webnovel

DERITA BERAKHIR BAHAGIA

Mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah, Tengku Arissa Mikael. Merupakan pelajar bermasalah di sekolah kerana ayah dan ibunya yang membenci dirinya yang menyebabkan dia menjadi gangster sekolah tetapi baik hati. Hidup Arissa lama kelamaan menjadi ceria apabila dia berjumpa dengan Haris merangkap anak pengetua sekolah tersebut yang sudi berkawan dengannya. "Aku tak sangka masih ada orang yang berkawan dengan aku. Tapi aku harap kau ikhlas cause semua orang yang pernah nak jadi kawan aku hanya sebab rupa dan harta. So... hope kau faham"- Arissa. "Saya janji yang aku tak akan jadi salah satu daripada diaorang. Lagipun, macam ada satu suara yang menyuruh saya berkawan dengan awak. Bagi saya, awak macam familiar dalam hidup saya walaupun kita tak pernah jumpa"- Haris. _____________________ Namun, hidup Arissa kembali terseksa apabila ayahnya sendiri mahu menyeksa dan membunuh dirinya. Arissa tidak tahu hendak berbuat apa melainkan pasrah sahaja. Apa akan jadi pada Arissa? Adakah dia terus mati begitu sahaja atau... keajaiban akan berlaku? Nak tahu jawapan, bacalah DERITA BERAKHIR BAHAGIA ini!

evvevrian27 · 若者
レビュー数が足りません
26 Chs

BAB 19

ARISSA mencuri-curi melihat Aqzi yang berada di ruang tamu rumah itu. Seketika, dia akan menyorok di sebalik dinding apabila Aqzi memandang ke arah belakang. Apabila Aqzi tidak melihatnya, dia akan ketawa.

Seketika, Arissa melihat lagi ke arah Aqzi namun, dia sudah tiada di tempatnya. Yang kelihatan hanyalah televisyen yang terbuka.

"Tengku... Tengku buat apa ni?" tanya Umi secara tiba-tiba yang membuatkan Arissa hampir melatah. Terus Arissa mengurut dadanya perlahan.

"Ishh... Umi ni... nasib Aris tak ada heart attack tau. Kalau tak, arwah dah Aris ni" tutur Arissa lalu mencebikkan bibirnya tanda protes.

"Sebab umi tahu Tengku tak ada heart attack lah umi buat macam tu..." balas umi dengan riak lembutnya.

Arissa hanya mampu mendengar. Malas mahu membalas kembali. Dia tahu, akhirnya tidak akan menang juga kerana umi lebih tua daripadanya. Tambahan pula, dia menghormati umi walaupun dia lebih bekuasa di banglo mewah ini selepas Encik Zaimee dan Puan Irdina.

"Umi... boleh tolong tak?" tanya Arissa lembut dengan muka penuh pengharapan.

"Tolong apa? Susah ke?" tanya umi kembali.

"Tak susah pun. Senang je. Tolong jangan panggil Aris, 'Tengku'. Itu je. Boleh?" kata Arissa sambil memegang tangan umi.

Umi terkelu seketika sebelum dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Umi bekerja bawah Encik Zaim. Jadi, semua ahli keluarga Encik Zaim umi hormat. Sebab tu umi tak nak panggil Tengku dengan nama" jujur umi dengan tangan mengusap rambut Arissa.

"Alah... Umi ni... daddy, daddy jelah. Aris tak payah. Tak terlibat pun dalam hal ni..." rengek Arissa dengan manjanya.

Umi menggeleng secara lambat-lambat.

Arissa mencebik dan membuat muka protesnya. Walaupun dia tidak kisah, tetapi sebenarnya lebih dari kisah. Dia risau sekiranya identitinya terbongkar. Lebih-lebih lagi apabila bersama rakan-rakannya walaupun Zafirah dan Kyra.

"Tapi kalau Tengku nak umi panggil Tengku, Aris, cuma apabila Tengku dengan kawan-kawan Tengku jelah" sambung umi apabila melihat Arissa seperti hedak menjauh hati daripadanya.

Arissa terus tersenyum kembali. Terus dia mencapai tangan umi lalu disalamnya dan terus pergi seperti gaya budak kecil hendak ke taman permainan. Bezanya, sekarang ini dia di ruang tamu sahaja.

Umi menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat tingkah Arissa sebegitu. Sejak dua menjak ini, anak majikannya itu selalu sahaja gembira sehingga dia sendiri berasa risau. Satu, risau kerana takut Arissa sudah kurang waras kerana dugaan yang menimpanya selama ini. Kedua, orang kata, orang yang berubah perangai selalunya hendak meninggalkan dunia. So, dia takut Arissa meninggalkannya kerana dia sudah menganggap Arissa seperti anaknya sendiri.

Arissa terus mengambil tempat di tempat Aqzi sebentar tadi. Remote dicapai dan ditukar kepada channel kegemarannya. Channel carton network. Haha... budak-budak en? But, itulah Arissa. Cerita kegemarannya ditonton dengan penuh khusyuk dan tawadu'. Langsung tidak menghiraukan hal sekeliling.

