1 prolog

⟦Hari pertama persekolahan⟧

 

       Matahari belum terbit di timur lagi,saya sudah bangun dan melakukan rutin pagi.Saya mulakan dengan 'stretching' untuk memanaskan sel sel badan saya yang masih belum siaga.

 

Setelah itu, saya berjoging di sekitar kawasan rumah sewa saya yang saya sudah sewa beberapa bulan lalu.Sememangnya itulah rutin harian saya sejak saya berumur 15 tahun lagi.

 

Rutin berjoging pagi yang saya mula amalkan sejak berumur 15 tahun sehingga sekarang sememangnya sangat berat.Namun begitu,mahu tidak mahu saya perlu membiasakan diri untuk mampu menelan segala rasa sakit itu.

 

Nama saya Sarah wormwood,dari nama  belakang sahaja menunjukkan saya seorang bangsawan.Saya terlahir sebagai bangsawan yang bergaris  keturunan tentera.Oleh itu,mahu tidak mahu,saya perlu melatih tubuh badan saya untuk menjadi lebih kuat lagi agar saya mampu berdiri disamping kedua kakak saya yang sememangnya merupakan kebanggaan bagi keluarga kami.

Setelah berjaya menyelesaikan 10 putaran mengelilinggi kawasan perumahan saya,saya kemudian mandi untuk menyegarkan badan."arghhh,segar sekali"jerit saya sambil mencurahkan air paip itu ketubuh.

 

Air yang perlahan mengalir ditubuh saya seolah olah memberi tenaga ke sekujur tubuh badan saya untuk memulakan pagi yang baru.

 

       Tidak sampai suku jam saya mandi,saya kemudian mengenakan pakaian seragam putih yang sudah tergantung kemas di jendela,saya sememangnya menggantungnya disitu setelah selesai menggosoknyasemalam.

 

Ruang apartment saya yang kecil hanya memuatkan barang barang yang penting sahaja.Oleh itu,saya perlu lebih kreatif untuk menggunakan apa sahaja cara yang ada serta mempelbagaikan fungsi setiap sesuatu benda agar saya mampu bertahan hidup ditempat asing sebagai seorang pelajar.

 

       Baju kemeja putih yang lengkap dengan aksesori berwarna warni serta sulaman lambang kepala unicorn di bahagian dadah kirinya perlahan kusarungkan ke tubuhku.Hanya dengan memakainya sahaja sudah cukup membuatkan saya merasa  gembira.

 

Tidak sampai disitu,dibawah logo itu,tertulis MAKTAB TENTERA DIRAJA dengan sulaman kain sutera.Sambil memperagakannya dihadapan cermin,suara hati saya tidak berhenti memuji tuhan kerana memberikan peluang kepada hambanya ini untuk mengenakan seragam yang menjadi kebanggaan bagi setiap remaja di negara saya.

 

Saya merasakan seolah olah usaha saya selama ini untuk terus menjadi kuat terbayar.Bagi saya,ini adalah langkah pertama saya untuk menjadi lebih kuat dan membela kematian ayah saya.

    

               ⟦Mengimbas masa lalu⟧

 

       Di negara ini,apabila kanak kanak mencapai usia 14 tahun,mereka semua akan terlibat dalam program wajib selama 3 tahun yang akan meneliti bakat, kemampuan serta kecenderungan mereka.

 

Semua kanak kanak dinegara ini diwajibkan mengikutinya apabila umur mereka mencapai 14 tahun.Yang diberikan pengecualian hanyalah kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik dan mendapat keizinan sendiri daripada pihak rumah sakit.Oleh itu,bangsawan seperti saya juga tidak akan terlepas daripada program itu.Hanya fasiliti bangunan serta layanan sahajalah yang membezakan antara bangsawan dan orang biasa.

 

Ketika umur saya mencapai 14 tahun dan mengikuti program itu,saya merasakan yang kehidupan saya tidak banyak yang berubah.Pada saya, perubahan yang besar yang saya rasakan hanyalah saya sudah mempunyai banyak kawan untuk bermain.

 

Selebihnya,saya hanya hidup normal disana,ada juga masanya apabila kami disuruh untuk menguji banyak senjata dan pihak program akan menentukan tahap kesesuaian kami dengan senjata tersebut.Selain itu,saya cuma bermain dengan kawan kawan yang lain.

 

       Sepanjang program itu berlangsung,mereka menguji daya tahan masing masing dari kami bermula dari ketahanan stamina,kelajuan berlari, ketahanan menahan nafas dalam air sehinggalah mengukur detak jantung kami saat melihat  layar kaca yang berisikan peperangan dan kekerasan.

