Langkah Haziq melurus sahaja keluar dari bilik itu tanpa memandang ke arah Litany. Tidak berani sebenarnya.
Alwiz merenung wajah Litany yang sedang menjeling tajam ke arah Haziq yang bergegas pergi. Apabila anak mata gadis itu beralih ke arahnya, dia hanya tersenyum kecil.
Litany tidak membalas senyuman itu, sebaliknya gadis itu memandang nya dengan kebencian yang tidak ditutup-tutupi.
"Don't you dare to show me your smile. I don't like you at all."
Tajam sekali tatapan mata gadis itu. Seakan-akan boleh membunuh sesiapa sahaja saat itu. Benci benar dia dengan lelaki yang bernama Alwiz itu.
Alwiz hanya tersenyum kecil, sama sekali tidak terasa dengan kata-kata dan tatapan tajam yang menusuk itu.
" What do you want Litany. Is there something you want to tell me?"
Litany terdiam. Macam mana lelaki itu tahu ada sesuatu yang perlu dia katakan?
"My aunt told me to call you. Dia nak ajak minum petang kat luar," beritahu Litany dengan suara yang datar. Wajahnya serius.
Alwiz tidak memberi sebarang reaksi. Dia terus merenung wajah gadis di hadapannya dengan senyuman yang tak lekang-lekang dari bibir.
Melihat gelagat Alwiz, Litany mendengus kasar. Dia mahu beredar dari situ, namun panggilan Alwiz mematikan langkahnya. Dia membalikkan tubuhnya. Dan entah sejak bila, Alwiz tiba-tiba terpacul di hadapannya. Cukup dekat untuk membuatkan jantungnya berdebar kencang.
litany terpegun. Gerak pantas Alwiz membuatkan dia terkesima. Mana dia pelajari buat macam tu?!
Tak semena-mena kakinya terundur ke belakang serentak dengan degupan jantungnya yang masih belum surut-surut juga. Namun begitu langkah nya terhenti apabila pintu di belakanya menjadi penghalangnya untuk terus mundur.
"Macam mana kau boleh..."
"Boleh apa?" pintas Alwiz.
Lelaki itu maju setapak demi setapak mendekati Litany.
"Boleh...err....boleh...."
Litany menelan liur. Kalau dia cakap, nampak macam dia yang gila. Ah! Sudahlah, mungkin dia berhalusinasi kut.
Tak perasan jarak diantara keduanya begitu sangat dekat. Bahkan sampai Litany boleh merasakan desah nafas hangat lelaki itu menerpa wajahnya. Litany terdiam tidak mampu bersuara. Hanya mampu merenung ke dalam anak mata lelaki itu.
Alwiz mendekatkan wajahnya di samping wajah Litany lalu membisikkan sesuatu.
"Kononnya ada boyfriend yang menanti kat sini."
Litany meneguk liur yang terasa kelat. Jelas terlihat senyum nakal di sudut bibir lelaki itu. Belum sempat Litany berbuat apa-apa daun telinga nya dijilat sensual oleh lidah Alwiz. Bahkan dia sampai memejam mata menahan rasa yang tiba-tiba menyerbu dirinya.
Dia ingin menolak tapi entah kenapa tubuhnya bereaksi tak sesuai keinginannya. Dirinya seolah-olah dikawal oleh sesuatu.
Lidah basah Alwiz terus menjalar liar, membuat gadis itu mengelinjang tidak keruan. Alwiz menyesap lembut leher jenjang gadis itu. Tak semena-mena desahan kecil keluar dari mulut mungil itu. Senyum nakal di bibir Alwiz semakin melebar.
Tiba-tiba lelaki itu menjauh dari Litany membuat gadis itu terasa kembali ke alam sedarnya. Serta-merta wajah nya memerah. Malu bukan kepalang.
"Kalau dah ada boyfriend mesti kau akan tolak aku kan tapi lihat reaksi kau. You naughty girl. Kalau aku nakkan kau mesti sekarang ni.... tapi aku tak sekejam itu. Lain kali hati-hati. Jangan nak main sangat berani tu."
Kata-kata Alwiz tepat menusuk ke dalam hati mengenakan batang hidung nya sendiri. Litany menggigit bibir. Kenapa lah dengan dia saat ini. Bodoh betul dia!!! Litany merutuki dirinya sendiri. Kesal dan geram bersatu di dada.
Sempat lelaki itu mengenyit kan mata ke arah nya sebelum keluar dari bilik itu. Litany terpegun. Suara ketawa Alwiz masih saja terngiang-ngiang di telinga nya. Litany meraup kasar wajahnya. Ni semua salah Haziq.
Namun sesaat setelah itu....
"ALWIZ I HATE YOH!!! I WILL KILL YOU! WAIT FOR MY KNIFE SO THAT I CAN SEND YOU TO HELL!!!!!"
Bergema jeritan Litany di kamar itu. Benci! Benci! Beraninya dia buat aku macam tu. Dia ingat aku ni pelacur. Murah sangat macam tu! Hei ingat sikit ni Litany. Bukan macam perempuan kat luar tu. Aaaarrggg suka hati dia je cium aku. Menyesal juga dia bermurah hati nak panggil lelaki itu. Kan dah kena. Ishh apa hak lelaki tu nak kenakan aku.
Litany rasanya benar-benar ingin membunuh lelaki itu saat ini. Tapi mengingat kembali dia juga salah. Kalau dia tak ikut hanyut mungkin tak akan jadi macam ni. Rasa malu yang amat kembali menyerang dirinya. Cepat-cepat dia keluar dari bilik itu.
.
.
.
.
.