webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · アニメ·コミックス
レビュー数が足りません
34 Chs

*-Sejarah Bandar-*

Jeneral Hong memasuki makmal. Para profesor sedang menjalankan tugasan.

"Dah jumpa kelemahan dia?"

"Sudah tuan..."

"Nanti hantarkan saya maklumat..hari ini..kita akan keluarkan Sapine untuk berikan dia latihan.."

"Apa?! Tuan, dia tu berbahaya..", kata seorang askar.

"Sediakan semua tentera..cepat lepaskan dia..."

Semua tentera memasuki makmal dan berada di setiap sudut makmal dan laraskan senjata. Cecair di dalam gelas Sapine berkurangan sampai habis. Mata Sapine terbuka.

SPUSH!!, Sapine pecahkan gelas itu. Tinggi dia hampir 3 meter. Dia memandang ke arah Jeneral dan berjalan ke arahnya. Dia cekik dan angkat Jeneral Hong ke atas. Semua tentera bersedia untuk tembak.

"Awak semua jatuhkan senjata. Sapine..aku takkan buat apa-apa.. turunkan..erk!"

"Siapa kau? Apa kau buat pada aku!!", kata Sapine.

"Aku ialah pencipta kau..aku..ouch!"

DUM!, Jeneral Hong jatuh ke tanah. Dia berdiri semula.

"Aku Jeneral Hong, pencipta kau. Nama kau ialah Sapine..aku ada latihan untuk kau..kau perlu ikuti latihan ini untuk hapuskan orang jahat..."

"Orang jahat?"

"Ya.. dengan latihan ini..kau dapat tumpaskan dia..sila ikut aku.."

Jeneral Hong berjalan keluar diikuti Sapine dan tentera.

_______________________________________

Zyon pulang ke asrama. Ramai orang sedang buat persiapan untuk pulang.

"Apa khabar Abang Zyon...", seorang pelajar melalui Zyon. Zyon memasuki biliknya. Yunus sedang menunggu Zyon.

"Hei juara..dah lama tidak berjumpa.."

"...."

"Senyap sunyi bilik ni..."

Doody duduk atas kepala Yunus. Yunus berjalan ke pintu. Yunus tepuk bahu Zyon.

"Jumpa lagi..kawan.", Yunus beredar.

Zyon terus baring atas katil memandang kipas. Lama-kelamaan, dia pun tidur.

Pada esoknya, ramai yang balik kerana cuti istimewa. Zyon sedang kemas barang. Selepas itu, Safiy dan G-gong pulang ke asrama. Mereka ternampak Zyon mengemas barang. Tampaknya, Safiy kembali jadi normal.

"Zyon..kau balik?", tanya Safiy.

"Ya..."

"Kau ada keluarga ka?"

"Ya.."

Zyon menggalas beg dan berjalan keluar asrama. Safiy dan G-gong menunggu melihat keluarga Zyon

Tiba-tiba, datang seorang datuk berjalan dengan tongkat kayu. Pakaiannya jubah dan tak nampak wajah. Zyon pulang bersama datuknya.

Dari jauh Saga sedang mengintip pergerakan Zyon.

SLUURP.., bunyi air dihisap. Patrol sedang minum air.

"Saga..kau tengah buat apa tu?"

"Tengok dia tulah..tak tahu pun dia ada atuk..aku nak tengok tempat tinggal dia..."

Saga berjalan mengikuti Zyon dengan senyap. Zyon dan datuknya dapat tahu sesuatu mengikuti mereka dari jauh.

Zyon dan datuknya berjalan ke atas bukit. Ada satu pondok dan mereka berdua masuk. Saga mengintai Zyon dari tingkap. Zyon dan datuknya hilang.

"Mana dia pergi? Peliknya..."

*****************************************

BOOM!!, satu letupan berlaku. Satu bandar Zygon musnah teruk. Ramai nyawa melayang. Di tengah-tengah bandar ada seseorang...dia ialah...

*****************************************

Safiy dan G-gong sedang berehat di sebuah restoren di Bandar Zygon.

"Safiy...awat bandar ni nama dia Bandar Zygon, kenapa tak boleh letak nama lain?"

"Mana aku tahu..bila aku sampai sini ja..nama ni Bandar Zygon..."

Tiba-tiba, satu kertas singgah di meja mereka.

"Hei..ni Muzium Sejarah Bandar Zygon..."

"Jom kita pi lepas makan..."

