webnovel
avatar
0
DaoistVG8zff

DaoistVG8zff

Lv1
2021-01-25 JoinedGlobal
-d

Writing

0.2h

of reading

13

Read books

Badges

4

Moments

1
  • DaoistVG8zff
    DaoistVG8zff3yr
    Posted

    konsep jalan cerita berlainan daripada apa yang dijangkakan.Namun begitu,penggunaan gaya bahasa perlu diperbaiki dengan memasukkan lebih banyak metafora,hiperbola dan inversi.Frasa "dengan perasaan risau"boleh diganti dengan "Getaran hatinya menggegar buana.Jasadnya gelita tanpa cahaya yang bisa menemani kegundahannya.Logarithma hatinya mula menghantui dadanya sehingga menjadi sawai.Nama "Rizky" boleh diganti dengan "aku" supaya pembaca boleh selami,dalami dan bak mengalami peristiwa yang sama.Penggunaan peribahasa juga perlu diutarakan dalam sesebuah novel yang bagus.Penggunaan tatabahasa juga tidak boleh dianggap remeh dalam pembentukan cerita yang berkualiti.Tajuk sesebuah novel juga tidak boleh terlalu spesifikasi agar pembaca tidak dapat meramal "plot twist" yang boleh diketengahkan dalam sesebuah novel.Novelis yang baik akan merangka data sebelum menulis.Cadangan saya,novel yang ditulis perlulah disulam dengan jiwa supaya pembaca akan terapuk di jumantara sambil membayangkan diri mereka adalah watak utama.Salah satu teknik yang digunakan oleh novelis untuk memastikan novel mereka menarik untuk dibuat santapan pembaca termasuklah melebih-lebihkan perasaan,Teknik hiperbola tidak boleh dianggap remeh.Contohnya,watak utama mengalami trauma yang panjang akibat fitnah seseorang. "Buana ini mungkin paksinya telah terbalik.Orbitnya terpesong menuju ke lohong hitam tanpa cahaya.Kutelah mendera jiwa sendiri selama ini.Jika tidak kerana Masuth itu,aku tidak akan begini.Semua harapan ku yang setinggi langit telah berjaya diruntuhkan olehnya.Mungkin paksi buana ini telah berat ke Barat.Sekudus Timur yang jauh lebih baik telah dilitupi bayang-bayang dusta sehingga buana menjadi buta.Terdapat gaya bahasa inversi dalam ayat ini.Imej alam yanga da di dalam ayat ini adalah "gunung","langit".Masuth adalah nama bagi syaitan.Barat bersimilekan kiri.Kiri adalah lambang keburukan,Contohnya,tika membasuh najis,kita perlu menggunakan tangan kiri.Tangan kanan yang berbuat baik hanya dapat dilihat oleh Allah.Contohnya,amalan sedekah.Konklusinya,gaya bahasa patutlah diperbaiki agar novel yang kita coret 100% daripada hati dan jiwa dapat hidup dalam minda pembaca.Terima kasih kerana menulis novel dalam bahasa kebangsaan kita.Saya juga mengingatkan kepada anda agar sama-sama kita mengutamakan penjulangan dulang martabat Bahasa Melayu.Maaf andai terkasar bahasa. "Comment" yang ikhlas dari saya,"Kmy Siqmier.

    altalt
    Cinta Tidak Berpisahan
    Teen · Iky_Miyuki
    detail