webnovel

Episode 119 : Hello crush lama.

Alunan lagu perlahan bermain dalam dewan besar istana ballroom. Separuh daripadanya penuh dengan meja dan kerusi. Separuh lagi dibiarkan kosong supaya lapang. Selesai semua majlis formal, bermulanya majlis tidak formal dimana para tetamu akan mula menjamu selera dan hiburkan diri dengan tarian di lantai menari. Waktu itu Darra sedang menari bersama Duke Elijah sewaktu Alfareeze sedang menari dengan ibu lelaki itu.

Antara ramai-ramai tetamu yang hadir Marvin yang tidak berani hendak bertemu hanya mampu perhatikan dari jauh. Dia berasa berdebar sendiri setiap kali membayangkan dirinya berhadapan dengan Darra nanti. Dia tak tahu nak cakap apa. Tiga tahun dah mereka berjauhan. Rasa kekok pun ada jugak.

Tangan di seluk ke poket seluar apabila Marvin tunduk melepaskan hela nafas panjang kekesalannya. Marvin merasakan keputusan dia untuk setuju hadirkan diri ke majlis ini adalah keputusan yang salah.

           "Jauhnya termenung..."tegur satu suara dari tepi tidak semena.

Dan apabila Marvin angkat kepala lantas memaling ke kanan dia bertemu dengan tepi muka Pearl Chang. Terangkat keningnya selepas itu.

             "Kenapa tak berjumpa dengan Darra?"barulah Pearl palingkan kepalanya ke Marvin. Tersenyum kepada lelaki itu dengan lebar.

              Rasanya tak perlu dia beritahu secara terang Pearl sendiri sudah mengetahuinya. "Adakah cik muda sudahpun berbual dengan Darra?"

              Pearl mengangguk. "Dah awal siang tadi. Awak bagaimana Marvin?Dah bercakap belum dengan Darra?"

Marvin menggeleng .

           "Awak tahu...semakin awak pendam semakin sukar untuk awak untuk move on. Apa kata awak terus terang pada Darra. Supaya apa yang awak tanggung tu berkurangan??"

            Tidak semena Marvin berdengus kecil. Dia menarik sengih nipis sebelum kembali memandang ke arah Darra. "Selepas itu apa?Selepas saya beritahu Darra yang saya masih menyukai dia sehingga sekarang apa yang akan berlaku?Darra sudahpun berkahwin.."

             "Sekurang-kurangnya awak akan lega."Pearl senyum kepada Marvin saat menyentuh perlahan belakang badan tu. "Macam saya lakukan pada awak dulu Marvin. Saya beritahu saya sukakan awak sewaktu awak menyukai Darra. Dan saya tak persoalkan keputusan awak tu. Malah saya hormatinya dan move on..."

              Ucapan bersahaja Pearl itu membuatkan Marvin ketawa kecil. "Cik Muda Pearl dah move on dari menyukai saya?"soalnya dengan kening kiri terangkat sebelah.

             "Kenapa?Muka saya ni nampak masih berharap dengan awak ke?"soal Pearl menyilang tangan ke dada.

             Marvin menggeleng. "Baguslah. Saya tumpang senang sekiranya cik muda tidak bersedih kerana saya"

             "Hmm...kalau Putera Ellian tak cuba pujuk saya. Mungkin saya masih berharap pada awak Marvin.."

             "Nampaknya kalau macam tu, cinta Putera Ellian bukan lah cinta bertepuk sebelah tangan lagi. Cik Muda Pearl sudahpun menerima lamarannya?"

              Tersipu malu Pearl selepas dengar, tangannya serta merta naik menekap tepi pipi. Jelas sangat ke muka dia ni?"Saya masih pertimbangkannya. Lagipun menjadi ahli keluarga diraja bukan perkara yang mudah. Banyak prosedur dan regulation yang perlu saya ambil tumbang."

              "Saya harap Puteri Elliana tidak kisah dengan   hal ni."Marvin lirik akan wajah Pearl dengan senyuman mesra. Dia berasa lega kerana Pearl telah move on dari menyukainya. Tiada la dia rasa serba salah dengan Pearl jika mereka bertembung lagi nanti.

Pearl turut tersenyum. Memang pada hari Darra meninggalkan Cameron dia bergaduh dengan Putera Ellian. Tapi lelaki itu sekalipun tidak pernah putus asa hendak memujuk dan mengambil hatinya semula. Selepas empat bulan perang dingin dengan Putera Ellian, akhirnya Pearl mengalah dan menerima Putera Ellian. Kini sudah dua tahun mereka menjadi pasangan kekasih. Malah Putera Ellian telahpun memberi cadangan untuk mengahwini Pearl tahun hadapan nanti.

