461 Pengalaman Mengerikan

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Bahkan Dewa juga turut terkejut. Dari skrin Ye Xiu, Chen Guo dapat melihat wajah Wilderness Escort memenuhi skrin.

Wilderness Escort telah berjaya disumbat ke dalam lubang, tetapi dia tersangkut kerana Sparse Fragrance telah menghalang lubang tersebut. Disebabkan efek Falling Flower Palm tidak sekuat biasa apabila berhadapan dengan kuasa pertahanan Wilderness Escort, dia tidak ditolak lebih dalam lagi.

Separuh badan Wilderness Escort telah sangkut di dalam lubang. Dia bergelut-gelut untuk melepaskan diri. Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu.

"Apa dia buat tu…" tanya Chen Guo.

Ye Xiu tidak tahu hendak ketawa atau menangis. "Dia nak bangun… tapi dia sangkut. Tak tahulah dia sedar atau tidak!"

"Kamu tak tahu ke benda ni boleh terjadi?"

"Macam mana saya nak tahu?" Sepertimana dia tidak tahu tentang kewujudan lubang ini, dia juga tidak tahu yang bos liar boleh tersangkut separuh badan di sini!

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