778 Acara yang Tidak Dapat Difahami

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

"Kawan-kawan! Jom! Mari main sebentar."

Selepas mendengarkan pengesahan Chen Guo, ada yang mula memanggil kawan-kawan masing-masing. Namun, jelas sekali kebanyakan orang di sini bukan dari kumpulan yang sama. Ada yang mula bertindak, tetapi kebanyakan di antara mereka cuma sedang bersiar-siar pada waktu pagi sahaja. Mereka cuma melihat ada kekecohan dan berhenti untuk menyaksikannya. Mereka masih perlu meneruskan hari mereka, jadi mereka tidak akan menangguhkan kerja mereka untuk perkara kecil sebegini.

Hanya beberapa orang masuk ke kafe internet. Ada di antara mereka yang cuma mahu melihat keadaan sahaja. Selepas menyedari yang mereka memang tidak perlu membayar untuk menggunakan komputer, mereka meneruskan urusan masing-masing.

Untuk beberapa orang yang pertama, kekecohan yang dicetuskan sangat besar, tetapi ia mula perlahan kemudian. Sudah tentu, waktu adalah punca utama. Tidak ramai orang datang pada waktu awal pagi.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