 

Sudah tentu ramai yang menangis saat melihat itu dan saya juga termasuk antara mereka.Tidak dilupa,kami juga dibekalkan dengan senjata mainan mengikut pilihan kami dan menyuruh kami untuk bermain dengannya.

 

Di tahun kedua kami,kami diberikan,gelaran mengikut masing masing berdasarkan data yang terkumpul selama setahun kami disini mulai dari karakteristik kami,bakat,bentuk badan,ketahanan stamina serta kecenderungan kami.

 

Peranan kami diasingkan kepada 9 kategori bermula dari peranan yang paling jarang ditemui serta yang paling diidamkan setiap orang iaitu paladin. Karakteristik bagi paladin ialah orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata pedang besar,mereka berperanan sebagai ketua dalam setiap kelas serta akan menjadi pemimpin apabila perang berlaku.

 

Pendek kata,kelas Paladin ialah kelas wira yang sangat istimewa, posisi yang dipuja,menjadi simbol keamanan dan kemakmuran.Selain itu,kelas kedua ialah knight,kelas knight berada dibawah paladin.

 

Sememangnya kelas kedua terkuat setelah paladin,knight yang mempunyai karakteristik pahlawan yang lengkap memakai baju besi bersenjatakan pedang ditangan kanan serta perisai di tangan kiri mereka,kelas knight ini hampir semuanya adalah bangsawan.

 

Kelas ketiga ialah Saber, kelas yang khusus untuk perempuan sahaja, mempunyai karakteristik perempuan yang lengkap memakai alat perlindungan,bersenjatakan long sword serta menunggang kuda perang.Saber atau lebih dikenali sebagai sayap kecemasan ini adalah kelas kakak saya Emely Wormwood,mereka mengambil peranan besar di dalam perang kerana mereka senang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

 

Oleh itu,mereka dapat memberikan bantuan ketempat tempat yang diperintahkan oleh Paladin dengan lebih mudah,cepat dan efisien.Bukan itu sahaja,Saber juga berperanan untuk mengejar komandan musuh sekiranya mereka lari dari medan peperangan serta memberi serangan kejutan ketika dalam peperangan nyata.Sungguh peranan yang sangat hebat.

 

Kelas keempat pula yang juga hampir dimonopoli oleh bangsawan ialah Achery,berperanan sebagai 'back up'dan bertujuan untuk mengucar ngacirkan  sistem pertahanan lawan di dalam perang.

 

Seterusnya,Kelas kelima ialah Guardian.Kelas yang hanya untuk lelaki ini mempunyai karakteristik orang yang besar dan dilengkapi baju besi tebal dan membawa perisai besar serta kapak,kelas ini berperanan untuk  menjaga paladin,orang awam yang menjadi tahanan perang,menjaga kelas Acher,serta menjaga 'back line' dalam peperangan.Untuk kategori keenam dan ketujuh masing masing kelas barbarian dan berserker.Mempunyai karakteristik tentera yang membawa lembing sebagai senjata,memakai baju besi yang berkualiti rendah serta memakai perisai bulat yang diperbuat dari kayu.Kelas ini diisi oleh orang biasa,mereka hanya dibenarkan untuk memakai senjata yang murah dan tidak berkualiti kerana pemerintah tidak mahu mengeluarkan duit yang banyak pada mereka.

 

Selain dari itu, pemerintah juga tidak mahu senjata mereka akan diguna semula untuk kepentingan pihak lawan.Kedua dua kelas malang ini berperanan sebagai 'front liner' di dalam peperangan yang bertujuan untuk menahan gelombang serangan pihak lawan,menahan serangan mereka serta kelas pertama yang akan masuk ke dalam 'base' musuh,dalam erti kata lain,mereka adalah perisai daging di dalam peperangan.

 

Sudah tentu,kelas ini adalah kelas yang sangat menyedihkan namun kategori ini ditentukan di dalam program sepanjang 3 tahun itu, keputusan yang dikeluarkan oleh pihak program tidak ada kaitan dengan darjat melainkan data dan kemampuan individu itu sendiri, sebagai buktinya,ada juga golongan bangsawan yang berakhir di kelas itu.

 

       Oleh kerana negara Magnolia ini sangat menyanjungi kekuatan,status bangsawan sendiri tidak dapat menyelamatkan diri mereka dari tidak termasuk ke kelas yang digunakan sebagai tembok daging dalam peperangan ini.

