webnovel

ajsks

[Teen Fiction+Mystery+Action+Romance] Hidup bergantung pena. Hidupnya seakan-akan tiada tujuan. Dia cuma menjaga, dan akhirnya perlu melepaskan dirinya. Tapi, tidak semudah itu. Bait-bait bagi setiap ucapan mereka, telah mengubah persepsi mereka antara satu sama lain. Senekad mana pun mereka, tapi siapalah mereka untuk menghalang diri dari terjerumus ke alam cinta. -"Dia tidak akan berhenti sehingga kau aku mati" Status:On Going

hmyzh_ · アクション
レビュー数が足りません
26 Chs

7

Malam Remember Us yang diadakan pada hari sabtu akan berlangsung pukul 8 tepat.

Jam di dinding menunjukkan pukul 7:40 malam, dua gadis di dalam sebuah bilik itu sedang seronok mempersiapkan diri masing-masing.

"Hey, Anah. Cantik tak baju aku?" tanya Qisteena sambil membelek-belek bajunya yang berwarna ungu berserta dengan manik-manik yang dihiasi disekeliling bahu.

Anah yang sedang meletakkan sedikit gincu berwarna merah pada bibirnya sambil menghadap ke arah cermin , terus memandang ke arah Teena apabila dia dipanggil

"Lawanya kau weh! Mesti kau jadi Queen Sweeters malam ni!" puji Anah pada Qisteena sambil mengelilingi Teena yang penuh dengan gaya ala-ala ratu diva

"Elelele. Kau puji aku tu melebih sangat. Kau kena ingat. Queen Sweeters tu dipilih melalui rupa juga tahu! Last year, look! Who is the winner..bukan, ke kau?" balas Teena apabila melihat ke arah wajah putih kemerah-merahan Farhanah

Anah melemparkan senyuman kepada rakan baiknya itu .

"Itu last year! Ini this yearlah! Mana tahu. Your luck! Lagipun, kawan aku  ni seorang yang, cantik okay ! " puji Anah melambung

"Luck tak luck, kalau orang tak ada rupa ni, memang takkan menang pertandingan tu ! Nak lagi aku yang tak seberapa putih ni, sah-sah juri tu buta kalau aku yang

menang!" muka Teena mula merah menahan geram, kerana juri cuma menumpukan perhatian terhadap kecantikan paras wajah tapi bukan fesyen.

Juri tu semua tak boleh pakai , erghh , menyampah !

Anah menutup mulutnya bagi menahan tawanya daripada tercetus.

"Ei, engkau ni , ada pula cakap macam tu, kecantikan ni datang bila kau confident, putih tak putih tu belakanglah, kalau lagi kau baik orangnya, buruk macam mana pun kau, kau tetap cantik. " balas Anah

"Em yalah, kau senanglah cakap. Tapi yang buatnya aku! " ujar Teena sambil melihat ke arah bahagian rak kasut, kasut berwarna ungu bertumit tinggi 4 cm diambil dan disarung ke kakinya

"Mana ada, kau tak nampak ke aku selalu saja jalan dengan penuh yakin? " Anah berkata kepada Teena , walaupun sebenarnya. Tipu je..

Teena yang tadinya masam mencuka macam mak nenek, terus tersenyum teruja dan memandang ke arah Anah yang juga sedang memasang kasut tumit tinggi 3cm

berwarna merah ke kakinya, yang berbalut dengan stoking merah gelap yang panjang sehingga ke paha.

"Eh, kau betul ni eh? " ujar Teena sambil menghalakan jari telunjuk tangan kanannya ke hadapan muka Anah

Anah mengangguk sambil tersenyum

Teena terus memeluk rakannya itu , agaknya dia terlalu teruja. Lalu ,dia meleraikan pelukan itu selepas dia telah tenang sedikit .

"Wei, thank you weh. Aku nak menanglah untuk kali ini , tolong bagi aku can !Lagipun ni kan last year kita! " pinta Teena

"Apa main can-can pula. Kemenangan tu kan pilihan juri, aku tak sangka pun aku sebenarnya menang, kau kena tahu selama 5 tahun ni,

aku berusaha untuk sederhana kan pakaian aku untuk malam Remember Us. Tapi, entahlah kenapa still menang . "

"Kau kan cantik, budak lelaki semua gilakan kau. Macam mana boleh tak menang pula. Untung badan ! Apapun aku minta satu je kat kau, let me be the winner

for this night. Aku tahu its sound like im really bad, tapi ini merupakan satu impian aku selama aku kat sini. Please.." rayu Teena

Anah cuma memandang sayu ke arah Teena

"Aku akan sedaya upaya mengelak dari jadi pemenang. Demi kau ."

