webnovel

Blood Chest (Malay)

作者: ZuuraLegends
ファンタジー
連載中 · 759 ビュー
  • 3 章
    コンテンツ
  • レビュー結果
  • N/A
    応援
概要

Sinopsis "Blood Chest" Zenith Zel, seorang remaja biasa dari dunia yang penuh dengan ketenangan, mendapati dirinya terperangkap dalam dunia yang penuh dengan kuasa dan bahaya yang dikenali sebagai Powerland. Dunia ini dipenuhi dengan sistem kuasa yang kompleks — Immopower, Impower, dan Findower, yang memberikan kekuatan luar biasa kepada penghuninya. Setelah menjumpai sebuah peti misterius yang dikenali sebagai "Blood Chest", Zenith menerima kuasa Purple Immopower yang luar biasa, tetapi juga terkandas di dalam dunia ini. Dengan bantuan Dibo Khazen, seorang mentor yang penuh rahsia, Zenith memulakan perjalanan untuk memahami kuasa yang baru diperolehnya dan mencari jalan untuk pulang ke dunia asalnya, Mainland. Sepanjang perjalanan, Zenith bertemu dengan rakan-rakan baru seperti Mai Machiko, Mikhayla Chinatsu, Rafael Ray, dan Kenshin Revan — setiap seorang dengan cerita dan tujuan masing-masing. Namun, dunia Powerland tidak semudah yang dilihat. Pelbagai organisasi dengan agenda mereka sendiri, seperti GameOver Hunters, Justice Heroes, dan Miralla Witch, memainkan peranan dalam konflik yang lebih besar yang melibatkan kehidupan dan kematian. Zenith dan kawan-kawannya perlu belajar untuk bertahan, melawan ancaman yang semakin besar, dan menyelesaikan misteri yang berkaitan dengan kekuatan mereka. Tetapi, adakah Zenith benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian besar yang menanti, dan adakah dia akan menemui cara untuk kembali ke dunia yang asal, atau adakah nasibnya sudah ditentukan di Powerland?

Chapter 1Powerland : Bab 1

Seorang pemuda bernama Zenith Zel, berusia 17 tahun. Dia seorang yang biasa sahaja, dan kehilangan keluarganya akibat kemalangan kereta. Zenith bukanlah pelajar yang popular di sekolah, tetapi dia tetap mempunyai beberapa kawan.

Pada suatu hari, "... Huh, dah pukul berapa sekarang?" kata Zenith Zel sambil terjatuh dari katilnya. Dia segera melihat jam.

Zel: "Apa!? Dah pukul 7?? Alamak, aku terlambat nak pergi sekolah!" Zel segera memakai baju sekolah, risau akan dimarah cikgu. Dia terus mengambil beg dan bergegas menaiki basikal ke sekolah.

Setibanya di sekolah, kawannya, Darryl, memanggilnya.

Darryl: "Oi Zel!" sambil melambai ke arah Zel.

Zel: "Darryl? Kau tak masuk kelas lagi?" Zel kebingungan melihat jam tangannya.

Darryl: "Huh, baru pukul 6:50 lah!"

Zel: "Sekejap, pukul 6:50? Jam aku cakap—"

Darryl: "Jam kau rosak kot. Dah la, jom masuk kelas."

Di kelas, mereka disapa oleh kawan sekelas mereka.

???: "Wei Darryl, Zel, sini kejap, jom borak!" kata salah seorang kawannya yang dipanggil "Ayam."

Zel: "Ada apa ni? Jumpa game baru ke?"

Adnan: "Bukanlah! Sibuk dengan game kau tu, ni benda serius ni!" kata Adnan sambil memukul belakang Zel.

Darryl: "Benda apa ni? Serius sangat ke?"

Ayam: "Ye, korang kenal Mai Machiko kan?"

Darryl: "Kenal, perempuan yang dada besar tu ke?"

Adnan: Menampar Darryl. "Tak sopan lah kau ni Darryl!"

Darryl: "Aduh, sakitlah! Sorry..." kata Darryl sambil melihat ke bawah.

Ayam: "Macam ni, Mai Machiko dah hilang..."

Zel: "Hilang? Merepek apa kau ni?"

Adam: "Betul, dia hilang, kali terakhir diketahui dia nak pergi rumah terbengkalai tu."

