502 Terharu dengan Kemahiran Memasak Saya?

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Para penonton memandang dengan rasa terkejut. Mereka rasa bingung dan agak keliru. 

Ini semua kerana tindakan Bu Fang nampak bodoh. 

Dia membuang isi ikan tapi menyimpan kepala ikan yang hodoh itu…Entah apa yang boleh dimakan pada ikan tu. Rupanya pun tidak menarik. 

Adakah kepala ikan nampak lebih menarik daripada isi ikan yang lembut dan putih? Itu seperti naik tidak bertangga, turun tidak berpintu. Adakah cef ini menjadi bodoh kerana terlalu banyak memasak? 

Ketua pengadil itu juga keliru, tetapi dia memilih untuk berdiam. Dia hanya memandang Bu Fang dan berfikir. Disebabkan dia memang berharap Bu Fang akan membuat silap, kenapakah dia perlu berkongsi kerisauannya dengan cef itu? Pada pendapatnya, lebih baik cef itu gagal pusingan ini. Apabila itu berlaku, tiada perkara tidak diingini akan terjadi pada pusingan akan datang. 

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