"Terima kasih sangat-sangat! Tapi , kau nak buat apa? Kau jangan plan yang gila-gila, eh ! "

"Jangan risaulah. Jomlah, nanti lambat pula . "

Sempat lagi, Anah melap bibir merahnya yang bergincu itu dengan tisu.

Mereka mula beredar dari bilik, setelah mengunci bilik, kaki mula melangkah satu persatu .

Siswi yang lain agaknya dah gerak awal, cuma ada beberapa orang yang kelihatan berada di koridor .

****

Kereta jenama Audi mula menapak di pertapakan parkir kereta di hadapan pintu Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, lelaki berpakaian kot dengan tali leher

merah, cermin mata merah yang besar, sudah mampu membentuk seorang lelaki nerd .

Rambut lelaki itu, di belah tengah .

Sejambak bunga ros di tangan digenggam erat. Memang sudah menjadi kebiasaannya selama 5 tahun setiap kali malam Remember Us .

Setiap kali bunga itu diberikan kepada dua gadis pilihannya, bunga itu akan dibuang dan dia akan diketawakan, maklumlah ..

Siapa saja sukakan nerd, kan?

3 minit melangkah menuju ke pintu besar, dalam 3 minit itulah dia merancangkan segala aktivitinya malam itu.

Tiba di hadapan pintu, ramai orang berada disekelilingnya, ada yang berkumpulan, ada yang berpasang-pasangan .

Lelaki itu mula mencari gadis pilihannya, Munirah. Dari, minggu lepas dia perhati sahaja gadis itu, agak sopan di matanya, rasanya kali ini dia takkan tolak

pelawaan dirinya untuk menjadi pasangannya sepanjang malam itu , kalau itu yang terbaik , dia ingin gadis itu sehingga menjadi pasangan sebenarnya.

Alright , dah jumpa! jerit hati dia

Kaki mula melangkah ke arah gadis berpakaian warna putih sehingga ke paras lutut itu, bila mula berhadapan dengan gadis itu , dia mula bersuara .

"Ha..hai ! " gugupnya

Mata Munirah melirik ke arah lelaki nerd itu.

"Hai, may i help you? Encik Raf?"

"I.. I nak bagi you bunga ni.. " ujarnya sambil meluruskan tangannya ke hadapan sehingga terkena ke muka Munirah

"Auchh !! "

"I.. Im so sorry.. " beritahu lelaki itu

Munirah tersenyum lalu mengambil bunga itu. Senyuman mula terukir di bibir Raf. Lama juga di pandangnya bunga itu, setelah sekian lama, bunga ros merah di

dalam bungkusan plastik itu ,di campak ke muka lelaki itu, menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang.

Senyuman lelaki itu, mati serta merta.

Apabila lelaki itu undur, dia terlanggar seorang lelaki penghantar minuman dan menyebabkan minuman itu habis tertumpah ke badan dan muka lelaki nerd itu.

Seisi dewan itu ketawa.

****

Apabila mula melangkah masuk ke dalam dewan besar, Anah dan Teena mendengar seisi dewan penuh dengan ketawa .

"Anah! " jerit Haris sambil berlari ke arahnya. Anah menoleh .

Bila Haris berada di hadapan mereka berdua dia mula berkata.

"You.. memang different sangat dengan yang lain. You are the most gorgeous this night, rasa untung sangat berpasangan dengan awak malam ini.

I hope dekat luar pun kita akan menjadi sepasang kekasih. " ujar Haris sambil memberikan pandangan menggoda, tangan Anah dipegang lalu dikucupnya .

Anah hanya diam . Nak pun tak , tak nak tu ya kut..

"Ada apa kat sana , nampak sibuk sangat ?" tanya Anah setelah menarik tangannya dari pegangan Haris

"Biasalah, budak nerd yang selalu bagi bunga itu. Mujurlah dia tak pernah nampak you. Kalau tak you pun dia akan bagi bunga sekali. You have to know, dia sebenarnya cuma pandai saja,

selebihnya tak ada. Agaknya dia tak serik-serik kena tolak 5 tahun ni. Eh, bukan 6 tahun ! " balas Haris sambil gelak

suara lantangnya, membuatkan orang lain yang berdekatan pun mendengarnya, lalu tergelak sama.

Tak ada adab betul lelaki yang satu ini!

Anah hanya melihat ke arah lelaki nerd itu, kakinya mahu sahaja mengorak langkah menuju ke arah lelaki itu, tapi ditahan oleh Haris

"You nak pergi mana ? "

"Sorry, saya nak..  "

Kata-katanya dipintas oleh Haris

"No! " tegas Haris lalu menarik Anah berlalu pergi yang dari tadi di hadapan pintu besar sahaja.

Haris menggegam kemas tangan Anah, ramai yang memandang ke arah mereka.

