Armel Maira, nama sudah cantik, rupa paras pun seperti model terkenal, akhlak? Jika boleh dinilai dengan per 10, jadi nilai akhlaknya hanyalah 4/10. Sikap pentingkan dirinya menyakitkan hati semua. Bagi gadis itu, hidupnya tenang sahaja. Dia suka dengan kehidupan sosialnya sehinggalah pada hari jadinya yang ke-22. Thank you layan saya malam tadi. See you soon, Armel Maira. Mahu luruh jantung gadis itu. Hari yang sepatutnya menjadi hari yang sangat bahagia bertukar menjadi suram. Dia dinoda oleh manusia yang tidak dia kenali. Jangan kata kenal, lihat pun tidak pernah! Siapa yang berani buat benda terkutuk padanya? Dia buntu mencari jejak lelaki tersebut. Ingatkan jika sudah turunnya hujan, akan muncul pelangi yang kembali menyinari hidupnya. Rupanya tidak! Abang kepada teman lelakinya merangkap 'Abang paling disayangi' kembali. Tetapi kembalinya lelaki itu membawa ombak 'malang' pada Armel. "Kenapa ye? Salah ke aku nak jadi diri aku? Aku hidup bukan untuk puaskan hati orang." -Armel Maira- Dalam mencari jawapan kepada semua permasalahan, banyak hati terluka, banyak pengorbanan telah dibuat. Biarlah ombak sebesar tsunami datang menghentamnya berkali-kali, asalkan semua bahagia, for now and forever.
Assalamualaikum semua, selamat malam! Vie just nak cakap yang Vie sekarang dah mula kembali nak karang cerita ni seperti yang Vie janjikan selepas raya right? But Vie decide untuk buat beberapa perubahan dan penambahbaikan dalam plot cerita ni. So, that's why kalau korang perasan, semua chapter dalam story ni hilang. Vie buat macam ni sebab Vie dah lama tinggalkan update jadi idea untuk mengarang tu dah hilang. So, Vie rasa Vie terpaksa ulang kembali mengarang. I'm really sorry. Vie tak sanggup nak biar cerita ni tergantung sepi sebab ni adalah salah satu cerita yang Vie karang yang mampu cecah 40 bab! And I'm proud with myself and my readers! For those yang mahu menunggu, lepas Vie siap je 10 bab (InsyaAllah dalam minggu depan) Vie akan publish satu lagi note mengenai notis yang Vie dah update new story sebab Vie takkan update bab tu dekat sini dah atas beberapa faktor and Vie still tak jumpa button unpublish untuk buku hahahaha. So thank you everyone for reading this! Jaga diri, sentiasa kekal di rumah di musim PKP ni. Assalamualaikum!