663 Jangan Biarkan Dia Terlepas

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Haluan Deception telah dihalang sepenuhnya. Loulan Slash telah membentuk jaringan yang dianggotai oleh beberapa pemain yang bergandingan di udara untuk tujuan pertahanan. Deception terlalu licik dan sukar untuk ditangkap. Tidak hairanlah dia begitu terkenal sekali. Dia telah berjaya melakukan operasi mengutip sisa dari sesama ke semasa. Loulan Slash pernah bertarung di samping Deception sebelum ini, jadi dia sangat memahami tahap kemahirannya. Kali ini, setelah menjadi sasaran, dia tahu betapa berbakatnya Deception ini. Jika lima orang pemain dalam pasukannya layak menjadi pemain profesional, Deception pastinya layak juga.

Loulan Slash sudah mula berfikir tentang bagaimana hendak merekrut Deception. Buat seketika, dia tidak pasti hendak berkata apa, tetapi para pemain Heavenly Justice yang mengerumuni Deception sudah mula menjerit, "Lari! Kenapa kamu berhenti? Cubalah lari lagi!"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