Haris berjalan penuh dengan kebanggaan kerana berjalan bersama dengan gadis tercantik di UPM, manakala Anah berjalan dengan keresahan.

Haris berjalan menuju ke arah 3 orang lelaki segak berpakaian. Sekawan 4 ini merupakan seorang elit , kerana mereka lahir dari keluarga yang cukup kaya .

Nama Haris yang berbin kan Dato' Hj Azhar sudah cukup menandakan dia berasal dari keluarga bangsawan.

"Wah, untunglah berpasangan dengan gadis cantik . Kitaorang, memang tak pernah dapat gadis secantik dia.

Untung badan. " ujar seorang lelaki daripada mereka bertiga dengan berpakaian kot hitam berbelang putih , bertali leher putih.

Perfect sungguh untuk sahabatnya , Qisteena !

Bibir Haris mengukir senyuman, kembang kempis hidungnya, bila sahaja dipuji .

Teena yang berjalan di belakang mereka tadi, mula memunculkan diri di sebelah Anah.

Semua mata memandang ke arah Teena .

Apabila sudah meneliti identiti Teena, mereka mula sambung perbualan.

Tapi !

Ada 2 bebola mata, yang masih tidak lepas memandang Teena, Anah cuma tersenyum. Pilihan Fikri memang tepat.

Looks like, dia berkenan dengan kawan aku. Anah melihat ke arah Teena yang sibuk mengambil makanan dan menyuap ke mulutnya. Gelojohnya lahai...

Syafiq yang tadinya mencari kelibat Anah telah menemukan dia, matanya tertancap ke arah gadis yang memakai gaun merah, rambut diikat bergaya, bertumit tinggi,

sudah cukup menunjukkan dirinya adalah Fara Farhanah Humaira. Cantik saja dipakai olehnya . Siapa lagi dia , kalau bukan Farhanah . Hanya sosok gadis itu yang sesuai memakai gaun sebegitu .

Lelaki yang berdamping dengan Anah, tambahan menggengam erat tangan Anah, sudah cukup membuatkan hati

Syafiq membara dengan cemburu, kakinya melangkah pantas menuju ke arah pasangan itu .

"Anah... " panggil Syafiq setelah tiba di belakang dua pasangan yang tidak secocok itu, satu cantik dan satu buruk .

Yang cantiknya Anah , yang buruknya lelaki itu. Maklumlah, kalau dah jeles, semua benda rasa tak elok.

Anah menoleh, Haris ikut menoleh sekali . Anah melepaskan tangannya dari genggaman Haris.

Haris yang perasan akan tindakan itu, menggenggam erat tangan Anah kembali , tak nak Anah lari mungkin.

Syafiq yang nampak tindakan Haris itu, terus menarik Anah ke sebelahnya. Genggaman Haris terlerai , muka Haris mula merah, dahi Haris mula berkerut .

"Kau nak gaduh ke? " tanya Haris

"Aku tak nak, tapi kalau melibatkan perasaan kau terhadap Anah, aku nak ! " beritahu Syafiq penuh yakin

"Kau memang cari nahaskan? " Haris mula mencengkam baju dileher Syafiq, Syafiq agak terkaku mulanya tapi dia terus melepaskan genggamannya

terhadap Anah dan mencengkam baju dileher Haris menyebabkan cengkaman Haris terlerai, mereka saling berhadapan. Aura-aura pergaduhan mula terlihat di situ.

Disekeliling mereka ada yang melihat dan ada yang masih mentertawakan budak nerd itu.

"Kenapa kau berani-berani jadikan dia pasangan kau !? " Syafiq mula mendahului, dengan nada suara perlahan, giginya diketap.

Teena dan 3 sekawan itu melihat , dan mula sedikit terkejut.

"Salah ke?! Dia bukan milik sesiapa pun?! " balas Haris dengan nada perlahan

"Dia! Milik , aku !"

Anah yang hanya berdiam diri dari tadi, terus meleraikan cengkaman Syafiq pada baju Haris dan menyampuk .

"No! Saya bukan milik siapa-siapa, dan tak akan jadi siapa-siapa punya !" ujar Anah .

"Tapi..." ujar Haris bernada perlahan dan lembut. Matanya seakan mula berair

"Maafkan saya , Haris . Saya, tak boleh jadi pasangan awak malam ini."

Syafiq tersenyum bangga , kerana dia sangka Anah berpihak ke padanya

"And, awak juga Syafiq ,im sorry malam ini, saya tak akan berpasangan dengan awak . " beritahu Anah dan mula mengorak langkah.

"Tidak Anah!  Awak tak boleh buat macam tu , malam ini semua orang kena berpasangan!"dia memusingkan badan Anah menghadapnya kembali

"Ya, saya tahu. Awak patut berpasangan dengan orang lain. Im sorry . "

"Habis itu, awak ? " tanya Syafiq mula pelik , dahinya yang licin, mula berpeluh.

"Saya.. akan berpasangan dengan yang lain. "

"Siapa? " tanya Syafiq, tangan Anah masih dipegangnya, dimata Syafiq terlihat sangat jelas sebuah harapan, ingin bersama dengan Anah yang merupakan gadis idamannya dari dulu sejak di bangku sekolah.

Kasut tinggi berwarna merah melangkah menuju ke arah ramai orang, lelaki nerd itu masih duduk dilantai , dia agak kesian dengan lelaki itu.

Mereka semua cuma gelakkan, tak bantu pun, matanya melihat ke arah pakaian lelaki itu yang sudah habis dibasahi dengan air merah .

Syafiq dan yang lain berlari mengejar Anah.

Anah mengambil tisu yang berada di atas meja bulat itu sebanyak yang mungkin, lalu duduk melutut, mengelap muka lelaki nerd itu yang penuh dengan air merah. Habis basah kuyup !

Seisi dewan terdiam, kecuali bunyi muzik dari atas pentas, ada yang memerah muka kerana marah melihat perlakuan gadis idaman terhadap lelaki nerd itu.

Syafiq tiba dan melimpasi kerumuni ramai orang.

Dadanya mula turun naik, jiwa lelakinya meronta-ronta. Cemburu dan bencinya, terhadap lelaki nerd itu mula bersarang di minda dan jiwanya.

Anah mengambil bunga ros merah dan meletakkan di tangannya lalu membantu lelaki itu berdiri .

Tinggi juga dia ni, macam bukan nerd. Badan pun nampak sedikit sasa, cuma sasanya di tutupi oleh sikap nerdnya itu.

Lelaki nerd itu mengangkat muka,  otak mula mengimbas identiti gadis yang sedikit sebanyak mula memadam rasa kesalnya terhadap wanita-wanita kini.

"Let me teach you, cara bagi bunga dekat gadis pilihan awak. "

"Hi, beautiful. Would you like to be my partner for this night ? " bunga ros merah dihalakan ke arah lelaki itu .

"Nah, sekarang awak pergi bagi bunga dekat gadis pilihan awak. " setelah Anah menunjukkan demo kepada lelaki itu,

dia mula memberikan kembali ros merah itu kepada lelaki itu. Bunga itu disambut dengan senyuman.

"Miss beautiful , would you like to be mine, only for this night ? " ujarnya kepada Anah sambil memberikan bunga ros merah kepada Anah,

membuatkan Anah terperanjat. Lain yang aku ajar, tapi lain yang dia buat .

Kalau inilah yang dia cakap kat gadis pilihan dia tadi, rasanya dia akan diterima kot.

Bunga ros merah disambut dengan senyuman manis daripada Anah .

"Thank you, yeah sure! " balas Anah .

Lelaki nerd itu tersenyum sehinggakan menampakkan giginya yang tersusun rapih dan putih, tanpa celah.

Tangan kanan lelaki itu, mula dihala perlahan ke hadapan Anah, Anah menyambut huluran tangan lelaki itu. 

Munirah yang melihat situasi itu, mula berkata.

"Wah! Sekarang ni pula, nak tunjuk baik lah ye ? " ujarnya sambil melihat ke kukunya, rambut di bahu ditolak ke belakang.

"Hey, sekurang-kurangnya dia ada perikemanusiaan. Tak guna lawa, tapi perangai buruk. " balas Suraya yang merupakan kawan rapat Anah.

"Excuse me, loser !  I tak cakap dengan you kan ? Dahlah buruk, ada hati nak berdialog dengan I, eih menyampah." balas Munirah tersengih-sengih

sambil melihat rakan di sebelahnya yang juga menyokong sikap Munirah.

"Betina yang tak virgin dah macam kau, kalau boleh jangan banyak cakap! " teriak seorang lelaki yang duduk di kerusi sambil bermain telefon Iphonenya membuatkan ramai orang terperanjat ,

tak tertinggal juga aku dan lelaki nerd tu. Munirah yang baru perasan akan kehadiran Aliff terus berlari menuju ke ladies. Malu agaknya. Tahu pun malu!

"Liff, aib tu. " beritahu Anah perlahan yang hanya bersebelahan dengannya

Aliff hanya tersengih lalu berdiri dari duduknya dan berjalan melimpasi orang ramai, sebelum tu dia menepuk dahulu bahu lelaki nerd tu

"Kau untung Raf. Dapat gadis baik . " bisik Aliff sebelum beredar ke belakang dewan yang mana persembahan akan dilakukan tepat pukul 8:20 malam

Jam besar di dinding dewan menunjukkan pukul 8:17 malam.

———

Listen to your heart. Prepare. It might be hurt, when it is suprise.✨

To be continue...