Selepas makan, mereka menuju ke muzium besar di tengah bandar. Mereka masuk dan ada seorang menyambut mereka.

"Selamat datang ke Muzium Sejarah Bandar Zygon..ada apa-apa pertanyaan?"

"Kami teringin nak tahu, kenapa bandar ini dinamakan Bandar Zygon?", tanya Safiy.

"Mari ikut saya..bandar ini dinamakan Bandar Zygon sempena Zygon iaitu bapa pembangunan kawasan bandar ini berkurun lamanya...dialah membina bandar besar ini bersama jurutera terhebat pada dahulu kala..."

"Tunggu..siapa Zygon ni sebenarnya? Dari mana asal usul dia?"

Mereka tiba di hadapan satu patung.

"Zygon ialah anak keenam pasangan Lisha dan Zunda..dia ni antara makhluk paling bijak ketika itu..dia dilahirkan selepas lima panglima yang pernah menyelamatkan bandar ni daripada kebangkitan kuasa kegelapan..."

"Kejap..siapa Lisha dengan Zunda ni?", tanya G-gong.

"Hoi..setiap hari belajar sejarah takkan tak tau kot..", kata Safiy.

"Tak apa cik..itu pertanyaan soalan bagus. Lisha, nama penuhnya Syanash Lisha daripada keluarga Syanash iaitu pemegang kuasa cahaya terkuat ketika itu..."

Mereka bergerak ke tempat lain.

"Zunda, nama penuh iaitu Darkai Zunda daripada keturunan keluarga Dakrai, pemegang kuasa kegelapan iaitu kuasa bertentangan dengan kuasa cahaya..."

Mereka tiba di satu gambar.

"Pada zaman dahulu.. kuasa cahaya dan kegelapan adalah musuh kuat. Mereka sering berperang sampai setiap tahun, ramai akan terkorban. Namun, pada suatu hari, tanpa berkenalan...Lisha dan Zunda berjumpa dan mereka berkawan sehingga dewasa. Walaupun selepas itu, mereka tahu asal usul masing-masing namun begitu, tiada sesiapa dapat halang cinta mereka. Apabila kedua-dua buah keluarga tahu tentang hal ini, mereka pisahkan Lisha dan Zunda dengan situasi berat.

"Lepas tu? Lepas tu?"

"Selepas itu, kedua-dua terpaksa mengambil keputusan untuk mengahwini kedua-dua mereka kerana faktor-faktor tak dapat dielakkan. Perkahwinan antara Zunda dan Lisha dapat buatkan kedua-dua belah pihak berbaik lalu keamanan berlaku, tetapi tidak semua setuju dengan perkahwinan dan keamanan ini.

"Lisha beranak dan mempunyai lima zuriat. Hidup mereka bahagia. Dalam senyap, nenek Zunda hidupkan satu tenaga kegelapan yang mampu mengubah kebahagiaan menjadi suasana mengerikan. Selepas itu, Zunda terkena tenaga itu dan sumpahan itu masuk ke dalam dia. Dia musnahkan tamadun yang dia baru bentukkan."

"Lisha mula berasa sedih dan geram...dia terus ceraikan Zunda dari hidupnya. Zunda berasa marah dan ingin hancurkan isterinya. Dia melepaskan kuasa kegelapan pada isterinya. Lisha lepaskan kuasa cahaya terkuat dengan kesan mengurangkan jangka hayat badan orang itu. Sejak itu, Zunda mati.."

"Jadi...apa yang berlaku selepas itu? *Krunch*", G-gong makan keropok.

"Dari mana kau dapat keropok tu??"

"Selepas anak-anak Lisha membesar dan melahirkan kuasa elemental lain..Lisha menghembuskan nafas terakhir, dia juga lepaskan tanggungjawab penjagaan dunia kepada anak-anak seterusnya cucu-cicitnya. Sewaktu anak-anak Lisha tumbuh dewasa, kebangkitan Zunda berlaku..."

"Tunggu dulu...bukan Zygon tu anak Lisha jugak ke? Mana dia sewaktu.."

"Tentang hal itu, pihak kami masih lagi tidak pasti...tapi kebangkitan Zunda juga melibatkan Zygon. Dia jadi jahat. Dia hapuskan adik-beradiknya dan selepas itu, Zygon mati kerana usia tua... itulah ceritanya.."

Orang itu tak perasan muzium telah lama tutup. G-gong dan Safiy sudah hilang. Tinggal dia seorang diri di situ.

"Hoi, dah lewat malam dah...balik", jerit sekuriti.