webnovel

chapter ~ 21

". Ya bos..". Kedengaran dari telefon Brent.

kini sedang duduk berhadapan dengan Linalin di meja makan setelah menjumpai salah satu restoran mereka memilih tempat duduk di tepi laut.

". Cari tahu apa yang di lakukan auntie Betnie di Singapura ". Mata laki laki itu memerhati Linalin yang tersenyum melihat pemandangan laut.

". Baik..!"

". Satu lagi apa yang di rancangnya saya perlu tahu semuanya". Selesai berbicara Brent meletakkan telefonnya di sisi meja.

" Menu !" Mengangkat tangan memanggil pelayan restoran seketika kemudian datanglah seorang pelayan.

". Linalin.. Linalin". Panggil Brent sehingga perempuan itu tersedar dari lamunannya.

". Pesan makan ..ini menunya". Brent menyurung buku menu makanan.

". Ermm...ini pasta carbonara sama ini..ini ?" Linalin menatap pelayan itu ingin tahu apa minuman yang di tunjuk-tunjuknya.

". Jus pic dengan campuran jus lemon dan alcohol ". Sambil bersenyum pelayan itu menerangkan minuman itu.

" Ha...?". Ternganga mulut Linalin.

". Alochol ?". Ternaik keningnya perasaan gembira bercampur aduk dengan ragu ragu matanya melirik lirik laki laki itu tidak ada reaksi . Langsung kembali menatap pelayan itu dengan cepat mengangguk .

Mengeleng Brent seketika ia tahu apa yang di fikiran Linalin berpura tidak tahu ia melihat pelayan itu sambil menunjuk makanan pilihannya setelah itu membaling wajah ke sisi merenung laut .

". Tit..tit". Deringan telefon Brent di atas meja.

". Bagaimana?". Ucapnya

". Mengenai hak pewaris kini pihak lawan sudah membuat pembelian saham". Suara secretary Jack di telefon sementara Brent menggerut kening.

". Ah..baik.. pihak kita bagaimana?". Tukas Brent.

". Kini bos masih pemegang saham utama dan keturunan keluarga Brooke yang sah tetapi".

" Kita cuma kekurangan satu syarat". Kata kata secretary Jack mengingatkan Brent bahawa untuk menjadi pewaris yang utama ia harus memenuhi tiga syarat ini.

". Bos ..harus berkahwin secepatnya". Ucap secretary Jack.

". Bukankah ini sudah memenuhi syarat ?". Sedang sibuk menjawab panggilan mata Brent memerhati wajah Linalin sudah kemerahan mabuk.

". Maafkan saya bos... Sekarang situasi berubah pihak lawan sudah merancanakan perkahwinan bisnes kemungkinan menarik perhatian dari para pemegang saham lain.".

". Haa!..". Tersengih Brent mendengarnya hampir tidak terkata lagi .

". Auntie Betnie benar-benar sukar dipercayai ". Gumam Brent di benaknya.

". Apa pun bos harus mempunyai Nyonya yang sah". Kata secretary Jack kini berpendapat serius membantu tuan mudanya mencari jalan.

". Baiklah..saya akan fikirkan,,, sentiasa cari tahu lagi ,itu saja". Brent mematikan telefonnya semakin cemas dirinya kerana perempuan di depannya memesan lagi minuman yang sama kini sudah ke tiga kali.

". What..!". Tanya Linalin ia sedar di lihat terus oleh Brent.

". Habis ini ..kita pulang ".

". Mm..tidak mahu ini belum cukup.. macamana kalau kita pergi bar ". Jawap perempuan itu sudah merasakan pening di kepalanya.

". Tidak ...saya tidak menjamin apa apa". Tukas Brent cemberut mulut Linalin kecewa perempuan itu melirik laut lalu menatap lama di pantai.

". Okeylah...tapi Linalin mahu ke situ ". Menunjuk dengan mulutnya ke arah pantai terpaku Brent menatap bibir itu lalu mengikut arah itu.

". Sebentar saja". Ucap Brent terlihat kegembiraan di wajah Linalin tanpa sedar ia pun bersenyum memanggil pelayan meminta bil selesai pembayaran mereka keluar dari situ menuju pantai.

Terjungkit kaki menekan jemari di pasir sehingga membentuk tapak kaki menyentuh air laut dengan alunan ombak kecil berulang alik maju undur membasahi jemari kaki Linalin sambil menatap warna kebiruan air laut.

