634 Ujian Terakhir

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

"Dewa Ye, kamu nak makan apa-apa?" pengurus Samsara sudah kepenatan dan dia pun berbaring di atas sofa. Selepas mendengar perutnya berkeroncong beberapa kali, dia terfikir untuk makan malam. 

"Oh, boleh!" Ye Xiu menjawab tanpa sebarang perasaan. Pada masa yang sama, bunyi ketikan boleh kedengaran.

'Hm?! Apa ni?'

Pengurus Samsara tiba-tiba tersedar akan sesuatu. Ini adalah pejabatnya. 'Kenapa saya duduk di sofa tetamu sedangkan tetamu saya pula duduk di kerusi dan menggunakan komputer saya?'

'Dia sedang gunakan komputer saya?'

'Dia sedang menggunakan komputer saya!!!'

Pengurus Samsara tiba-tiba melompat bangun. Mana mungkin komputernya boleh digunakan oleh orang luar? Ada rahsia kelab di dalam komputer itu! Dia pergi ke komputernya. Apabila dia melihat, dia hampir pengsan.

Ye Xiu bukannya mencari rahsia Samsara. Dia sedang menggunakan komputer untuk bermain Glory! Sudah berapa lama dia bermain?

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