Ayam: "Apa maksud kau? Aku tak tahu kali terakhir dia nak pergi mana, tapi aku tahu dia hilang je."

Adam: "Mak dia cakap kat aku, aku rasa dia masih ada kat situ. Apa kata kita tentukan siapa yang pergi tengok rumah tu?"

Zel: "Boleh, siapa takut?"

Adnan meletakkan botol mineral di tengah dan memusingkannya.

Ayam: "Jangan aku pliss..."

Botol mineral itu berhenti, menunjukkan bahawa Zel lah yang perlu pergi ke rumah itu.

Zel: "Aku? Aku kena pergi sana??"

Adam: "Takpe Zel, malam nanti aku bawa peralatan kat rumah kau."

Pada malamnya, Adam datang ke rumah Zel membawa peralatan.

Adam: "Ni barang-barang, ada makanan, air, lampu suluh, payung, pisau..."

Zel: "Aik? Perlu ke bawa payung, pisau semua?"

Adam: "Perlu lah! Dah, aku dah hantar GPS kat telefon kau."

Zel melihat telefonnya.

Zel: "Hm, terima kasih."

Zel kemudian menaiki basikalnya dan bergerak mengikut arah GPS.

Lalu Zel tiba di lokasi yang ditunjuk. Kelihatan rumah yang sangat besar tetapi hampir hancur.

Zel: "Ni ke rumahnya? Pelik betul..."

Zel memasuki rumah. Ketika masuk, kelihatan ada tangga ke atas dan ke bawah, serta papan bertuliskan, "Bawah ialah portal, atas ialah bilik."

Zel: "Ck, bawah dulu lah."

Zel membuka lampu suluhnya dan pergi ke bawah. Di bawah, dia menemui sebuah peti yang berdarah.

Zel: "Peti apa ni? Siap ada darah lagi."

Zel membuka peti itu, tiba-tiba sebuah tangan keluar dari dalamnya.

Zel: "APA!? TANGAN SIAPA ITU!?"

Tangan: "Selamat malam, selamat datang ke Pengantara Dunia!"

Zel: "Kau…?"

Tangan: "Betul! Aku ialah tangan ini, perkenalkan, aku Juraa, Zenith Juraa."

Zel: "Zenith Juraa? Nama kau sama dengan nama depan aku?"

Juraa: "Oh? Kau punya nama?"

Zel: "Nama aku Zenith Zel."

Juraa: "Zenith Zel? Wah, menarik! Baiklah, nak tahu satu rahsia tentang dunia asal kau?"

Zel: "Apa maksud kau? Jelaskan."

Juraa: "Dengar sini. Dunia asal kau, tempat kau hidup tu, sebenarnya dipanggil Mainland. Rumah ini pula, Pengantara Dunia. Portal ini, adalah portal menuju Powerland, dunia di mana kuasa wujud. Jika kau masuk, kau mungkin rasa dunia dalam portal ni berbeza dengan dunia kau!"

Zel: "..."

Juraa: "Hehe, orang dari Mainland yang melalui portal ni dipanggil Reinkarnasi. Reinkarnasi selalunya akan melalui tempat Dewa Immopower untuk menentukan Immopower mereka melalui roulette gergasi!"

Zel: "Izinkan aku bertanya."

Juraa: "Silakan, budak mentah."

Zel: "Immopower tu apa, cik?" Zel bertanya sambil buat muka datar.

Juraa: "Eh, haahlah, aku belum jelaskan! Maaf ye, budak."

Zel: "... Umur aku 17, cik."

Juraa: "Umur aku 19,272 tahun!"

Zel: "Macamlah aku percaya!"

Juraa: "... Kau nak jadi macam aku?"

Zel: "Eee, taknak."

Juraa: "Dahtu, dengarlah bongok!" Juraa menjerit.

Zel: "Okay-okay."

Juraa: "Immopower adalah kuasa yang sangat kuat, yang teramat kuat. Ini adalah Sistem Kuasa utama di Powerland. Sama macam kuasa yang kau tengok dalam anime atau cerita-cerita tu!"