 

       Begitu jugalah yang terjadi dengan saya, sungguh terkejutnya saya apabila melihat keputusan kelas yang diberikan oleh pihak program.Tangan saya menggigil memegang kertas yang diberikan oleh perempuan separuh umur yang bertugas sebagai salah seorang 'staf' dalam program itu.

 

Terlihat jelas tulisan yang ada di kertas itu bahawa kelas saya ialah berserker,Kelas untuk perempuan yang berperanan untuk membantu barbarian di medan peperangan.

 

Masa saya seolah olah terhenti,Kaki saya melemah,hati saya hancur berkecai.Siapa yang aku patut persalahkan,ini semuanya ialah salahku yang dulu,aku begitu manja dan bersikap sambilewa dalam mengikuti program ini.

 

Aku cuba merayu kepada pihak program dengan menggunakan gelaran sebagai bangsawan tetapi semuanya sia sia.

 

Mereka tidak boleh memberikan saya peluang kerana sekiranya saya diberikan peluang,ianya tidak akan adil kepada orang lain yang bernasib sama denganku.Tambahan lagi,sekiranya ianya sampai ditahu pihak kerajaan,hukuman pancunglah yang menjadi penebus dosa kami.

 

Ketika aku merasakan bahawa masa inilah yang paling buruk dalam hidupku.Namun jangkaanku meleset,dihari yang sama juga,setelah berita kelas saya sebagai berseker sampai ke pengetahuan keluarga saya,saya kemudian dibuang dari keluarga saya.Dalam tempoh masa 24 jam sahaja,kelas saya sebagai berserker rasmi,saya terus kehilangan keluarga,tempat tinggal serta nama yang selama ini saya pandang tinggi.

 

       Di tahun kedua juga,kami turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan,satu kumpulan terdiri dari setiap kelas tetapi oleh kerana kelas paladin umpama 1 dalam 100.Oleh itu,kumpulan itu akan diketuai oleh Saber dan sekiranya saber turut tidak ada,tugas ketua kumpulan akan turun kepada knight dan begitulah selanjutnya.

 

Dalam tugas berkumpulan,saya dan barbarian sering dijadikan umpan bagi melengahkan pihak musuh.Sungguh,kelas ini merupakan kelas yang sangat menyedihkan,dengan karakteristik yang hanya memakai baju perisai yang berkualiti rendah dan dilengkapi dengan 2 bilah pisau kecil sepanjang 30cm.Sememangnya,peranan berserker hanyalah untuk membantu kelas barbarian untuk merosakkan sistem pertahanan musuh sehinggalah stamina mereka habis lalu selebihnya hanya takdirlah yang menentukan hidup mati mereka.Dalam setiap misi yang kami diberikan sepanjang tahun kedua itu,hanya sayalah yang selalu cedera teruk dan sering dimarahi oleh anggota kumpulan saya kerana hanya menjadi beban.

 

       Sejak saat itu,saya mulai melatih diri saya untuk menjadi kuat,saya ingin membuktikan kepada ibu saya yang saya mampu jadi kuat dan tidak akan menjadi aib bagi keluarga Wormwood.

 

       Dalam setahun panjang saya gigihkan diri untuk berlatih mulai dari berjoging setiap pagi sehinggalah latihan menggunakan senjata saya.Hasilnya, saya telah mendapat peringkat pertama dalam kelas saya,dengan ini, sekiranya saya dapat mengekalkan momentum saya untuk tahun depan yang merupakan tahun terakhir kami disini.

 

Saya akan mendapat peluang untuk bersekolah di tempat yang sama seperti kakak saya iaitu MAKTAB TENTERA DIRAJA.Saya berasa gembira saat membayangkan yang saya mendapat peluang untuk bersekolah disana.

 

       Setelah masuk tahun terakhir kami di program ini,saya terus berusaha untuk mengekalkan posisi  pertama saya seperti sebelumnya.Ketika saya mulai menerima takdir dan memilih untuk maju,saya seolah-olah melihat jalan baru bagi saya.

 

Saya mulai belajar untuk tidak mempedulikan dengan apa yang orang lain katakan.Saya masih mempunyai dendam yang belum saya lunaskan,untuk itu saya tidak boleh terus mengeluh sebaliknya saya akan buktikan yang kelas tidaklah menjadi penentu hidup kita sebaliknya kejayaan dan kegaglan adalah pilihan orang itu sendiri.Sekiranya dia bergerak maju dan memberi peluang kedua kepada dirinya,saya yakin yang dia akan berjaya sebaliknya sekiranya individu itu hanya diam dan menyalahkan takdir.Hanya hinaan dan hidup yang keras sahajalah yang menantinya.

