webnovel

BAB 1

Aku menguap seperti Sleeping Beauty yang ingin tidur. Bayangkan saja muka cantik aku ini menguap. Yelah. Penat menunggu seorang pelanggan ni habis membeli. Sudah satu jam dia asyik berpusing di tempat sama.

"Adik, lama lagi ke dik? Dah pukul 10 dik. Akak nak tutup kedai"

Soal aku. Mata sudah kuyu dan layu. Aku hanya mahu tidur je sekarang. Balik rumah nanti, sudah semestinya yang pertama aku nampak ialah sebuah bantal. Tak nampak dah benda lain.

"Kejap kak. Saya tengah cari ramen yang murah ni. Tapi saya cuma bawa RM4 je kak" Ujarnya perlahan.

"Nak ramen murah, better kau pergi beli dari stokis dik. Ramen dia RM4 je. Tapi kena beli banyak-banyaklah. Beli satu, dia tak terima" Kata aku. Sempat lagi aku menilik kuku aku yang bersinar mengalahkan cermin bilik mandi aku.

"Alah. Lagilah saya takde duit."

"Kalau takde duit, pergilah balik dulu. Amik lagi RM1. Akak tunggu ni"

"Tapi kak" Budak itu berkerut. Amboih. Sudah seperti professor pula gayanya.

"Dalam tabung saya cuma ada RM4 je kak. Ini pun saya pecah tabung tanpa pengetahuan kakak saya. Kalau dia tahu, matilah saya kan. Saya cuma perlukan lagi RM1. Tapi saya takde RM1"

Aish budak ni. Macamlah aku tak kenal perangai nak minta diskaun kau ni.

"Yelah, yelah. Akak tahu kau nak minta diskaun kan? Bagi jelah RM4 tu. Nnti ada masa kau bayar lagi RM1. Tahun depan ke, bulan depan ke, suka hati kaulah dik. Akak nak tutup kedai ni"

"Yes. Terima kasih kakak!"

"Ya, ya. Bagi RM4 tu lepas tu balik dan tidur. Jangan berjaga pula. Tak elok untuk kesihatan. Esok kau sekolah."

"Ya, baiklah! Nah akak! Btw saya tak sekolah. Esok saya gi hospital. Bye!"

Budak itu terus meletakkan RM4 di atas meja dan terus berlalu keluar dari kedai aku tu.

Aku menggeleng. Ada juga budak tak tahu malu macam ni. Nasib baik perempuan. Kalau lelaki, dah lama kena halau dengan aku tu.

(Racist sikit. HAHAHA)

Aduh. Rugi RM1.

Takpelah. Anggap saja ini sebagai sedekah amal jariah. 3 perkara yang Allah tak akan ambil selepas kita mati iaitu Sedekah, doa ibu bapa dan.... satu lagi aku lupa pula. Nnti aku cek balik ya.

Setelah memasukkan duit di dalam mesin duit tu, aku menguncinya lalu terus packing barang untuk balik. Haih. Aku boleh gila jaga kedai ni seorang diri. Aku perlukan assistant lah.

*****

Aku masuk ke dalam rumah itu dengan malasnya. Selipar aku dicampak-campak saja di merata-rata tempat. Langsung malas nak fikir fasal selipar dah. Aku nak tengok MegaDrama:Sweet Dreams.

Tadi kata ngantuk, asal sekarang tak ngantuk pula?

Lumrah manusia. Bila bosan, mengantuklah ia. Jika ada waktu free, terus segar bugar mata tu.

Dari luar lagi, aku sudah dengar bertapa rancaknya pesta dalam rumah ni. Khusyuk benar 4 anak dara sunti ni menonton televisyen. Drama Sweet Dreams pula tu! Tak adil betul!

"Apa ni? Tengok tanpa kita! Dahlah taknak tolong kat kedai. Kalau ada seorang dua tadi cepat sikit aku tutup kedai tadi!" Rungut aku lalu menyelit di celah-celah Sofa itu. Sekarang iklan. Malang betul hidup. Asal duduk je terus iklan. Memang nasib aku malang seumur hidup ke macamana?

"Aku sudah kata, setiap hari sabtu tutup saja kedai tu. Tak ramai orang pun sebab semua sedang bercuti hujung minggu" Balas Fathin sambil mengunyah Chittoz yang diambil dari kedai aku.