Zel: "Hah, mengejutkan sekali. Rawr~"

Juraa: "Tapi, jangan terkejut. Kuasa ini bukan mudah nak dapat. Bila kau masuk Powerland, kau akan melalui sistem penentuan kuasa. Ada macam-macam jenis Immopower, dari yang biasa sampai yang paling kuat sekali!"

Zel: "Maksudnya ada banyak jenis Immopower ke?"

Juraa: "Ya, ada! Contohnya, Colour Immopower, yang ni paling kuat, biasanya hanya ada seorang je yang dapat. Weapon Immopower pula, kuasa yang berkaitan dengan senjata. Ada juga Mythical dan Legendary Immopower, yang sangat jarang. Ada juga yang lebih biasa, seperti Common atau Uncommon Immopower, tapi jangan pandang rendah, kadang-kadang orang yang ada kuasa biasa ni lebih power dari orang yang ada kuasa rare."

Zel: "Macam dalam game lah, ada level-level tu?"

Juraa: "Betul! Kalau kau jumpa Immopower Fruits nanti, kau boleh level up kuasa kau. Ada banyak lagi kategori yang belum kau tahu. Tapi hati-hati, jangan cepat rasa hebat, ada orang yang tak sabar nak dapat kuasa dan terus jadi ganas!"

Zel: "Okay, okay, aku rasa aku dah faham, sikit."

Juraa: "Oh, ada lagi. Impower! Itu sistem kuasa kedua. Ia berdasarkan kemahiran. Orang biasa ada 20 slot kemahiran, yang terpilih ada lebih. Kau boleh pilih kemahiran apa nak belajar. Tapi, Findower lagi best, mereka cari kuasa dari dunia luar, macam Essence dan Immopower Fruits."

Zel: "Essence? Apa tu?"

Juraa: "Essence tu adalah bahan mentah yang boleh digunakan untuk buat senjata atau perisai. Ia sangat penting dalam Powerland, terutamanya untuk orang yang nak dapatkan kuasa lebih besar!"

Zel: "Wow, banyaknya yang aku kena tahu."

Juraa: "Betul, dunia ni penuh rahsia. Kau baru je nak mula je, Zel."

Zel mengerutkan dahi, agak ragu-ragu. Seketika, dia menoleh ke arah peti yang masih mengeluarkan darah di atas lantai, dengan tangan Juraa yang terus bergerak-gerak dari dalamnya. Suasana semakin tegang, dan bunyi bisikan yang datang dari peti itu semakin kuat.

Zel: "Hah? Jadi aku kena bawa... peti ni ke mana? Aku bawa peti darah ni ke sekolah esok? Apa yang kau nak sebenarnya?"

Juraa ketawa sinis.

Juraa: "Peti ni penting, Zel! Kau ingat aku suka-suka je keluar dari dalam peti ni? Kau nak aku duduk dalam peti ni sepanjang masa ke?"

Zel menggaru kepalanya, gelisah. Tanpa banyak pilihan, dia memegang peti itu. Namun, tangan Juraa masih terjulur keluar dari dalam peti, dan Zel rasa macam tangan itu sedang memegangnya dengan erat.

Zel: "Aduh, ini serius ke? Tangan aku macam... terikat ni!"

Juraa: "Itulah, sebab tu aku suruh kau bawa peti ni! Kau nak aku suruh siapa lagi? Kan aku tangan je."

Zel menggenggam peti itu dengan tekad, namun terasa agak pelik. Peti itu berat, lebih berat daripada yang dijangka. Dia memegangnya seperti hendak menahan sesuatu yang melompat keluar darinya.

Zel: "Gila! Peti ni berat macam… beg galas penuh batu!"

Juraa: "Aku kan tangan, bukan beratkan peti tu! Mana aku tahu apa yang ada dalam tu. Cuma pastikan kau bawa peti ni ke tempat yang betul. Kalau tak, kau takkan dapat tahu apa yang jadi kat Powerland!"

Zel mengangguk, walaupun masih keliru dan sedikit takut. Dengan perasaan yang bercampur aduk, dia akhirnya angkat peti itu dengan kedua tangan, terhuyung-hayang seperti membawa sesuatu yang sangat bernilai. Meskipun dia merasakan benda itu bukan hanya sekadar peti biasa, dia terus mengangkatnya.