Aqzi yang baru tiba terus bercekak pinggang di belakang Arissa. Air kosong yang berada di sebelah tangannya dituang perlahan ke atas kepala Arissa. Sengaja hendak mencari penyakit.

Arissa yang terasa seperti cecair yang sejuk di atas kepalanya terus mendongak. Mukanya terus berubah sebaik sahaja melihat iblis yang sentiasa menyesatkannya di situ.

"Ishh... Abang Aq ni kenapa? Dah nak mampus ke apa? Dah tak boleh bezakan antara sinki dengan kepala ea?" perli Arissa dengan tangannya cuba menghalang tangan Aqzi dari terus menuang air itu di kepalanya.

"Aah... memang tak boleh bezakan pun. Tapi bukan tak boleh bezakan sinki dengan kepala but tak boleh bezakan antara sinki dengan longkang tak siap. Lagipun, siapa suruh duduk tempat abang? Siapa suruh?" tutur Aqzi lalu duduk di pemegang sofa sambil meminum airnya dengan selamba.

Arissa tidak mengendahkan kata-kata Aqzi yang sememangnya menyakitkan hatinya itu. Muka aku cantik okey. Kepala pun. Dia kata kepala aku longkang? What the heck?

Remote dicari lalu disorokkan di dalam bajunya supaya channelnya tidak ditukar oleh Aqzi.

"Apalah. Sepanjang aku hidup, aku tak pernah tengok budak sebaya kau tengok kartun. Yang aku selalu tengok, diaorang suka tengok drama. Lagi-lagi drama korea entah apa-apa tu. Tapi kau? No comment" kata Aqzi lalu tangannya merayap di atas meja untuk mengambil remote. Setelah merasakan benda yang dicari tiada, dia terus memandang Arissa dengan mata dikecilkan.

Arissa dengan muka bataknya tersenyum. Sengaja mahu menyakitkan hati Aqzi. Biar terbakar terus satu badan and then, setan yang selalu kacau dia pun hilang. Hahaha...

"Dahlah. Abang tak nak pun lah. Baik layan ig. Lagi best. Boleh chat awek. By the way, jangan tidur lambat sangat. Esok sekolah. Ingat tu" pesan Aqzi lalu terus menekan butang tutup di lif itu.

Kini, tinggallah Arissa bersendirian di ruang tamu. Dia bersendirian memandangkan semua penghuni di banglo itu sedang belayar di alam mimipi kecuali yang belum tidur lah.

Tidak berapa lama selepas itu, keadaan yang sunyi sepi itu ditambah dengan suhu yang rendah di luar dan dalam membuatkan Arissa mengantuk yang teramat. Dengan berbantalkan bantal kecil, dia akhirnya tertidur di sofa itu dengan nyenyaknya.

*****

Encik Zaimee tersedar dari tidurnya kerana kebahangan yang entah datang dari mana. Padahal aircond sudah dipasang dan suhu pun suhu yang terendah. Suasana pun sejuk je. Mungkin kebahangan itu datang dari neraka ke tujuh?

Dia terus bangun lalu bergerak ke luar apabila merasakan tekaknya perit. Dengan langkah yang berat, dia melangkah juga.

Sesampainya Encik Zaimee ke aras satu, rasa mengantuk terus bertukar kepada rasa geram. Di tuju ke arah ruang tamu di mana semua suis berada di situ.

"Hish budak-budak ni... bil elektrik melambung naik, aku tahulah nak buat apa" bebel Encik Zaimee lalu mematikan televisyen.

Setelah itu, dia berasa terkejut apabila tiba-tiba sekujur tubuh berdiri di belakangnya. Apabila diperhati dengan betul, rupa-rupanya Arissa yang sedang mamai. Nasib sahaja dia tidak menumbuk Arissa sebentar tadi.

"Aris? What are you doing here? Kenapa tak masuk bilik? Sejuklah dekat sini. Pergi masuk bilik sana" tutur Encik Zaimee lalu memapah Arissa untuk masuk ke biliknya. Sebelum itu, lampu dan aircond ditutup.

Dengan rasa prihatinnya, Encik Zaimee terus membawa Arissa ke arah lif dan terus ditidurkan kembali Arissa di biliknya. Bilik yang serba-serbi kelabu-biru.

Setelah Arissa lena kembali, sikap prihatin tadi berubah kepada benci. Rasa sakit hati dan menyampah timbul apabila melihat muka Arissa yang bersih tanpa sebarang jerawat dan seangkatannya. Muka suci itu menjengkelkannya sangat-sangat.

"Aku harap, cepatlah sikit kau percaya aku. Aku penatlah berlakon. Aku malas nak kongsi harta aku dengan kau. Tahu tak penat nak ikhlas? Fikir aku sudi ke? Tak apa. Aku akan pastikan kau mati. Itu je. Hahaha..." bisik jahat Encik Zaimee dengan perlahan. Kemudian, dia berlalu masuk ke biliknya sendiri. Air yang asalnya mahu diminum terus tidak jadi.

*****

Kenapa sis rasa cerita ni macam makin bosan hah? But it's okay. Usaha membawa kepada kejayaan. Haha... sorry sesangat kalau lambat update. Please jangan jadi silent readers... kumahu voters and commentlah... nak tahu gak apa kekurangan...

K, tu je. Bye...