              "Cakap tentang saya, saya dengar awak akan mengikuti plantun yang diketuai oleh Ricardo. Betul ke?"Pearl melihat Putera Ellian kini sedang menari dengan Darra. Sementara Puteri Elliana sedang menari dengan Alfareeze.

            "Ya."angguk Marvin.

            "Lama tu...lima tahun kan?"

            Tak apa. Sebaiknya dia fokus untuk bina jati diri dan kerjaya yang stabil. Sambil tu boleh la dia lupakan perasaan kecewanya ini. "Tak adalah lama mana...sekejap aje tu. Nanti saya sibuk dah tak perasan lima tahun berlalu."beritahu Marvin.

            Pearl lirik ke Darra lalu ke Marvin. "Kalau macam tu. Ikut saya sekarang.."lengan kiri Marvin di cengkam dengan kemas.

             "Hah?Nak ke mana?"terkedek-kedek Marvin ikut langkah Pearl di depannya waktu itu.

            "Ikut aje la.."sengih Pearl melewati para tetamu yang ada di situ untuk mendapatkan Darra dan Putera Ellian berada.

Sekali tu baru Marvin sedar ke mana Pearl bawa dia. Lepas dia nampak Darra yang indah dalam pakaian pengantin sudahpun berada di hadapannya.

            "Hai...sorry ganggu. Tapi boleh kita tukar pasangan?"aju Pearl waktu itu.

             Putera Ellian pandang terkejut ke Pearl sebelum mengerling ke Marvin. "Awak berdua pun ada di sini.."

             "Sudah tentu. Kenapa tak boleh ke saya ke   majlis perkahwinan sahabat baik saya sendiri?"Pearl mencekak pinggang ke Putera Ellian.

Waktu itu Marvin dengan gugup memandang Darra. Dia berpeluh dingin pada tapak tangan.

             Pearl terus terpa Putera Ellian. Dia cengkam celah jari jemari tangan kekasihnya itu dengan erat lantas menarik lelaki itu menjauh dari Darra dan dorong Marvin pula yang merapat ke Darra. "Ada hal penting saya nak beritahu...apa kata tuanku ikut saya dan biarkan marvin yang menari pula?"

             "Hal penting?Kita?"soal Putera Ellian dengan bingung. Dia belum habis berborak dengan Darra lagi. "Tapi saya-"

Pearl buat muka dan menjegil mata ke Putera Ellian. Bolehnya lelaki ni tak faham bahasa.

             "Okay...kita orang pergi sana dulu. Kita borak lagi nanti ya.."beritahu Pearl menarik bersama Putera Ellian menjauh dari situ.

Meninggalkan Marvin yang kekok dan Darra di situ berdua.

             "Hai Marvin..."sapa Darra. "Saya tak tahu   awak pun ada dekat sini.."

             Tertunduk  pandangannya ke bawah. "Maaf lah..."ucap Marvin. "Kalau kehadiran saya dekat sini rosakkan mood majlis awak."

             Darra menggeleng kepala. "Tak adalah. Saya gembira dapat melihat awak di sini Marvin. Terima kasih sebab sudi hadirkan diri ke sini."

Berkerut-kerut kening Marvin waktu itu kerana dia mahu menangis. Tapi tak. Dia kawal sebaik mungkin untuk tidak mengalirkan air mata. Kalau la dia boleh putar balik masa, dia akan pastikan dia yang menemui Darra dulu!

            "Terima kasih kerana dalam keadaan sihat dan gembira. Saya ucapkan taniah untuk perkahwinan awak Darra."ucap Marvin saat hulur tangan ke Darra untuk berjabat.

Tidak mempedulikan tangan itu, Darra terus menjengket kaki untuk melingkarkan tangan ke sekeliling leher Marvin. Memeluk rakan lelaki yang dia hargai itu. Kebetulan saat Darra memeluk Marvin dia bertentang mata dengan Alfareeze. Lelaki itu sedang menari dengan Puteri Elliana.

Dalam diam Darra mengucapkan terima kasih kepada Alfareeze ketika dia balas tatapan suaminya itu.

Sekian lamanya dia bertemu semula dengan keempat-empat sahabatnya.

Dan kini segalanya telah kembali pulih menjadi sediakala.

Yang disakiti telah diubati.

Yang ditinggalkan kembali bersama.

Yang terpisah telah bertemu semula.

Kesalahan yang tercipta telah diperbetulkan.,

Permohonan maaf telahpun diucapkan.

Pengampunan telahpun diberikan.

Sekarang semua orang akan jalani kehidupan masing-masing dengan lega dan tanpa dendam dalam diri masing-masing.

次の章へ