861 Hitungan Jelas

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Darah memercik dari Brother Wolf. Ye Xiu telah merasakan serangan ini tadi. Biarpun dia masih belum memahami rentak serangan bos sepenuhnya, dia sudah faham akan isi-isi pentingnya. Pasukannya pula cukup mahir untuk menangani sebarang masalah-masalah lain.

Pemain yang kurang mahir pula, seperti Chen Guo dan Luo Ji, adalah kelas penyerang jarak jauh. Asalkan situasi berada dalam kawalan, asalkan mereka berdua tidak mencetuskan banyak masalah, semuanya pasti baik-baik sahaja.

Seterusnya, mereka harus menghitung sama ada pasukan mereka mampu mengumpulkan jumlah 'damage' yang mencukupi untuk membunuh bos atau tidak.

Berdasarkan logik, jumlah kuasa serangan pasukan pastinya tidak mencukupi pada ketika ini. Ahli pasukan perlu perlahan-lahan mengumpulkan kelengkapan baru dan meningkatkan kekuatan watak sebelum tekanan dapat dikurangkan. Sekarang ini, pasukan mereka menghadapi sekatan 5 tahap. Dari segi jumlah kuasa serangan, mustahil mereka tidak berasa tertekan.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