Zel: "Hish, betul ni, aku rasa macam pengantar peti ke sini. Kalau aku bawa peti ni kat orang, aku boleh dapat kerja jadi porter."

Juraa: "Jangan gatal, Zel! Kau tak nampak ke? Itu bukan kerja porter biasa! Itu kerja yang menentukan hidup dan mati!"

Zel hampir tersedak mendengar kata-kata Juraa. Dengan berat hati dan rasa janggal, dia mula melangkah menuju ke portal. Namun, setiap langkahnya terasa semakin janggal—terasa seperti dia membawa beban dunia dalam tangannya. Sesekali, dia melihat ke arah peti itu, yang masih nampak seperti sesuatu yang akan meletup.

Zel: "Aduh, kalau ada benda keluar dari peti ni, aku nak lari, ya!"

Juraa mengeluarkan suara yang kelihatan agak sabar, walaupun sedikit kasar.

Juraa: "Kalau kau lari, aku datang kejar, Zel! Kau ingat aku ni main-main?"

Dengan semangat yang semakin lemah, Zel akhirnya sampai di hadapan portal yang berkilau. Sekilas, dia berhenti, menoleh ke arah peti itu, dan menyedari—ini bukan masa untuk bermain-main. Kalau dia benar-benar mahu tahu apa yang ada di Powerland, peti itu adalah kunci utama.

Zel: "Okey... aku ikut kata tangan ni. Masuk saja ke portal ni, kan? Bukan macam aku ada banyak pilihan."

Juraa: "Betul! Masuk je. Kalau kau takut, jangan pandang belakang. Takde masa nak tengok muka takut kau tu."

Dengan nafas yang panjang, Zel melangkah masuk ke dalam portal, membawa peti itu dengan tekad. Tiba-tiba, terasa seluruh dunia berputar. Zel menggenggam peti itu erat, seolah-olah dia mahu memastikan tidak ada yang terlepas dari tangannya. Di dalam cahaya yang menyilaukan itu, satu suara kedengaran lagi.

Juraa: "Dan jangan lupa, Zel... Kau cuma ada satu peluang je. Kalau kau salah langkah, Powerland tak akan tunggu!"

Dengan satu langkah besar, Zel akhirnya masuk sepenuhnya ke dalam portal, dan semuanya gelap seketika, dengan hanya bunyi desiran angin dan derapan langkah peti di tangannya yang masih terasa berat.

Zel terkejut, memandang sekelilingnya. Portal yang baru saja membawanya ke dunia ini tiba-tiba hancur berkeping-keping di belakangnya.

Juraa: "Sekejap, portal hancur?? Sudah..."

Zel tergamam, matanya terbeliak. Dia memandang Juraa dalam peti, dengan nada penuh keputusasaan.

Zel: "Portal hancur? Kau tak boleh summon balik ke?"

Juraa: "TAK BOLEH! HABISLAH KAU~ TAK BOLEH BALIK, HAHAHAH!"

Zel hampir terjatuh, terperanjat mendengar gelak jahat Juraa.

Zel: "TIDAAAAKKKK, JURAA KAU BANGANG!"

Juraa: "Jaga mulut, aku pukul kau karang!"

Zel merasakan peluh dingin mulai menitik. Dalam keadaan cemas, dia menatap Juraa, yang masih berbicara seolah-olah situasi ini hanya sekadar gurauan.

Zel: "Sekarang kena pergi mana lah ni?"

Juraa: "Ikut je arah aku. Jangan tanya banyak, kau takde pilihan."

Zel mengeluh panjang, memandang sekeliling dunia yang asing. Bandar yang kelihatan jauh di hadapannya, dengan bangunan tinggi dan suasana yang agak pelik, menjadi satu-satunya arah yang boleh dituju.

Zel: "Oh, baguslah... Macam pelancong baru datang, semua orang pandang pelik."

Juraa: "Ceh, dah tak ada portal, kau nak apa lagi? Jalan je lah!"

Dengan rasa terpaksa, Zel pun mula mengikut arah Juraa, yang terus memberikan arahan melalui bisikan dari dalam peti. Langkahnya terasa berat, seolah-olah dia berjalan ke dalam dunia yang penuh dengan bahaya yang tidak diketahui. Namun, Zel tahu—tiada pilihan lain kecuali mengikut petunjuk tangan yang tidak kelihatan itu.

