webnovel

Nenek Rong yang Bijak Sudah Dapat Meneka Kesemuanya

編集者: EndlessFantasy Translation

Kesejukan yang datang daripada minyak itu membuatkan Su Qianci berasa lega. Dia meletakkan bantal di atas mukanya tanpa niat untuk mengalihkannya. Sambil berusaha menahan keinginannya, Li Sicheng mengalihkan bantal itu daripada muka Su Qianci setelah selesai menyapu minyak. "Siap. Pakai baju dan kemudian kita pergi makan." Dia bangun dan membuka almari lalu memilih sehelai baju putih tanpa lengan. Sebaik teringat musim panas sudah hampir berakhir, Li Sicheng menukarnya kepada sehelai baju kuning berlengan. Kemudian dia turut mengambil pakaian dalam Su Qianci.

Su Qianci berasa malu melihat lelaki itu memegang pakaiannya. "Saya boleh pakai sendiri."

"Biar saya tolong."

"Tak nak, kamu keluar dulu. Saya boleh pakai sendiri." Su Qianci menutup tubuhnya dengan selimut sambil mengambil bra dari tangan Li Sicheng. Wajahnya bertukar kemerahan.

Li Sicheng tidak menghiraukan bantahannya. Dia menarik selimut itu dan mengangkat tubuh bogel Su Qianci ke atas ribanya. Su Qianci terkaku. Dia dapat merasakan dengan jelas bonjolan pada seluar Li Sicheng dan tidak berani bergerak.

Li Sicheng berbisik ke telinganya, "Biar saya pakaikan." Merasakan nafas hangat Li Sicheng pada mukanya, pipi Su Qianci semakin kemerahan. Malah telinganya turut bertukar merah padam. Jahat betul lelaki ini! Su Qianci sedar dia tidak akan mampu membantah. Ia kerana… dia benar-benar menikmatinya…

Li Sicheng memakaikan Su Qianci baju dengan tangannya yang cemerkap. Su Qianci tidak berani untuk bertentang mata dengannya. Apabila Li Sicheng akhirnya berjaya menutup zip bajunya, Su Qianci terus bangun dan menjauhinya tanpa memakai selipar.

Li Sicheng terpegun dengan aksi pantas itu dan mengingatkannya, "Selipar."

"Oh!"

Su Qianci menyarung selipar lalu masuk ke bilik air, dan mendapati pakaiannya sangat konservatif. Baju itu mempunyai kolar yang tinggi, dan ia berjaya menyembunyikan kesemua kesan lebamnya. Kepanjangan lengan baju itu juga sesuai dengan cuaca sekarang. Su Qianci membasuh dan mengelap tangannya sambil berasa gembira. Li Sicheng adalah suaminya! Dia membuka pintu dan berjalan keluar dengan senyuman.

Terkesan dengan kegembiraan Su Qianci, Li Sicheng juga kelihatan lebih tenang daripada biasa. Ketika dia memegang tangan Su Qianci dan turun tangga bersama-sama, Nenek Rong melihat mereka dengan pandangan seakan mengetahui. Nenek Rong melihat jam dan terkejut, "Alamak, dah pukul satu tengahari. Mari makan. Makanan masih hangat."

Wajah Su Qianci merah padam. Entah kenapa, dia dapat merasakan Nenek Rong yang bijak itu tahu apa yang dilakukan mereka tadi. Su Qianci makan tanpa berkata apa-apa sambil diperhatikan Nenek Rong yang kelihatan cuba menyiasat. Tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Nenek Rong menjawab panggilan itu dan serta-merta riak wajahnya berubah. Dia menoleh dan memanggil, "Encik Li, ayah kamu."

Li Sicheng meletakkan mangkuk dan penyepitnya, mengambil telefon itu dan memanggil, "Ya ayah."

"Kau budak tak guna, datang ke rumah ini sekarang." Suara ayahnya kedengaran marah. Dia diam seketika sebelum menyambung, "Datang seorang. Jangan bawa isteri kamu."