"Yelah. Nnti setiap hari sabtu, aku tutup kedai. Kakak aku dah balik ke belum? Lamanya dia dekat mahkamah"

"Dah lama dah balik. Dah pukul 10. Mana ada orang pergi mahkamah sampai pukul 10."

Jawab Farah. Farah pula sedang lentok atas bahu aku sambil dirinya menghisap coki-coki yang dibelinya di kedai berhampiran.

"Dia lawyer duh. Ingat lawyer kerja sampai 6 petang je ke? Diorang banyak sangat fail jenayah yang kena urus" Ujar Annie.

Aku tersenyum. Bagus Annie. Tak perlu aku nak terangkan pada Farah dah.

"Yelah, yelah."

"Mimpi bukannya ilusi~~~"

Intro lagu OST Sweet Dreams kedengaran di TV. Semua sudah diam membisu. Fokus benar pada cerita-cerita sebegini.

"BONG!!!!"

Chittoz yang dipegang oleh Fathin habis bertaburan. Annie pula tertampar muka Farah manakala aku yang hampir tertidur tadi terus terjaga dan kepala aku berlanggar dengan kepala Ain.

"Ah! Kenapa tu? Siapa menjerit?!" Soal aku. Aku menggosok kepala aku dengan kuat kerana sakitnya terlanggar kepala Si budak kenit nih.

"Ya Allah adik!" Chin, kakak pertama aku turun dari tangga dengan tergesa-gesa.

"Bong dekat luar panggil dari tadi takkan tak dengar?"

"Huh?"

Kami berlima tersenget-senget muka. Sejak bila pula ada orang panggil nih?

Kakak ni pun satu. Nak menjerit, tak reti langsung ucap salam. Sakit kepala aku terhantuk. Farah lagi kasihan, kena tampar dengan Annie. 😂

KLAK!

Chin membuka pintu. Dengan tuala yang membalut kepala, dengan baju tidurnya yang masih lagi kelihatan selekeh, selamba saja dia buka pintu untuk kekasih hatinya. Tapi Bong tak masuklah.

Haih. Penat aku.

Kami berlima memandang TV semula. Fathin pula terpaksa mengutip semula Chittoz yang tertumpah di atas lantai. Mujur ada Ain, dia sudi membantu.

30 minit kemudian, cerita habis begitu saja. Bersambung esok pula. Hari ni hari sabtu tapi ada Sweet Dreams. Kami tengok rakaman yang dirakam masa hari khamis. Sebab hari khamis, hanya Farah dan Ain saja dirumah. Jadi minta mereka rakamkan. Hari ni baru ada masa nak tengok semula.

Selepas Sweet Dreams, Ain menukar siaran ke siaran Talk Show.

Sambil menonton siaran itu, sempat lagi aku bertanya.

"Esok aku jaga kedai."

"Esok? Baguslah. Boleh ganti aku sementara" Annie senyum sambil menepuk bahu aku.

"Apa? Kenapa? Kau pergi mana esok?" Aku berkerut.

"Aku nak tidur. Hari ahad, bukannya hari untuk aku bekerja." Balasnya.

"Kau ni" Aku mengetuk kepalanya.

"Jadi maknanya... esok yang jaga kedai kau, Farah dan Ain jelah?" Soal Fathin hairan.

Aku mengangguk. "Yup. Eh jap. Habis kau pergi mana pula?"

"Aku kena pergi ambil stok dekat Batu Pahat. Hari Isnin baru balik. Aku pergi dengan Hafiz" Ujarnya.

"Okeyh. Jangan lupa kopi. Nnti orang-orang Tua tak lalu nak makan dekat kedai tu lagi sebab takde kopi. Kau selalu sangat lupa kopi" Pesan Farah.

"Ya, ingat" Sudah seperti mesin basuh rosak, kepala Fathin asyik mengangguk berkali-kali. Buat aku mahu tergelak malam-malam ni. Tapi aku takde sebarang semangat.

"Aku nak tidur dulu. Sudah pukul 11 lebih hampir pukul 12"

Aku bangun dari sofa empuk itu. Farah mengangkat kepalanya dan terus menarik tangan aku.

"Aku nak tidur juga. Esok nak bangun awal kan. Nak buka kedai. Pwahhh" Farah menguap. Sekali pandang, seperti sloth rupa dia menguap.

BY Eyya Dhyna

次の章へ