Zel: "Kalau ada monster, aku lari tau, Juraa!"

Juraa: "Lari ke mana? Semua jalan buntu, bodoh!"

Zel dan Juraa terus berjalan menyusuri jalan yang penuh dengan bangunan pelik, yang hampir semuanya nampak terabai. Keadaan terasa semakin asing, dan Zel semakin berasa ragu.

Zel: "Aku rasa ni macam tempat terbiar, ada orang ke kat sini?"

Juraa: "Dah kau fikirkan, siapa nak tinggal kat sini? Kecuali kau yang baru masuk!"

Tiba-tiba, seorang lelaki muncul dari balik bangunan, dengan langkah tenang dan pandangan tajam. Lelaki itu memandang mereka dengan penuh perhatian, seakan-akan sudah lama menunggu mereka.

Zel: "Eh, siapa pulak ni? Pahlawan baru ke?"

Lelaki itu tersenyum, perlahan-lahan melangkah ke arah mereka.

Lelaki: "Nama saya Dibo Khazen. Saya rasa saya patut bawa anda berdua ke rumah saya. Tempat ini agak berbahaya untuk orang asing macam kalian."

Zel yang keliru memandang Juraa, tapi akhirnya mengangguk.

Zel: "Hmm, rumah kau dekat sini ke?"

Dibo Khazen: "Ya, tak jauh dari sini. Ikut saya."

Mereka bertiga berjalan dalam keheningan, hanya terdengar bunyi langkah kaki dan deru angin yang menggugurkan daun-daun kering. Namun, sebaik sahaja mereka tiba di sebuah rumah yang kelihatan agak usang tapi kukuh, sesuatu yang tak dijangka berlaku.

Zel: "Rumah ni... agak besar. Tapi, kenapa sepi sangat?"

Dibo Khazen: "Ini tempat yang saya jaga. Saya hidup di sini seorang diri."

Tiba-tiba, suasana berubah menjadi tegang. Zel terasa ada yang tak kena. Dengan cepat, Dibo Khazen bergerak dengan pantas, menyerang mereka dengan satu gerakan yang mengejutkan.

Zel: "APA!? KAU BERSIKAP MACAM NI?!"

Juraa: "Hah! Ini... kau, pengguna Immopower Kipas ke??"

Dibo Khazen tersenyum penuh dengan niat jahat.

Dibo Khazen: "Maafkan saya. Tapi, saya rasa kita perlu uji kekuatan anda berdua di sini."

Sebelum Zel sempat berfikir lebih lanjut, Dibo Khazen mengeluarkan senjata yang bercahaya, menyerang dengan gerakan tajam dan penuh tenaga. Zel dengan cepat melompat ke belakang, mengelak dari serangan yang sangat cepat.

Zel: "Hei! Apa masalah kau sebenarnya?!"

Dibo Khazen: "Bukan masalah peribadi. Ini latihan, untuk melihat sejauh mana kemampuan kalian berdua."

Zel mula menyedari sesuatu yang pelik. Dibo Khazen tidak kelihatan seperti seorang yang jahat, tetapi niatnya untuk menyerang mereka tiba-tiba saja membuatkan Zel gelisah.

Zel: "Latihan? Dengan cara ni? Kau gila ke?"

Juraa: "Heh, mungkin dia nak tahu sekuat mana kita sebelum betul-betul 'uji' dunia ni."

Dibo Khazen: "Betul. Dan saya harap anda berdua tidak mengecewakan saya."

Sekarang, Zel dan Juraa tiada pilihan lain selain untuk bertahan dan melawan. Mereka harus menghadapinya dengan kekuatan yang baru mereka temui di dunia yang tidak dikenali ini.

Zel: "Juraa, kau bukan ada Immopower ke?"

Juraa: "Ye, Immopower Colour Purple."

Zel: "… Kuat juga kau rupanya—"

Juraa: "Kau nak aku transfer klon Immopower ini? Boleh je."

Zel: "Hah? Macam mana pulak tu?"

Juraa tersenyum nakal, lalu mengeluarkan bebola purple bercahaya yang berkilauan dari tangannya. Sebelum Zel sempat memahami apa yang berlaku, Juraa dengan pantas menyumbat bebola purple itu ke dalam mulut Zel.

