webnovel

Ini Kisah Kita

Jika lazuli mampu mengucup lensa dengan kilauannya...biarkan hikayat terbuka dengan wadah dan cinta.

levonuts · ファンタジー
レビュー数が足りません
23 Chs

love or lust (ii)

Mata aku jatuh ke depan. Ke arah tanah tandus yang penuh dengan manusia. Manusia yang hilang sifat manusia kerana semua membawa tinggi sifat kebinatangan. Yang lelaki dengan angkuh menjunjung tinggi mahkota yang disalut dengan nafsu. Dan perempuan megah berjalan dengan sarung yang menunjukkan diri mereka. Aku mengeluh. Seolah aku berjalan ke dalam sebuah dunia yang berbeza.

 

Apa yang terjadi kepada mereka....kerana engkau...manusia di zaman dulu. Yang bijak menggunakan akal ke dalam terowong gelap. Yang terus mengheret dunia kami....kami....generasi masa hadapan....terus ke bawah tapak kaki engkau....kerana kepandaian kau di masa lalu....kami hari ni berjalan dengan langkah yang penuh dusta.

    "Kay.....i look for you..."

Serentak bau cinnamon mencecah rongga hidung. Lelaki di sebelah terus memeluk pinggang aku erat. Seolah aku mahram dia untuk disentuh. Bibir merah aku mengukir senyum tajam.

       "Look for me huh?"

Aku berpaling. Merenung lembut anak mata dia yang biru melaut. Dalam dan menangkap. Aku tahan urat muka sendiri sambil aku berdiri dan berpeluk tubuh depan dia.

   

      " What do you want?"

       

Dia diam. Cuma bibir merah dia terjungkit senyum. Mata dia menyepet dan merenung aku dengan pandangan nakal. Seolah dia dapat menyentuh aku dengan panahan mata dia yang membiru.

       "Don't ask me....if you already know..."

Aku tersenyum. Manis yang dibuat. Manis yang beracun. Manis yang membunuh. Perlahan-lahan aku melangkah mendekat. Kaki panjang aku melangkah dengan penuh berhati-hati. Jari panjang aku mula mengguris kulit dada dia yang putih melepak. Seolah aku sedang melukis sesuatu atas lapisan kulit dia.

         "Of couse darling...i know..."

Dan muka didekatkan ke telinga kanan dia. Sempat aku hembuskan nafas  ke cuping telinga dia. Sampaikan dia mula mendengus kasar. Aku berbisik lembut.

        "Should i make you breathless?"

 

 

Mata dia terpejam. Seolah menanti dengan apa yang akan aku buat pada dia. Seolah dia tenggelam dengan setiap perlakuan aku.

         "Yeah...make me forget everything. Make me forget all sorrow thing. And bring me.....to your beautiful world."

         "I will...."

Aku tersenyum sinis. Tangan kanan aku mula mengeluarkan sesuatu dari poket seluar sebelum dihalakan ke arah belakang si dia. Tepat. Dan aku tahu...dia perasan dengan apa yang aku buat. Senyum aku makin tajam.

Aku nak bunuh dia.

Bunuh.

Bunuh.

Dan bunuh.

Aku nak bunuh lelaki macam ni!

         "First...i'll make you breathless.."

Dan benda tu diletak tepat atas kulit belakang dia. Mata aku jatuh pada badan dia yang mula kejung. Aku ketawa.

         "And then you will forget everything except your wrongdoing....and be dragged to the hell."

Tangan kiri aku terus mengguris kulit badan  dia sehingga ada tompokan merah yang mengalir. Dia telan liur. Tapi badan dia terus kejung. Sempat aku berbisik pada dia. Mungkin...untuk kali terakhir.

      "Go....or die?"

Tak tunggu lama....terus dia berlari. Jauh dari aku. Jauh dari perempuan yang akan bunuh dia. Langsung tak berpaling. Aku senyum sinis. Benda tadi, aku masukkan ke poket seluar sebelum aku melangkah pergi.