" Adam tu kekasih kamu?" Tanya Arisa padaku suatu hari. Ketika kami sama-sama menyusun buku ke atas rak buku. Aku tersengih. Tapi muka Arisa serius dengan pertanyaan itu.
" Kenapa?" Tanya ku enggan menjawab. Arisa seorang yang peramah sebenarnya. Kalau dia bukan kekasih Ariman aku tentu suka menjadi kawannya.
" Aku tengok kamu asyik bersama. Jadi aku rasa dia kekasih kamu." Katanya dengan nada yakin. Aku jadi hairan. Bila masa dia nampak aku asyik bersama Adam? Dia hanya nampak aku dengan Adam bila Adam datang jumpa aku di Pustaka Biru. Aku diserbu rasa pelik dan tenung muka Arisa lama. Ingin rungkai apa sebenarnya yang menimbulkan pertanyaan Arisa pasal hubungan aku dengan Adam. hmmm.. mungkin Ariman yang cakap dengan Arisa? sebab Aku, Adam dan Ariman satu kampus. Aku memang selalu bersama dengan Adam kalau di kampus. Arisa bukan pelajar kolej kami, bagaimana pun kolej Arisa terletak bersebelahan bangunan dengan kolej Sri perdana. Mungkin tidak mustahil Arisa pernah melihat aku dan Adam di kampus?
" Adam tu jiran aku.." Sahutku ringkas. Melihat aku enggan berterus terang Arisa berhenti bertanya. Ariman masuk dan datang menolong kami mengemas buku-buku yang baru sampai. Arisa juga seperti tidak mahu terus mengungkit pasal Adam bila melihat Ariman muncul.
" er.. Ari.. tak lama lagi buku terbaru Mayang Setia akan keluar. Tak sabar rasanya.." Kata Arisa pada Ariman. Dia pandang Ariman dengan pandangan penuh makna. Luak rasa hatiku nampak mereka berbalas senyuman. Hello? bukan korang berdua saja ada di sini! tahulah kamu dua tu pasangan kekasih. respek la sikit dengan orang lain yang nampak korang punya affection tu.. gerutuku dalam hati!
" Ye.. harap-harap dapat sambutan.." jawab Ariman sambil memandangku. Aku terpegun melihat pandangan mata Ariman. Fuh.. semangat! Kalau saja Arisa tak ada di antara kami, mungkin aku dah pengsan kerana terpukau oleh tatapan matanya itu.
" Saya tengok Neera dah mula kumpul koleksi buku penulis tu..?" Tanya Ariman padaku. Matanya masih memandang tepat ke mataku. Aku cepat-cepat menunduk. Harap-harap Arisa tidak perasan yang aku sebenarnya rasa gemuruh dipandang sebegitu oleh kekasihnya. Apalah yang ada dalam kotak fikiran Arisa jika dia nampak seorang gadis tersipu-sipu bila bercakap dengan buah hatinya. Mesti dia meluat atau ketawa dalam hati kerana jelas sekali aku hanya bertepuk sebelah tangan! ah.. itu memalukan. Aku jeling sekilas ke arah Arisa. Tapi mujur dia tidak memandangku dan sedang sibuk menyusun buku-buku.
" Ah.. ya! Sebab kamu yang perkenalkan buku-buku Mayang setia pada saya. Saya rasa tulisannya sungguh sejiwa dengan saya" Jawabku dan melirik pada Ariman sekilas. Lagi-lagi Ariman tersenyum. Aku tidak berani melihat senyuman Ariman lama-lama. Getarn di dadaku amat menakutkan bila mataku bertembung dengan mata Ariman.
"Buku terbaru tu istimewa. Kau mesti dapatkan satu.. tajuknya, Baca ke mataku. " Kata Ariman padaku. Dan ketika dia menatap ke mataku, aku takut sekali kalaulah dia terbaca isihatiku terhadapnya!
" Oh.. wow! tajuk nya pun macam best.." ujarku dengan nada sedikit teruja. Serius. Kalau hasil karya Mayang Setia, jalan cerita dan gaya bahasanya cukup buat aku terpaut untuk terus membaca bait demi bait! penulis itu berjaya buat aku terjun ke dalam dunia penceritaan ciptaannya seolah-olah aku menjadi watak utama dalam cerita itu!
"ya.. dengar kabar. Cerita novel tu akan di adaptasi menjadi drama bersiri. Pengambaran sudah bermula .. dan dengar-dengar hujung tahun depan akan di tayangkan di kaca tv" Tambah Ariman dengan senyuman bangga.
" Alangkah bagusnya kalau saya pun ada idea macam tu untuk menulis novel.. dapat duit royalty.. kalau hasil karya diambil jadi drama bersiri mesti dapat bayaran tinggi juga kan?" ujarku pada Ariman. Dia ketawa kecil. Dia memandang aku seperti seorang guru memandang muridnya yang sedang berangan-angan. Aku tersengih malu.
" Oh.. Neera minat menulis?" Tanya Ariman. aku jadi ketawa dengar pertanyaan Ariman. Arisa berhenti menyusun buku dan memandang ku dengan riaksa menunggu jawapan. Aku pandang muka kedua mereka silih berganti dengan senyum kelat.
" eh.. bukan. saya langsung tidak ada bakat menulis.. saya cuma kagum dengan penulis-penulis yang sangat berbakat.. bila ada bakat mudah saja jadikan ia duit" jawabku jujur.