Zel: "Kenapa kau sumbat dalam mulut aku!!"

Juraa: "Itu lah cara transfer! Cer try serang dia."

Zel terkejut, namun dia tak sempat berfikir panjang. Serangan dari Dibo Khazen makin hampir. Dia dengan cepat menoleh ke arah Juraa.

Zel: "Macam mana ni?!"

Juraa: "Cakap je, Purple Sword!"

Zel: "Huft, Purple Sword!"

Tiba-tiba, sebuah pedang purple gergasi muncul di tangan Zel, berkilau dengan tenaga yang luar biasa. Pedang itu besar dan tajam, penuh dengan aura kekuatan yang hampir menyilaukan mata.

Zel: "Wah... ini... ini baru kuasa!"

Dibo Khazen, yang masih menyerang mereka, terhenti sejenak, matanya membesar melihat pedang gergasi di tangan Zel.

Dibo Khazen: "Eh... apa benda tu?!"

Zel: "Ha, tengok ni!" Zel dengan berani menghayunkan pedang purple tersebut, melawan serangan Dibo Khazen.

Juraa: "Hahaha! Bagus, Zel! Kau baru je bermula, tapi sudah tunjukkan kuasa Immopower ni!"

Zel: "Aku nak tengok kalau kau yang lawan! Kuat ni pedang!"

Dengan semangat baru, Zel menyerang kembali, sementara Juraa tersenyum puas melihat perubahan dalam diri Zel. Sekarang, mereka berdua sedang berhadapan dengan musuh yang lebih kuat, tetapi Zel merasa lebih yakin dengan kekuatan barunya.

Zel menghayunkan Purple Sword dengan penuh tenaga, memotong serangan-serangan Dibo Khazen yang semakin sengit. Setiap serangan membawa aura yang kuat, menumbangkan beberapa objek di sekitar mereka. Dibo Khazen kelihatan lebih terkejut daripada marah.

Dibo Khazen: "Eh, memang kuat jugak kau ni! Tapi, jangan fikir pedang purple tu cukup buat kau menang!"

Zel hanya membalas dengan senyuman lebar.

Zel: "Hah! Tak sabar nak tengok apa lagi yang boleh pedang ni buat!"

Juraa, yang melihat dari sisi, menggelengkan kepala dengan senyum nakal.

Juraa: "Hah! Kau tak tahu lagi kekuatan sebenar Immopower. Pedang tu baru permulaan! Cuma ingat, jangan terlalu bangga sangat. Setiap kekuatan ada hadnya!"

Zel: "Tunggu dulu, kau cakap tu seolah-olah aku boleh jadi lebih kuat lagi? Apa lagi yang boleh aku buat dengan Immopower ni?"

Juraa tiba-tiba berubah serius, memerhatikan pergerakan Dibo Khazen yang semakin mendekat.

Juraa: "Boleh! Tapi kau kena belajar cara kendalikan kekuatan tu dengan bijak. Immopower ada banyak jenis. Kekuatan kau ni mungkin pedang besar, tapi nanti kau akan jumpa banyak jenis lagi—dari elemen hingga senjata mistik! Kalau kau nak jadi kuat, kau perlu pelajari semuanya."

Zel: "Serius? Ni macam anime lah! Hahaha! Okay, okay, aku akan cuba! Tapi... boleh tak jangan terus buat aku kena lawan ni?"

Dibo Khazen, yang sudah marah, terus menyerang dengan gelombang tenaga yang kuat. Zel cuba untuk bertahan, namun serangan itu terlalu cepat. Dia terpaksa menghalang dengan pedangnya, namun tidak dapat menahan sepenuhnya.

Juraa segera melompat ke depan Zel, menahan serangan itu dengan sebuah perisai tenaga yang muncul di tangannya.

Juraa: "Awas, Zel! Kau tak bersedia untuk serangan tu! Kalau kau nak hidup, kau kena cepat belajar kawal Immopower tu dengan bijak!"

Zel: "Eh, takkan aku terus belajar sekarang? Satu-satu lah!"

Juraa: "Tak ada masa! Gunakan kuasa tu! Fokus, Zel! Cakap apa yang kau rasa nak buat!"