 

Setelah saya selesai menamatkan program ini dengan keputusan yang baik.Aku terus memindahkan semua barangku yang aku sudah sediakan semalam.

 

Semuanya diangkut ke kereta kuda yang aku sewa untuk menghantarku kerumah menggunakan duit belanja yang dikirim oleh kakak sulungku setiap bulan.

 

Di dalam kereta kuda,perlahan aku menyisip sijil serta surat tawaran tajaan untuk menghadiri sekolah elit kedalam fail lalu aku simpan di dalam bagasi yang berkunci.

Aku sungguh gembira kerana aku berjaya menebus semua silapku sebelum ini,aku mulai belajar dari kesalahanku yang kita perlu berusaha sekiranya kita menginginkan sesuatu dan bukanlah hanya menggunakan statusku sebagai bangsawan.

Sejak dari kecil,aku sudah berdendam tetapi caraku salah,aku memilih untuk membalas dendamku dengan hanya menggunakan uang ringgit iaitu dengan hanya mengupah orang yang telah membunuh ayahku.

 

Tetapi,untuk sekarang,aku adalah dua orang yang berbeza,aku bukanlah bangsawan seperti dahulu lagi.

 

Jantungku terus beedegup laju memikirkan yang aku akan bertemu keluargaku setelah bertahun-tahun berpisah.Tambahan lagi,aku berasa gugup untuk bertemu ibuku setelah apa yang ibuku lakukan terhadap diriku beberapa tahun lalu.

 

Hasilnya,aku tidak tenang apabila memikirkanya,apa lagi untuk tidur disepanjang perjalanan.Akhirnya,aku memilih untuk melihat suasana sibuk ibu kota Magnolia dari balik jendela kereta kuda untuk mengisi masaku sepanjang perjalananku ke rumah.

 

Setelah hampir 3 jam perjalanan.Akhirnya,kamipun sampai di hadapan sebuah rumah agam besar berwarna putih.

 

Tidak beberapa lama kemudian,keluar seorang perempuan yang lima tahun tua dari saya sekaligus kakak sulung saya sambil diiringi beberapa orang perempuan yang memakai pakaian seragam hitam putih.

 

Setelah matanya menangkap sosok tubuhku yang baru turun dari kereta kuda,dia terus berlati dan memlukkku erat.

 

Dia menangis dengan kuat,sambil memelukku erat.Untuk hari yang biasa,aku akan menilak tetapi hsri ini,aku memilih untuk terus diam.

 

Aku sangat mengenali perangai kakakku itu,dimata orang lain.Dia adalah bidadari yang sempurna.

 

Terlahir dengan bakat bermain pedang yang luar biasa sekaligus penerus nama bangsawan keluarga kami setelah kematian ayahku 6 tahun lalu.

 

Tambahan lagi,untuk sekarang, dia adalah ketua pengawas di Sekolah Maktab Tentera elit dan kapnten dikalangan semua saber.

 

Namun begitu,sikapnya yang gagah dan garang itu akan kendur sekiranya berkait denganku,aku juga sering mempertanyakan dari dahulu lagi,aku percaya yang mungkin sifat keibuannya yang dominan menyebabkan aku sebagai adik bongsu menjadi orang yang paling berharga dan patut dilindungi olehnya.

Tetapi,aku juga mendengar cerita orang bahawa kes seperti ini dipanggil 'sister complex'.

 

Aku tidak tahu untuk mempercayai yang mana tetapi sebagai adik,aku memiluh untuk percaya kepada teori pertama.

 

Selang beberapa minit aku bertahan dari suara hingusnya yang ditarik apabila ditarik dan merelakan rambutku basah akibat air matanya yang banyak.Akhirnya,dia mulai tenang dan kemudian mempelawaku untuk masuk.

 

Sebelum dia bergerak masuk,sempat matanya memberi isyarat kepada pembantu rumah yang ada disitu.Setelah itu,aku terus mengekorinya meninggalkan barang saya yang masih berada di kereta kuda.

 

Setelah aku masuk ke ruang dalam rumah dan duduk di ruang tamu,aku kemudian disajikan dengan air tea yang berkualiti serta beberapa potong kek berlainan perisa.

 

"kak,mana ibu?"tanyaku setelah lama berdiam diri memerhati suasana.

"Arhhh,mmhm.Ibu ada di biliknya,dia enggan untuk bertemu kamu.Kakak minta maaf Sarah".