"Bakat boleh diasah.. yang penting Neera ada minat.. saya memiliki syarikat penerbitan buku.. Buku-buku Mayang setia juga diterbitkan oleh syarikat saya dan.. saya juga merupakan salah seorang editor untuk buku-buku yang di terbitkan oleh syarikat saya.. kalau Neera berminat.. Neera boleh cuba dengan menulis cerpen untuk langkah pertama. Kami juga menghasilkan buku yang terdiri dari kumpulan cerpen Jadi untuk permulaan, Neer boleh cuba belajar menulis cerpen?" Balas Ariman panjang lebar. Arisa mendekat dan ikut menambah,
" ya Neera.. Ari memang sedang cari bakat-bakat penulis.. mana tahu kamu ada bakat? jangan risau.. Ari boleh bagi tunjuk ajar.. dia kan editor" Ariman mengangguk mengiyakan kata-kata Arisa. Minta tunjuk ajar dengan Ariman? dan fikiran nakal ku mula membayangkan situasi aku dan Ariman meluangkan banyak masa bersama. Ah.. mimpi yang indah! aku sebenarnya rasa sangat tergoda dengan tawaran Ariman. Tapi di satu sisi lagi aku takut hatiku akan terjatuh lebih parah pada kekasih Arisa ini! tidak.. ini bukan Idea yang baik, hatiku membantah.
" Wah.. menarik bunyinya. Baik saya akan cuba" jawabku berpura-pura teruja. Hakikatnya aku tidak bercadang untuk cuba belajar menulis. Bukan kerana aku tidak berminat. Cuma memikirkan Ariman akan bagi tunjuk ajar dan aku akan selalu bertentangan mata dengan dia lebih kerap buat aku takut! apa yang ada dalam hatiku inilah yang buat aku takut!
"Great! jangan malu-malu minta tunjuk ajar dengan saya tau!" ujar Ariman sebelum bangkit dan berlalu ke bilik pejabatnya.
" hmmm stop dulu. masa untuk makan" Kata Arisa sambil menjeling jam dinding. Aku ikut melihat jam. Sudah pukul 12.00 tengah hari. Sekejap lagi makanan akan di hantar ke Pustaka Biru. Makan minum di sediakan percuma. Biasanya aku dan Diana akan bergilir untuk makan. Arisa dan Ariman pula biasanya akan keluar makan entah ke restaurant mana waktu tengah hari. Aku dan Diana sebagai pekerja akan makan di pantry bergilir-gilir, masa makan satu jam tapi biasanya kami hanya makan setengah jam saja. Diana akan makan dulu. Aku hanya akan makan lepas Diana selesai makan.
Hari ini pengunjung Pustaka Biru agak ramai juga. Aku terpandang kelibat Adam masuk ke Pustaka Biru. Senyum Adam lebar sebaik saja terpandang aku. Spontan Arisa dan Ariman memandang Adam bila melihat Adam melambai tangan padaku.
"Hari ni jom keluar lunch dengan aku?" ujar Adam melangkah mendekati aku. Suaranya diperlahankan. Maklumlah kami berada di perpustakaan.
"Tapi aku sudah ada makanan percuma yang di sediakan oleh Pustaka Biru" Adam buat muka cemberut dengar jawapanku. Dia melirik sekilas ke arah Ariman dan Arisa yang bergerak keluar dari Pustaka Biru.
"Tsk..tsk..tsk.." Adam geleng-geleng kepalanya dengan mimik muka kurang senang. Aku spontan tengok muka Adam dengan riaksi tanda tanya.
"Neera.. parah sungguh penyakit angau kau ni.. di depan mata kau, Ariman dengan kekasih dia pun.. kau masih insist..." dia kelihatan mencari-cari ayat yang sesuai.
" Adam! stop it.. ia bukan seperti yang ada dalam fikiran kau, ok! Aku kerja di sini. Aku dapat gaji dapat duit.. lagi pun aku juga fall in love dengan buku-buku di sini. Aku boleh baca for free!" cantas ku sebelum dia teruskan kata-katanya. Adam kelihatan menahan ketawa. mujurlah kami berada di perpustakaan ketika ini. Jika tidak pasti Adam sudah ketawa besar.
"Semua orang boleh datang baca for free tak perlu kerja di sini Neera. Pustaka Biru satu-satunya perpustakaan persendirian yang terbuka kepada awam untuk datang membaca secara percuma dan hanya bayar yuran keahlian atau bayar jika mengunakan perkhidmatan photocopy.. kau jangan bodohkan aku yang kau kerja sini untuk baca buku.." Bidas Adam.
" Kau datang kerja sini sebab kau gila bayang dengan Ariman pemilik Pustaka Biru yang sudah ada girlfriend.. wake the hell up Neera! dia sudah ada girlfriend. Kau mahu jadi orang ke tiga?" sambung Adam lagi dengan mata hampir terjengkel keluar memandang mukaku. Dia nampak sangat geram. Aku terdiam dengan kata-kata Adam. Mujurlah kami berdiri di sudut agak tersembunyi dari pengujung lain jadi perbualan perlahan ini tidak mengundang perhatian orang lain.
Aku larikan pandangan ku dari muka Adam. Aku tak mahu mengaku tapi apa yang Adam cakap itu semuanya betul. Dan itu menyakitkan! Aku kerja di sini agar aku dapat lebih dekat dengan Ariman walaupun aku tahu Ariman ada gambar gadis cantik di dalam dompetnya. Dari awal lagi aku tahu Ariman sudah ada yang punya tapi aku abaikan hakikat itu!
"Sudahlah kalau kau tidak percayakan aku! btw aku lunch jam 1pm lepas Diana habis lunch. nanti kau datang balik jam 1pm" Aku ubah topik dan tolak Adam keluar. Adam putarkan matanya sambil mencebik tapi tidak berkata apa-apa dan keluar dari situ.
******