Zel panik seketika, memandang pedangnya. Dia berfikir keras, cuba menenangkan diri. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu yang Juraa pernah katakan tentang Purple Sword.

Zel: "Okay, aku nak cuba... Purple Slash!"

Sekali lagi, sebuah serangan besar terhasil dari pedang itu, menghantam ke arah Dibo Khazen, melepaskan gelombang purple yang kuat, dan membuat Dibo Khazen terpelanting ke belakang.

Zel: "Hah! Berjaya juga!"

Juraa: "Hah! Baru permulaan, Zel! Jangan rasa selesa lagi."

Dibo Khazen, walaupun terhentak ke tanah, bangkit semula dengan wajah yang lebih serius.

Dibo Khazen: "Tsk... kau memang bukan calang-calang. Tapi, jangan ingat satu serangan boleh selesaikan semuanya!"

Zel: "Tak apa, aku baru belajar! Aku masih ada banyak lagi yang boleh dicuba!"

Juraa: "Hahaha! Baiklah, Zel! Teruskan je, tunjukkan apa yang kau ada! Kita akan lihat sejauh mana kekuatan baru kau!"

Zel menghayunkan Purple Sword dengan sepenuh hati, namun Dibo Khazen hanya mengelak dengan gerakan yang begitu mudah. Dibo melangkah ke kiri, mengelak pedang itu yang hampir mengenai tubuhnya.

Zel tercengang. "Hah? Mana dia pergi?!"

Dibo Khazen tersenyum lebar dan mengangkat tangan ke udara, dengan tenangnya mengamati Zel yang keletihan.

Dibo Khazen: "Kau ingat serangan mudah macam tu boleh kena aku? Hahaha!"

Tanpa memberi amaran, Dibo Khazen melompat ke hadapan, menghentak kaki ke tanah dan menendang Zel di dada dengan satu pukulan yang kuat. Zel terhumban ke belakang, terjatuh ke tanah dengan dahsyat.

Zel: "Aduhhh… sakitnya…!"

Juraa, yang berada di sisi, menggelengkan kepala sambil mengeluh.

Juraa: "Aku dah kata, kau tak siap lagi! Dibo Khazen bukan lawan main-main! Dia bukan macam orang biasa. Kena fikir lebih kreatif sikit."

Zel merasakan kesakitan yang melilit tubuhnya, tetapi dia cuba bangkit. Matanya terbuka, dan semangatnya masih belum padam.

Zel: "Aku tak boleh kalah macam ni... Aku baru mula!"

Dibo Khazen memerhatikan Zel yang sedang berusaha untuk berdiri, dan dia hanya tersenyum sinis.

Dibo Khazen: "Kau masih cuba, huh? Betul-betul tak kenal siapa aku."

Zel menatap Purple Sword di tangannya, seakan mencari semangat baru. Dia mengumpul kekuatan dan memfokuskan tenaga pada pedangnya.

Zel: "Okay, sekali lagi... Purple Slash!"

Purple Sword menyala dengan tenaga Purple Immopower, dan kali ini, Zel melemparkan serangan yang lebih kuat. Namun, Dibo Khazen hanya mengangkat tangan dan menyambut serangan itu tanpa kesukaran, memegang pedang Purple Sword di tangan kosong.

Dibo Khazen: "Huh, masih dengan serangan yang sama. Tak ada peningkatan langsung."

Zel terkejut, namun dalam sekelip mata, Dibo Khazen menendang Zel sekali lagi. Zel terjatuh ke tanah dengan kuat, tubuhnya terhempas ke permukaan keras.

Zel: "Aghh! Sakitnya...!"

Juraa, yang melihat semua itu, akhirnya bergerak ke depan dan menghampiri Zel.

Juraa: "Zel, fokus! Jangan bagi dia peluang lagi. Kau tak boleh berhenti. Ini baru permulaan, kalau kau nak hidup, kau kena berusaha lebih keras!"

Zel, dengan wajah yang penuh tekad, cuba bangkit walaupun badannya masih sakit.

Zel: "Aku tak nak mati! Aku... aku akan berusaha lebih keras!"

Juraa tersenyum dan memberikan isyarat kepada Zel untuk lebih serius.

Zel: "Okay, aku takkan berhenti!"

あなたも好きかも