webnovel

Kamu Tidak Boleh Sentuh Api Sesuka Hati

Editor: EndlessFantasy Translation

"Siapa yang berani sentuh adik ipar saya?!"

Kata-kata bongkak Nangong Wuque kedengaran di udara.

Orang ramai di sekitarnya terkejut. Mereka semua rasa tidak percaya dengan mulut ternganga luas.

Adik ipar?!

Biar betul?! Adik ipar?!

Jadi, inilah sebabnya. Tidak hairanlah kedai kecil ini boleh bertindak begitu kejam. Oh tuhan, ini benar-benar sukar dipercayai!

Padan pun. Sebab itulah dewi Nangong Wan telah pergi ke kedai ini. Malah, dewi Nangong Wan berani makan hidangan yang busuk seperti najis itu.

Semua ini... kerana cinta!

Jadi, bos Restoran Kabus Awan ini sebenarnya ialah suami dewi Nangong Wan?

Ya tuhan!

Gila sungguh!

Bibir Bu Fang menggerenyet. Dia benar-benar mahu menggunakan Kuali Buruj Kura-kura Hitam untuk mengetuk Nangong Wuque sampai pengsan.

Siapa adik iparnya? Bilakah dia, Bu Fang, berjanji untuk menjadi adik ipar Nangong Wuque?

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo