webnovel

Malam Penerbitan Majalah

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Tangning mencium telinga Mo Ting sementara tubuhnya mula menghangat bagaikan api. Matanya penuh keasyikan. Tangning merapatkan tubuhnya dan berbisik, "Saya mahukan Abang…"

Mata Mo Ting bertukar merah sebaik sahaja dia bangun seketika untuk mengambil kondom daripada dalam laci. Dengan penuh prihatin, dia memikirkan yang dia perlu melindungi Tangning. Mo Ting tahu kerjaya Tangning kini meningkat naik dan dia belum lagi mampu untuk hamil.

'Tapi, kenapa ada benda seperti itu di dalam bilik tidur mereka?' Tangning terfikir.

Mo Ting kembali pada tubuh Tangning dan merenung matanya. Dia perasan akan kedinginan pada pandangannya. Mo Ting sedar Tangning mungkin sudah salah faham lalu dia menerangkan, "Kita kan pasangan suami isteri. Saya sentiasa bersedia. Ini bukannya tinggalan daripada orang lain. Saya menunggu kamu selama ini."

"Saya tidak…pernah lakukannya dengan orang lain. Saya hanya ada pengalaman separuh jalan yang kita kongsi semasa malam pertama kita…"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