webnovel

TRAGEDI

Semasa di hospital, Rykal tampak seperti sedang sedih sambil duduk di kerusi. Tiba-tiba dia mendapatkam satu pesanan dari aplikasi whatsapp miliknya.Rykal membuka pesan itu dan ternyata itu ialah Syafiqah yang khawatir dengan keadaan Rykal.Syafiqah juga bertanya kepada Rykal tentang apa yang berlaku sehingga membuatkan mereka terpaksa bergegas pulang ke Malaysia.Rykal menarik nafas dan menceritakan segalanya kepada Syafiqah. Selepas mendengar penjelasan Rykal, Syafiqah terdiam dan tidak tahu mahu berkata apa. Kemudian Syafiqah memberikan Rykal kata-kata semangat kepadanya dan berkata dia akan sentiasa menyokongnya. Dia juga berkata minggu depan dia juga akan pulang ke Malaysia kerana urusan mak dan ayahnya di sana telah selesai. Rykal yang mengetahui hal itu terus gembira dan mengajar Syafiqah untuk keluar bersama.

Selepas itu, doktor datang menghampiri Rykal dan encik Ikmal untuk memberitahu bahawa kondisi Putra agak kritikal kerana dia telah banyak kehilangan darah akibat diseksa oleh encik Hamid dan anaknya Malek. Encik Ikmal dan Rykal merasa sungguh bersalah kerana disebabkan mereka Putra jadi sampai begini.Encik Ikmal menghubungi mak dan ayah Putra untuk memberitahu mereka tentang kondisi Putra yang berada di Hospital itu.Mak dan ayah Putra yang mendengar kondisi anaknya itu terkejut dan langsung bergegas ke hospital untuk menjumpai anaknya.Ketika mak dan ayah Putra sudah tiba di hospital, mereka disambut oleh encik Ikmal dan Rykal. Encik Ikmal dan Rykal memohon maaf kepada keluarga Putra kerana disebabkan mereka Putra jadi begini.

Mak dan ayah Putra yang sememangnya sudah mengetahui masalah yang sedang mereka alami tidak menyalahkan mereka.Keesokkan harinya, Putra tampak sudah mulai sedar. Walau bagaimana pun dia tidak dapat berbicara dan bergerak terlalu banyak kerana dia masih belum sembuh.Rykal mencuba menghiburkan Putra dengan lawak hambarnya.Putra berkata kepada Rykal bahawa ada seorang pelajar perempuan yang asyik bertanya tentang dirinya ketika dia tidak hadir ke sekolah selama hampir dua minggu.Rykal yang kehairanan dengan ucapan Putra terus bertanya apakah nama pelajar perempuan itu namun Putra enggan memberitahunya kerana dia berjanji untuk tidak memberitahu Rykal siapa perempuan itu.Rykal tidak telalu mengambil peduli tentang pekara itu. Dia meminta Putra untuk menunggu kerana dia mahu membeli air di sebuah mesin air yang terletak di tingkat bawah.

Sementara itu, Ibu dan ayah Putra sedang bersarapan di sebuah warung yng berada di hadapan hospital itu.Semasa mereka berdua sedang menjamu selera, tiba-tiba puan Damia merasa ada pekara buruk yang akan berlaku.Encik Fadil menenangkan isterinya dan menyuruhnya agar menghabiskan makanannya itu.Puan Damia tidak mendengarkan suaminya dan dia dengan cepat pergi ke hospital untuk melihat anaknya.Encik Fadil agak kehairanan dengan isterinya dan dia memutuskan untuk membayar makanannya walaupun dia belum sempat menghabiskannya. Encik Fadil mengejar isterinya ke hospital.Sementara Rykal yang sudah membeli airnya memutuskan untuk kembali ke wad Putra.

Tiba-tiba dia terdengar seperti sebuah tembakan di dalam wad Putra. Rykal berlari menghampiri wad Rykal dan alangkah terkejutnya Rykal apabila dia melihat Putra dan kedua orang tuanya sudah tidak sedarkan diri akibat ditembak oleh seseorang. Rykal memanggil doktor untuk merawat mereka dengan segera. Belum sempat Rykal memanggil tiba-tiba kepalanya dipukul dari belakang dengan sangat kuat sehingga membuatkannya jatuh dan tidak sedarkan diri.

BERSAMBUNG.....

次の章へ