159 Tetamu Berbulu-Bulu

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Selepas menyelesaikan Lembah Garisan tiga kali, jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Ye Xiu menggeliat dan bangun untuk berjalan. Tang Rou juga bangun untuk mengambil air. Dia mengambil cawan tehnya dan pergi ke meja hadapan.

"Semua pemain tadi dah hilang ke?" tanya Tang Rou sambil minum.

"Entahlah!" kata Ye Xiu.

"Apa masalah mereka dengan kamu?" tanya Tang Rou. Dalam permainan, sudah tentu semua ahli kumpulan bertanya siapakah kesemua penyerang hendap tadi. Ye Xiu hanya menjawab dengan ringkas sahaja. Steamed Bun tidak peduli. Seven Fields dan Sleeping Moon pula sentiasa menghormati Ye Xiu dan mereka tahu yang pihak penyerang tadi tidak setanding dengan Ye Xiu, jadi walaupun mereka rasa ingin tahu, mereka tidak banyak bertanya.

Hanya Tang Rou yang paling rapat dengan Ye Xiu yang dapat meneka kesemua penyerang hendap tadi ada kaitan dengan pelanggan yang mencari pasal dengan Ye Xiu di kafe internet ini pada waktu dahulu.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