162 Rasa Tat Telur Ini… Sangat Teruk

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Bu Fang memandang mereka berdua dengan rasa hairan. Dia sudah terbiasa dengan perangai kasar Luo Sanniang. Tapi, kenapa Juan'Er datang ke restorannya membawa bekas makanan?

Bu Fang memandang mereka dengan rasa curiga dan tersenyum kecil, "Saya sibuk."

Ekspresi Luo Sanniang kaku seketika dan keningnya berkerut. "Apa kamu cakap?"

"Ini waktu perniagaan… jadi, saya sibuk. Kalau nak makan, dipersilakan. Kalau kamu cari saya untuk sebab lain, tolong tunggu selepas restoran tutup." Bu Fang langsung tak mengendahkan pandangan tak puas hati Luo Sanniang dan kembali ke dapur.

"Kau… Kau tak guna!" Luo Sanniang sangat marah. Dia mengetahui peraturan Bu Fang. Tapi, dia tak boleh tahan dengan perangainya. Dalam bandar diraja ni, siapakah yang berani bercakap dengan dia, Luo Sanniang, dengan cara sebegitu?!

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