119 Saya Terlupa

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Seluruh dunia Glory tergamam. Kesemua persatuan utama juga sama.

17:22:17. Kesemua pemain veteran Glory mula bercakap tentang rekod ini. Mereka hampir gila.

Ini satu lagi rekod terpantas di antara kesemua sepuluh server. Setelah server kesepuluh dilancarkan, rekod-rekod yang selama ini tercatat telah dipecahkan satu demi satu. Mujurlah server kesepuluh ini ada ramai pemain baru, jadi mereka tidak memahami apa yang sedang berlaku. Jika ini berlaku di server lama, para pemain pasti akan tertanya-tanya, Dewa manakah yang telah muncul? Tetapi walaupun ini server kesepuluh, pasti akan ada kontroversi lambat laun. Sekarang ini, disebabkan server ini baru sahaja dibuka, para pemain lain tidak memberi perhatian tentang apa yang berlaku di server kesepuluh. Lagipun, ini hanyalah 'dungeon' tahap rendah, jadi tidak banyak perhatian diberikan.

Tetapi, kontroversi itu tidak salah. Memang ada Dewa yang muncul.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