bersama dengan Shen Bi Ru.

Selagi dia meneruskan usahanya, semestinya dia akan jatuh hati padanya.

"Jika demikian, saya memberi restu kepada tuan muda Shang untuk membawa jelitawan itu pulang ke rumah tuan nanti!"

Cao Xiong sambung memuji Shang Bin.

"Jangan risau, kalau saya betul betul bersama dengan cikgu Shang nanti, saya mesti akan memberi kamu ganjaran lumayan nanti.."

Shang Bin ingin ketawa tetapi sejurus sahaja mulutnya buka, dia tertarik ototnya yang tercedera dan kesakitan yang melampau dirasainya. "Satu lagi, selain Zhang Xuan, saya juga tidak akan memaafkan orang yang belasah saya semalam. Yao Han! Jadi mungkin dia tukang rumah Datuk Bandar Baiyu? Ini Bandar Diraja Tianxuan, bukannya sesebuah tempat dia boleh berbuat sesuka hatinya?"

Orang ini belasahnya dengan teruk di depan khalayak ramai, meninggalkannya lebam di merata. Bagaimana mungkin dia memaafkannya!

"Biasanya!" Cao Xiong mengangguk kepalanya. Tiba-tiba, dia terpaku sebelum menuding ke hadapan. "Tuan muda Shang, cepat lihat…"

"Apa berlaku?" Shang Bin terbingung. Tidak dapat menahan curiganya, dia berpaling dan untuk melihat. Pada saat itu, matanya menyepet. "Bukankah itu cikgu Shen? Kenapa dia berlawan dengan... itu Yao Han kan!"

Tepat di luar kelas Zhang Xuan, mereka berdua berlawan.

Satu daripada mereka merupakan bidadari yang selalu bermain di fikirannya, Shen Bi Ru, manakala satu lagi ialah orang yang baru mereka sedang bercakap tentang, seorang yang membuat kemarahan dalam hatinya membara, Yao Han.

Mereka berdua tidak berkenalan pun, mengapa pula mereka berlawan?

"Tuan muda Shang, adakah mungkin… cikgu Shen mendapat tahu kamu dibelasah olehnya dan dia berasa marah sangat dan ingin membalas dendam untuk kamu?"

Selepas meragui untuk seketika, Cao Xiong tiba-tiba terfikir tentang kemungkinan tersebut.

"Un? Benar ke tak?" Shang Bin mula berfikir tentangnya.

"Memang. Jika tidak, tidak ada sebab mereka berdua berlawan sebegini! Cikgu Shen baik hati kepada semua orang, dia tidak akan mula berlawan dengan orang dengan sesuka hati. Kamu sendiri patut tahu kan. Selepas kamu dibelasah, dia memulakan perlawanan dengan dia pula! Untuk sanggup berbuat demikian untuk kamu, saya berani mengesahkan cikgu Shen mempunyai perasaan untuk kamu, kemungkinan besar, dia mencintai kamu!"

Cao Xiong berkata.

"Dia cinta saya?"

Shang Bin terpaku di situ sambil ombak kegembiraan melanda hatinya.

[Betul juga, tidak ada sebab lain untuk Shen Bi Ru berlawan dengan orang itu.]

Tidak sangka perempuan ini, walaupun menolak setiap ajakannya untuk keluar dengannya dan sentiasa berjauhan dengannya sebenarnya… mencintainya dan berfikir mengambil berat tentangnya!

Sehingga dia sanggup berbuat demikian… Berlawan dengan seorang Peninju 6-Dan pakar walaupun hanya seorang Peninju 5-Dan!

"Ini tidak boleh dibenarkan berterusan. Saya tidak boleh membenarkan dia cedera kerana saya!"

Kecemasan mula memenuhi hati Shang Bin. Dia berasa seakan semangat dan kekuatannya kembali ke badannya yang tercedera.

Hutang paling sukar ditanggung ialah hutang dengan seorang jelitawan.

Dia sudah berbuat demikian untuknya, apa yang tinggal untuknya meraguinya?

Jika dia masih ragu-ragu, dia tidak boleh lagi dipanggil seorang lelaki!

"Cikgu Shen, saya di sini untuk menolong kamu…"

Dengan teriakan kuat, Shang Bin meluru ke hadapan.

Yao Han sedang berlawan dengan Shen Bi Ru. Selepas menguji kebolehannya daripada menerima beberapa serangannya, dia telah menjadi biasa dengan teknik serangan Shen Bi Ru. Dia yakin apabila dia membebaskan kekuatan penuhnya nanti, dia akan dapat mengalahkannya dengan hanya beberapa serangan. Sebelum sempat dia menggunakan teknik termasyhurnya, dia terdengar satu jeritan dan Shang Bin muncul di depannya.

"Seperti jangkaan saya, kamu berdua sepasukan! Celaka kamu semua!"

Melihat ketibaannya, Kemarahan Yao Han membara semula.

Dia mula meragui sama ada pertengkaran mereka dua hanya kerana perseilisihan faham sebentar tadi, tetapi daripada apa yang telah berlaku, ini bukan perselisihan faham!

Jelas kepadanya mereka berdua bersama dan mereka berdua berniat untuk mencari pasal dengannya.

Lebih banyak dia memikir tentangnya, lebih marah dia menjadi. Oleh itu, dia tidak dapat lagi menahan kekuatannya dan menyerang Shang Bin dengan kejam.

"Un?"

Shang Bin meluru ke hadapan dan dengan sekelip mata, dia mula berlawan dengan Yao Han. Shen Bi Ru tidak bertindak dengan apa yang berlaku.

Melihat mereka berdua berlawan antara satu sama lain, dia tidak dapat menahan perasan terkejutnya.

"Adakah mungkin saya telah salah faham dan orang ini sebenarnya tidak dihantar oleh Shang Bin?"

Sejurus sahaja dia terfikir tentang itu, suatu lagi kemungkinan muncul dalam kepalanya dan sekali lagi dia mulai marah. "Begitu rupanya, dia cuba membunuh dua burung dengan satu batu. Itulah yang membuatkan saya pelik tadi. Jika orang ini ingin membuat hal untuk Zhang Xuan, dia boleh terus meluru masuk sahaja kelasnya. Tidak ada sebabnya untuk menunggu di luar kelas sebegini. Jelas sekarang, dia hanya mahu berpura-pura seperti seorang wira yang menyelamatkan jelitawan untuk menarik perhatian saya. Hmph!"

Próximo capítulo