"sungguh,saya tidak kisah,kakak tidak perlu meminta maaf.Memang begitulah sikap ibu".

 

       Sejak saya mendapat kelas berseker,ibu telah memutuskan hubungan terhadap saya,dia jugalah yang menghalau saya dari rumah ini.

 

Namun begitu saya tidak kisah,ibu tidaklah berperangai sedemikian saat 6 tahun yang lalu.Peristiwa berdarah yang berlaku 6 tahun lalu sehingga meragut nyawa ayah saya memberikan impak yang besar pada emosi serta cara berfikir ibu.

"kamu sungguh kuat Sarah"sambung kakak saya,

"meski awak mendapat kelas bawah,awak tetap berjaya naik dengan usaha awak sendiri,sebagai kakak awak,saya berasa bangga".

 

"Terima kasih kak,namun saya tidaklah kuat.Saya berjaya untuk bersekolah kesekolah yang sama seperti kakak kerana saya mempunyai dendam yang kuat untuk menemukan lalu membunuh sendiri pembunuh yang telah membunuh bapa"kataku spontan,

 

"kamu masih memikirkan tentang itu Sarah?,tidak ada gunanya untuk terus terpaku pada benda yang sudah berlalu".

 

Mendengar ucapan yang dikatakan kakak saya membuat saya marah,"saya tidak akan sekali kali melupakannya,orang yang berduel dengan ayah.Dalam duel itu,ayah terluka parah dan saya meluruh laju untuk menghentikan pertandingan mereka,namun begitu saya dihalang oleh orang yang berada disana.

 

Orang yang memakai topeng dan merupakan lawan ayah kemudian memotong kepala ayah saya tepat di hadapan mata saya.Sejak saat itu,saya sudah bertekad untuk menjadi kuat dan membunuh orang itu.Atas tekadku itu, walaupun aku mendapat kelas yang lemah,aku tidak akan menjadikannya alasan untuk tidak membalas dendam terhadapnya".

 

"Saya mungkin tidak melihat mukanya kerana ditutupi pentup kain namun melihat dari karakteristiknya,dia adalah kelas assasin dan senjatanya berwarna merah lembut".

 

"Sarah,kakak memang tidak boleh menghalang tekadmu itu, tetapi ingat.Jangan berlebihan mengejar sesuatu yang tidak pasti dan berbahaya, kehidupan yang sekarang ini sudah cukup bagus.Kita masih hidup bersama sebagai satu keluarga,apa yang kita perlu lakukan ialah terus bergerak ke hadapan dan melindungi apa yang kita ada sekarang ini.Kakak takut yang dikejar tak dapat,yang digendong berciciran".

 

"Baiklah kak"balas Sarah sambil meminum teai yang dihidangkan di hadapannya.

 

 

                      <informasi>

⁂kelas assasin ialah kelas yang jarang ditemukan sama seperti paladin.

 

⁂kelas assain tidap seperti 6 kelas yang lainnya,mereka mempunyai akademi khusus kerana method pembelajaran mereka berbeda dengan keenam kelas yang lain

 

⁂keenam kelas sangat mementingkan kerjasama dan mengkhususkan peranan mereka dalam peperangan manakala assasin hanya bergerak sendiri dan peranan mereka ialah penghapusan bahan bukti,sabotaj,bergerak di belakang layar serta pembunuhan mangsa seperti yang dimahukan tuan mereka

 

⁂Keenam enam kelas hanya diberi satu kad kelas mereka manakala assasin diberikan keenam enam kad kelas untuk mengelakkan diri mereka diketahui.Identiti assasin tidak boleh diketahui kerana mereka dianggap sebagai pembunuh

 

⁂Keenam enam kelas bertugas untuk memenuhi tugas pada negara serta mengutamakan keselamatan rajah dan orang awam manakala kelas assasin hanya mengutamakan  tuan mereka yang telah mereka sumpah setia dan akan mengakhiri hidup mereka sekiranya mereka gagal untuk menjaga tuan mereka

 

⁂karakteristik assasin ialah mereka hanya menggunakan baju pelindung dari kulit,memakai topeng,dan lengkap membawa senjata katana sepanjang 1 meter serta satu kunai yang terikat di betis mereka,mereka juga mempunyai bom asap yang sering digunakan saat ingin melarikan diri.

 

⁂bahan bom asap itu hanya diketahui oleh assasin dan informasi pembuatannya,tidak boleh bocor ke khalayak ramai

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

avataravatar
次の章へ