". Ini ". Brent menyurung soda sejuk di hadapan Linalin.

". Thanks". Langsung mengambil minuman itu sebentar melirik Brent di sisinya.

". Lautnya tenang". Tersenyum senyum Linalin menunduk memainkan jemari kakinya di pasir kemabukan dirinya sudah hilang.

". Yeah". Jawab Brent tetapi matanya memandang senyumnan perempuan itu semakin lama melihat wajah itu akhirnya menatap bibir manis Linalin.

Tidak sengaja Linalin menoleh ke tempatnya, lantas Brent menggemam mulut membaling pandangan ke sisi lain malah perempuan itu tidak menyedarinya mata nya tertumpu sebuah gerai kecil.

". Ayo...sana ". Ajakkan Linalin mendahului menuju gerai itu Brent hanya mengekori di belakang.

". Hello selamat datang". Sapa penjaga gerai itu Linalin bersenyum mesra terlihat di atas meja banyak jualan aksesori yang cantik buatan tangan.

". Belilah satu untuk isterinya". Tersedak Brent mendengar kata-kata penjual itu saat yang sama wajah Linalin tertatap binggung menoleh di belakangnya berdiri Brent di situ.

". Buuukaa..". (terputus kata kata) tiba-tiba Brent merangkul bahunya mengerut dahinya menatap tajam ke wajah Brent.

". Baiklah .. Linalin mahu yang mana?". Malahan Brent berpura tidak melihat ancaman Linalin sambil melihat-lihat gelang yang menarik perhatiannya.

". Tuan muda suka gelangnya..ini ada banyak pilihan?". Kata penjual itu menyedari Brent sedang menatap gelang.

". Em..yang itu ". Menunjuk gelang jade sea blue seperti bola-bola mutiara Brent senyum seketika berminat akan gelang itu.

". Pilihan tuan muda memang terbaik sesuai ditangan isteri tuan muda ". Sekali lagi Brent tersedak pujuk rayu penjual itu yang pandai mengambil hati.

". Saya beli ..". Balas kata Brent mengeluarkan beberapa keping duit lalu membayar gelang itu.

Setelah itu mengambil tangan Linalin lalu meletakkan gelang itu di telapak tangan milik perempuan itu.

". Ar ....ini untuk kamu ". Kata Brent terus berjalan mendahului Linalin.

Tersenyum Linalin merenung lama gelang itu di masukkan dalam begnya lalu mengekori belakang Brent perlahan mengikut langkah kaki laki laki itu bergerak kini beriringan berjalan di pantai.

". Linalin tidak suka gelang itu?". Dari tadi Brent melirik di tangan Linalin dilihat perempuan itu tidak memakai gelang tadi.

". Suka... gelangnya cantik". Tukas Linalin .

". Oh..ah...". Bercampur kecewa di hati Brent berusaha menutupnya agar tidak ketahuan manaka Linalin melirik raut wajah laki laki itu.

". Simpan dalam beg ... nanti hilang itu kan pemberian berharga". Gumam Linalin sengaja mendengarkan Brent , seketika Brent tersenyum senang.

Menunggu lift sampai ke tingkat bilik mereka sangat ramai para penginap di dalam lift suasana hening dan sesak Brent melihat keadaan Linalin tidak selesa kerana tertolak tolak para penginap di sisi ia perlahan berdiri menghadap perempuan itu sehingga Linalin tersandar di dinding lift.

Kini mata keduanya menatap penuh perasaan saling tertarik Linalin menyedari itu terus melihat sisi lain sementara Brent menatap kening mata hidung dan bibir perempuan itu.

". Ting!!" Terbuka pintu lift.

Berhenti di tingkat bilik mereka langsung tersedar Brent terus meragut tangan Linalin membawanya keluar dari lift lalu membuka pintu biliknya dan menutupnya kembali berdiri membeku menghadap pintu.

". Bos..erm! ..Mr B!".

Cepat-cepat Brent menoleh di belakangnya terbeliak matanya Linalin berada di biliknya wajahnya berreaksi tanda tanya.

". Ini". Linalin mengangkat tangannya sambil menunjuk dengan sudut kening laki laki itu masih memegang tangannya , lantas Brent melepaskannya.

次の章へ