webnovel

1

Chapter 1

Set Cawan Dan Pinggan Mangkuk

Xuanji memandang tidak percaya kepada kedua dua hadiah kemenangannya. Dia telah memenangi hadiah berupa set cawan dan pinggan mangkuk hasil daripada pertandingan bermain guzheng.

Sebenarnay dia lebih gembira jika kedua dua set hadiah tersebut digantikan dengan duit!

Semenjak Xuanji membawa pulang hadiah itu kedalam bilik asramanya, mereka tidak habis mentertawakan dirinya: "Jiji, mengapa kamu tidak gembira menerima hadiah ni?"

"Saya lebih gembira jika menerima duit daripada set cawan dan pinggan mangkuk ini. Awak rasa, adakah jalan untuk saya menukar kedua duanya menjadi duit?"

"Persatuan pelajar akan mengadakan jualan amal. Saya rasa awak boleh jual hadiah ni nanti, mungkin akan mendapat pulangan yang lumayan memandangkan kedua duanya kelihatan seperti barangan lama".

Xuanji mengangguk setuju setelah mendengar saranan tersebut.

"Rasanya saya harus membawa barangan tambahan yang lain memandangkan kedua dua hadiah daripada pertandingan bermain guzheng ni, mungkin hanya berharga beberapa ratus yuan sahaja", putus Xuanji lagi.

"Hey! Jiji apa yang awak buat?" ujar Su Qian setelah melihat Xuanji mengeluarkan handphonenya untuk menangkap gambar kedua dua hadiah tersebut.

"Saya mahu ambil gambar kedua dua hadiah ni untuk di letakkan di website sekolah, mungkin nanti boleh membuatkan harganya menjadi semakin mahal".

"Saya faham maksud awak, tapi jika kamu menggunakan kamera yang lebih bagus mungkin ia akan kelihatan jauh lebih cantik", ujar Su Qian lagi

"Uh...kalau begitu saya akan pinjam kamera SLR dan ambil gambar kedua dua hadiah ini dengan cantik!"

"Xiaowen sudah balik, baik awak minta tolong darinya. Tapi sebelum tu, lebih baik kamu berhias sikit, sekurang kurangnya pakai lipstik".

"Saya kan cuma nak minta tolong untuk ambilkan gambar kedua dua hadiah ni, takkanlah sampai harus berhias pulak, tukar baju awak tak mau cadangkan ka?"

"Okey, tukar sekali baju awak, pakai dress chiffon warna ungu tu. Jiji, gambar awak juga harus ada bersama dengan gambar kedua dua hadiah ini nanti", ucap Su Qian dengan penuh semangat

Sebenarnya teman lelaki Su Qian merupakan salah seorang AJK yang terlibat dalam jualan amal tersebut. Oleh itu, dia merasa sangat teruja kerana dapat membantu Xuanji dan juga teman lelakinya dalam masa yang sama.

"Tapi jika gambar saya sekali teriklan dengan barangan ni, nanti tiada siapa yang mahu membelinya. Mana ada orang menjual barangan, masukkan sekali gambar wajahnya!"

"Ikut sahaja arahan saya, jangan membantah!"

Dan pada malam itu juga, dua keping gambar Xuanji berserta hadiah yang ingin dijualnya telah masuk kedalam website sekolah tanpa disedari oleh dirinya sendiri.

Zhao Jianshen yang sedang melayari laman website sekolah mereka terkejut apabila melihat kedua dua gambar Xuanji telah menerima tanda 'likes' melebihi sepuluh ribu.

Fokus pandangan Zhao Jianshen lebih tertumpu kepada wajah Xuanji daripada barangan yang ingin dijualnya!

Pastinya sesiapa sahaja yang telah melihat gambar tersebut teringin untuk membeli set barangan cawan dan pinggan mangkuk itu disebabkan tertarik dengan wajah Xuanji.

Tanpa membuang masa, Zhao Jianshen telah membida kedua dua set tersebut dengan harga sepuluh ribu yuan. Namun dalam masa beberapa minit sahaja, bidaannya telah dikalahkan oleh orang lain dengan harga dua puluh ribu yuan!

Oleh kerana kedua dua gambar Xuanji menerima terlalu banyak tumpuan dari orang ramai membuatkan website sekolah bahagian jualan amal menjadi sangat sibuk. Disebabkan hal itu, sekolah mereka memutuskan untuk menutup sementara waktu website tersebut.

Keesokkan harinya, perkara itu menjadi perbualan hangat di sekolah mereka. Gambar Xuanji telah menerima bidaan tertinggi dengan harga seratus ribu yuan.

Mereka betiga tidak menyangka akan menerima sambutan sehangat itu. Disebabkan hal tersebut, Xuanji telah menyembunyikan diri selama tiga hari didalam bilik asrama kerana berasa malu untuk keluar.

"Jiji, awak tidak boleh terus berkurung seperti ni, dah tiga hari awak tidak keluar, " ucap Bingbing selaku ketua bilik mereka yang risau melihat keadaan Xuanji.

"Saya malu berhapan dengan orang ramai!"

"Apa yang awak nak malukan, bila jumpa mereka buat sahaja macam biasa", pujuk Bingbing lagi.

"Okey, kami nak tau antara Yue Ni dan Zhau Jianshen. Mana satu yang awak pilih?"

"Kedua duanya saya tak suka!"

Sebenarnya Xuanji tidak mengerti, semenjak dia memasuki Universiti K ini, kedua dua lelaki tersebut sibuk untuk menjadikannya sebagai teman wanita mereka, membuatkan dia menjadi rimas! Menerima hadiah dan bunga daripada mereka telah menjadi satu kebiasaan.

Malah kedua duanya juga berasal dari keluarga yang mewah, tidak seperti Xuanji.

"Orang biasa seperti kita tentu tidak sepadan dengan orang seperti mereka. Ini bukannya cerita Cinderella", sela Xiaowen pula.

"Tapi dengan kehadiran dua orang ini dalam membida kedua dua hadiah tersebut membuatkan harganya bertambah. Bukan sahaja akan menguntungkan awak tetapi juga jualan amal kali ini", tambah Bingbing lagi.

Dengan teragak agak Su Qian memberitahu kepada mereka, oleh kerana Yue Ni dan Zhau Jianshen membida dengan harga yang tinggi, dekan sekolah mereka mahu Xuanji yang memberikan barangan itu nanti kepada kedua dua lelaki tersebut.