417 Konflik Tahap 50

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Selesai!

Bukan Ye Xiu sahaja, kesemua pemain yang mengikuti perkembangan Lord Grim tahu yang dia sudah menyelesaikan bahagian Arena untuk Cabaran Heavenly Domain. Jumlah kemenangannya dapat dicari dengan mudah melalui maklumat watak Lord Grim sendiri. Selepas berhari-hari menonton Lord Grim bertarung, kesemua pemain lain tahu akan kelengkapan Lord Grim secara menyeluruh. 

Namun, mereka tidak tahu berapa banyak quest yang telah dia selesaikan. Biarpun begitu, para pemain di Heavenly Domain sudah mula membuat persiapan. Mereka bersedia untuk menyerang Lord Grim apabila dia tiba nanti.

Quest Cabaran Heavenly Domain memang sukar, tetapi para pemain tahu yang Lord Grim tidak akan menghadapi masalah dengannya. Ia hanya menantikan waktu sahaja.

Para pemain tidak silap, ia memang menantikan waktu, tetapi waktunya memang panjang. Chen Guo sendiri menyaksikan Ye Xiu mengambil masa 3 jam untuk menewaskan seorang bos.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