webnovel

Pusingan Pertama, Bermula!

編集者: EndlessFantasy Translation

Fa Ma berdiri di depan kerusi VIP dan memandang medan yang riuh-rendah itu. Seketika kemudian, dia berkata lembut, "Sekarang, saya ingin menjemput semua peserta-peserta untuk bergerak ke kedudukan yang telah ditentukan."

Walaupun medan itu agak riuh-rendah sehingga membuatkan deringan loceng itu hampir tidak kedengaran, suara Fa Ma masih mampu berbunyi di dalam telinga semua orang. Semua dapat melihat bagaimana lelaki tua yang hampir dengan kematian itu memiliki kuasa yang amat luar biasa.

Ramai ahli alkimia di kerusi VIP berdiri selepas mendengar kata-kata Fa Ma. Di sana, ahli-ahli alkimia telah dididik atau ditarik ke dalam beberapa kumpulan berkuasa. Peringkat ahli alkimia ini lebih tinggi berbanding dengan ahli-ahli alkimia 'bebas'. Ini disebabkan mereka mempunyai sokongan orang berkuasa.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください