webnovel

Aisyahazira [Remastered 2020] - Trilogi Pertama : Puteri Zion

MF_Omar92 · ファンタジー
レビュー数が足りません
8 Chs

Pergolakan Yang Mulai Memuncak

Sebaik Aisyahazira di pertemukan, aku mula memikirkan sesuatu semenjak aku baru tiba di Planet Zion ini. Aku memandang tepat wajah Aisyahazira yang sangat kekusaman dek kerana murung yang di alaminya hingga pada waktu ini. Aku merangkul wajah anak raja itu. Lalu memberikan satu senyuman yang sangat manis semanis madu lebah.

"Kita tidak boleh selamanya begini... Kita harus lakukan sesuatu, Aisyah..." Aisyahazira memandang wajah aku, berkaca-kaca dengan airmata di kelopak matanya. "Siapa lagi yang ada untuk berdepan dengan bapa saudara saya dan konco-konconya???" Aisyahazira mula menyuarakan ketidakyakinannya. Dia kelihatan masih sangsi. "Jadi, apa peranan aku berada di sini, Aisyah???" Kata aku.

Aisyahazira tergamam. Bagaimana mungkin aku seorang dapat melawan mereka semua? Mereka itu berjumlah ratusan ribu orang. Belum di kira dengan aset-aset dan peralatan perang. Anak raja itu menyangka aku hanya bercanda semata-mata. "Farhan; awak memang tak bergurau kan???" Aku berikan satu senyuman sebagai balasan. Aku sanggup mati, untuk kau; Aisyah!!!

Bisik hati kecil aku. Aku rela mati deminya. Andai saja dia tahu betapa aku cintakan dia, sudah pasti dia akan tahu apa itu pengorbanan dan penghargaan. Rangkulan aku, di leraikan. Aisyahazira memandang aku semula. Lalu berkata. "Saya rasa, masanya sudah tiba; untuk kita kembali menghadapi segala kemungkinan yang akan mendatang..."

Aku hanya mampu mengangguk kepala mengiyakan segala apa yang di katakan oleh anak raja Zion itu. Benar, kami tidak boleh menangguh dengan lebih lama lagi. Kegilaan bapa saudaranya harus di tentang bukan di layan. Apatah lagi di biarkan begitu saja bermaharajalela tanpa suatu kekangan dan perlawanan. Ini sudah melampaui batas.

---

Di satu tempat rahsia di mana Esterna Zalyani di kurung, kelihatan beberapa orang berkawal di serata tempat. Kedua matanya di ikat ketat dengan kain dan kedua kakinya di ikat ketat dengan tali. Selang beberapa ketika akan ada seseorang datang memberikan dia makan dan minun supaya dia dapat bertahan untuk seketika.

Dari luar, Esterna berusaha mencuri dengar perbincangan antara beberapa orang yang berada di sekitarnya. Dia cuba menduga apa yang sedang mereka bincangkan. "Aku rasa bosan lama-lama di sini... Tak ada apapun boleh kita buat..." Seorang dari mereka berkata. "Arahan 'si gila' tu harus di turut... Masak kita kalau di bangkang..."

Zalyani mengerti, yang di maksudkan 'si gila' oleh mereka itu tidak lain dan tidak bukan adalah bapa saudara kepada Puteri Zion, Djohann. Dia dapat mengagak mereka pun sudah muak dengan perangai kurang siuman 'Raja Yang Terbuang' itu. Dari nada mereka, Esterna dapat merasakan mereka rasa terkilan hanya menjadi bahan turutan.

"Habis, sampai bila kita nak ikut ja hendak dia???" Seorang dari mereka bersuara. "Sampai kita mati??? Gitu???" Seorang lagi mencelah. Masing-masing terdiam. "Aku dah tak tahan macam ni... Nanti kita semua gila macam dia!!!" Kali ini, Esterna terdiam. Rupa-rupanya di kalangan konco-konco Djohann, ada yang sudah mula menyatakan ketidakpuashatian mereka.

Manakan tidak, mereka semua jauh dari keluarga tercinta; bertahun tidak berjumpa dengan insan tersayang dan anak-anak mereka yang mereka kasihi. Zalyani rasa simpati dengan mereka dan pada masa yang sama, dia bertafakur sambil bertelepati secara hati ke hati dengan Aisyahazira. Ada sesuatu yang mustahak yang ingin dia beritahu kepada temannya.

---

Di suatu tempat yang lain, kelihatan Djohann Syahami sedang berbincang dengan beberapa orang pegawai kanannya tentang sesuatu perkara yang agak penting. Suasana perbincangan mereka kelihatan agak tegang dengan beberapa kali bapa saudara Aisyahazira membentak-bentak kepada mereka. "Oi, bodoh! Kamu semua paham atau buat-buat paham dengan apa yang aku katakan kepada kamu semua?!"

Pegawai-pegawai kanannya serta-merta membisukan kata-kata. Tiada siapa berani bersuara apatah lagi membalas semula herdikan kasar itu. "Aku tidak peduli apa hasilnya; yang aku mahu sekarang, kita tawan Istana Besar Zion; Parlimentari Federal dan Pusat Komersial!!!" Dalam kebisuan pegawai-pegawai kanannya, ada seorang memberanikan diri bersuara. "Tapi Yang Mulia, rakyat jelata akan..."

"Pergi mampus dengan semua rakyat jelata kita!! Ada aku peduli tentang mereka?!" Kali kedua mereka semua di herdik oleh si gila itu. Bicaranya semakin kasar dan nadanya semakin tinggi. Di mata Djohann, berapi-api dengan dendam dan amarah yang maha besar. "Aku mahu rancangan ini berjalan segera! Jangan khabarkan aku kegagalan!!!"

Mereka semua memberikan kepada bapa saudara Puteri Zion itu tabik hormat dengan tangan kanan menjulur ke langit dan tangan kiri di letak ke dada kanan. Kesemua mereka dengan pantas meninggalkan 'Raja Yang Terbuang' itu sendirian tanpa menoleh kebelakang. Dia berbisik-bisik. "Aku nak berdepan sangat dengan kau, Aisyahazira! Kau tunggu aku!!!"

---

Dalam diam Aisyahazira, tiba-tiba hatinya terdetak dan dia dapat merasakan yang Esterna sedang memberitahunya sesuatu. "Tuanku Puteri, bertabah dan bersemangatlah untuk menghadapi Yang Mulia Djohann nanti... Pacal yang hina ini akan sentiasa mendoakan kejayaan tuanku puteri... Hanya tuanku puteri sajalah yang mampu menghentikan segala kegilaan ini..." Aisyahazira mula bergenang airmata.

"Yang dapat pacal rasakan dalam kalangan balachi bapa saudara tuanku puteri terdapat perpecahan di antara mereka... Gunakanlah kesempatan ini untuk tuanku puteri rebut semula hati mereka kepada Pemerintahan Beraja Zion..." Aku melihat airmata Aisyahazira berlinangan dengan tangan kanannya di letak tepat di dadanya. "A-Aisyah..." Dia memandang aku dengan mata berkaca-kaca.

"Masanya sudah tiba, Farhan; kita tidak boleh berpatah balik selepas dari detik ini.... Kita akan berdepan secara bersemuka dengan bapa saudara saya dan bala tenteranya..." Aku memberikan senyuman sinis seraya berkata. "Inilah saat yang sudah aku tunggu-tunggu sejak sekian lama di sini... Aku harap mereka tidak menyesal menghadap aku nanti..."

Aisyahazira merangkul aku dengan seerat mungkin dan membisik manja di cuping telingaku. "Bertenang, sayangku; awak akan bertindak melulu..." Aku yang tidak semena-mena malu merenung tepat wajah Puteri Planet Zion itu. Ini pertama kali dia mengucapkan perkataan sayang kepada aku. Adakah dia pun... Dia kenyit mata pada aku dan aku membisu.

"Apa kata, kita ke Istana Besar Zion... Pasti keadaan sangat genting di sana semenjak ketiadaan saya..." Aisyahazira mengajak aku dan aku menurut dengan anggukan kepala. Dia hulurkan kepada aku tangannya dan aku capai; sepantas kilat, kami sudah berada di perkarangan kawasan larangan itu. Aku terpegun dalam kekaguman yang tidak tergambarkan.

Aisyahazira memberikan aku isyarat mengeluarkan bebola kristal yang aku bawa bersama serentak membaca mentera kuno. Bebola kristal itu berpecah kepada jutaan pecahan yang meresap ke dalam badanku dan aku merasakan yang pakaianku berubah kepada pakaian pembesar diraja Zion berserta dengan suatu tenaga yang aku tidak tahu apakah ia. "Marilah, Farhan..."

Bersambung...