Last berfikiran keras memikirkan apa yang baru sahaja terjadi kepada dirinya, namun tanpa berfikir panjang dia mula berjalan dan mencari jalan keluar dari hutan itu. Diperkirakan 3 jam Last berjalan tanpa arah tuju mencari jalan keluar. Last merasa bahawa hutan tersebut memiliki keluasan yang sama dengan luas hutan amazon atau bahkan lebih besar dari itu. Namun Last lebih suka berfikiran positif dan mula untuk melakukan sesuatu...
Last mengumpulkan ranting-ranting dan kayu kemudian Last menyedari bahawa pohon itu memiliki keanehan seperti ukurannya yang besar dan memiliki dahan bercabang yang terlalu banyak bahkan memiliki pola lambang di pohon tersebut. Permasalahannya ialah bukan hanya satu pohon yang memiliki pola lambang tersebut namun hampir keseluruhan pohon di hutan, tidak kira dari jenis pohon apa pun hampir semua memilikinya. Tanpa berfikir panjang Last mengumpul serat-serat tumbuhan dan membuat sebuah tali dari serat itu kemudian dia mengikat ranting-ranting di belakang punggungnya dan mengangkut kayu. Last menelusuri hutan sambil membawa dahan dan kayu kemudian menggunakan pengalamannya memasuki hutan ketika dahulu dia dan gurunya memasuki hutan untuk meneroka hasil alam, Last menggunakan penglihatan dan pendengaran kemudian dia mendengar sebuah aliran air entah itu sungai atau mata air kemudian dia melihat kelembapan tanah dan suhu untuk mengetahui tempatnya dengan sumber suara arus air semakin dekat.
Ketika sudah mengetahui arah dan tuju, Last mengikuti suara tersebut dan sampai ke tepian sungai. Last meletakkan dahan dan kayu kemudian dia mengumpulkan daun-daun besar yang spesiesnya bahkan tidak diketahui kerana pohon itu memiliki daun yang cukup besar sebesar badan seorang lelaki dewasa. Dengan menggunakan kayu yang dikumpulkan serta daun dan tali yang diperbuat dari serat tanaman, Last membina sebuah kemah kecil yang muat untuk tidur. Matahari sudah terbenam dan Last menyalakan api dari ranting-ranting serta kayu yang dikumpulkan. Last memasuki kemahnya dan memaksakan dirinya untuk tidur walaupun keadaan itu sungguh tidak selesa...
Pagi keesokkan harinya, Last membuat sebuah perangkap ikan.
Author: saya lupa nama benda yang digunakan untuk menahan ikan, maaf ya pembaca semua
Sambil menunggu hasil dari perangkap ikan, Last memasuki hutan menggumpulkan kayu bakar, Last tidak pernah berfikir mengambil buah-buahan dari pohon-pohon yang ditemuinya kerana takut mempunyai kesan samping yang membahayakan badan seperti mempunyai racun. Last tidak mahu mengambil resiko itu dan dia mahu bermain aman sahaja tanpa memudaratkan tubuh badannya. Last kembali ke kemah dan meletakkan kayu bakar di dalam kemah, Last memeriksa perangkap ikan mendapati terdapat 3 ekor ikan yang memasuki perangkap tersebut.
"Lumayan" kata Last.
Last membawa ikan ke kemah dan mula menyiapkan ikan untuk dibakar dan sebelum melakukan itu, Last berfikir dia tidak mempunyai alatan yang penting iaitu pisau. Solusi yang bisa digunakan ialah membuat pisau batu namun memerlukan batu yang mempunyai ketajaman dan ketahanan yang mampu memotong ikan dan ranting pohong, Last kemudian mencari batu dan memilah batu-batu yang ditemuinya, kemudian menemui sebuah batu bewarna hitam sebesar sebuah genggaman penumbuk lelaki dewasa. Last memecahkan batu tersebut dan mengambil bahagian yang tajam kemudian dia mencuba memotong ranting menggunakan bahagian batu tajam tersebut dan terbukti memiliki ketahanan yang tinggi. Last mengambil kayu untuk dibuat gagang dan cairan dari kulit-kulit pohon yang dibakar menggunakan api kecil yang akan dituangkan ke ikatan gagang kayu dan bahagian batu tajam itu. Setelah berselang waktu akhirnya siap sebuah pisau batu yang akan digunakan sehari-hari. Last menggunakan pisau batu itu dan menyiapkan ikan kemudian mula membakar kayu bakar. Last membakar 2 ekor ikan dan 1 ekor lagi disimpan untuk dimakan pada waktu malam.
...
Berselang waktu beberapa minggu, terlihat sebuah pondok dibangun dan peralatan-peralatan bertahan hidup kian bertambah. Last kembali dari hutan dengan membawa seekor makhluk menyerupai rusa namun ianya lebih besar dari rusa jantan dewasa. Terlihat di muka Last terdapat sebuah pelitup muka mask yang dipakainya terbuat dari kulit haiwan. Last membuat sebuah mask pelitup muka kerana baru-baru ini terdapat bau busuk yang membuatkannya tidak tahan akan bau tersebut dan Last memutuskan untuk membuat sebuah mask. Terlihat Last menyiapkan peralatan dan bekalan makanan dari daging rusa yang bibakar dan diasap tersebut. Last memutuskan untuk menelusuri arus sungai dan dia beranggapan di hujung arus terdapat sebuah permukiman atau jalan keluar dari hutan ini. Berselang waktu beberapa jam, persiapan sudah pun selesai dan Last berangkat meninggalkana pondok kecilnya itu dan mengikuti arus sungai. Beberapa jam berlalu, melewati arus sungai Last merasakan bahawa usahanya tidak sia-sia, Last telah menemui jalan keluar dari hutan tersebut. Last berfikiran jernih dan memaksa dirinya agar tidak gembira terlalu awal, Last memandang sekeliling dan menemukan sebuah jalan yang dibuat oleh pelalu lalang dan dia merasa jalan ini dibuat untuk melalui kawasan ini. Last mengikuti jalan itu hingga dia melihat dari jauh sebuah kampung permukiman. Senyuman terukir di wajahnya di sebalik mask pelitup muka itu, mula dengan mengangkat kaki kanan... dia berjalan perlahan-lahan ke kampung permukiman itu.
Chapter 2 tamat