301 Cara Dia Melihat Ramuan

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Mata Ni Yan yang cantik terbuka luas dan bibir merahnya yang lembap itu pula terbuka sedikit. Wajahnya penuh tanda tanya.

Bu Fang baru sahaja keluar dan mengangkat kepalanya bila mendengar kata-kata itu. Dia mengerdipkan matanya apabila terpandang wajah cantik yang biasa dilihat itu.

"Oh, kamu rupanya. Kebetulan sungguh." Bu Fang menggumam.

Tang Yin rasa agak kecil hati memandangkan Mahaguru Ni terus melupakannya apabila bertemu Tauke Bu. Adakah dia perlu melayannya dengan berbeza?

Datuk Bandar di Bandar Misteri Barat, Kong Yao, berdiri di belakang Ni Yan bersama-sama sekumpulan orang. Kong Xuan, pahlawan tertinggi bandar itu juga berada di dalam kumpulan itu.

Namun begitu, wajah Kong Xuan agak muram disebabkan dia tidak pernah melihat ekspresi sedemikian pada wajah Ni Yan. Dia tidak sangka Ni Yan yang berperangai acuh tidak acuh itu begitu mesra dengan lelaki lain. Adakah mereka begitu rapat?

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