Semuanya berjalan lancar sehingga tibanya waktu rehat.Rykal pergi ke kantin seorang diri untuk membeli makanan.Setibanya Rykal di kantin, Rykal memilih untuk membeli makanan di mesin yang yang terletak di belakang kantin.Selepas Rykal membeli makanan di mesin tersebut, dia duduk di sebuah pondok yang terletak di tepi kantin.Tiba-tiba,dia ditegur oleh Putra. "Weh Rykal asal makan tak ajak aku?". Tanya Putra."Hehe.. Sorry ah lagipun aku tak nampak kau itu yang aku terus pergi kantin".Jawab Rykal.Di samping itu tanpa mereka sedar,ada seorang pelajar perempuan yang memandang ke arah Rykal.Pelajar itu bernama Mika.Ketika Mika sedang asyik memandang Rykal, tiba-tiba Putra berkata "oii ingat aku tak nampak ke kau tengah pandang member aku ni". Ucap Putra kepada Mika.
Selepas mendapati dirinya telah kantoi, Mika dengan cepat melarikan diri dari tempat tersebut.Rykal tergelak sehingga membuatnya tersedak. Putra menghulurkannya sebotol minuman untuk Rykal minum.Loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat.Rykal dan Putra bergegas untuk pergi memasuki kelas mereka.Rykal mengeluarkan buku bahasa bahasa melayu untuk bersiap sedia dengan subjek yang akan dia pelajari sebentar lagi.Sementara menunggu cikgu, Rykal menyempatkan dirinya untuk mengulang kaji mata pelajaran tersebut agar di faham serba sedikit tentang apa yang diajarkan oleh cikgunya nanti.Selepas itu,cikgu pun tiba di kelasnya itu.Mereka memberi salam kepada cikgu bahasa melayu itu dan alangkah terkejutnya Rykal apabila mengetahui bahawa cikgu bahasa melayu itu merupakan ibunya.
Tidak hanya Rykal, puan Zia juga terkejut melihat anaknya bersekolah di tempatnya mengajar itu.Puan Zia memulakan pelajarannya.Hal ini membuatkan Rykal hilang fokus untuk belajar.Dia kerap kali termenung memandang ibunya.Tiba-tiba, Malek datang kelasnya tanpa memberi salam dan terus menuju ke puan Zia. Malek yang sememangnya bersekolah di situ sudah sangat dikenali di sekolah itu kerana sikapnya yang nakal dan suka menganggu pelajar lain."Eh malek ada apa ni"?. Tanya puan Zia kepada Malek.Malek memberitahu bahawa dia rindu akan ibunya itu dan mahu memeluk ibunya sebelum dia belajar di kelasnya.Rykal yang melihat itu menjadi muak."Woii!! dah berambuslah kacau je orang nak belajar". Kata Putra kepada Malek dengan nada yang tegas.Putra menyuruh Malek untuk bereda kerana dia tahu perbuatkan malek itu membuatkan kawan baiknya tidak suka.
Tidak hanya Putra, semua kelas di situ turut menghalau Malek dari kelas itu kerana menurut mereka, Malek telah menganggu masa belajar mereka.Malek dengan perasaan tidak berpuas hati menunjukkan jari tengahnya lalu pergi meninggalkan kelas itu.Singkat cerita waktu persekolahan pun telah tamat, Rykal dan Putra berpisah kerana Putra pulang menaiki basikal miliknya.Rykal menunggu dirinya dijemput di pondok pengawal keselamatan. Selepas itu,ayahnya tiba menaiki Bugatti La Voiture Noire.Sewaktu mereka dalam perjalanan untuk balik ke rumah,tiba-tiba Rykal melihat Putra yang terbaring tidak berdaya di tepi jalan.Rykal menyuruh ayahnya untuk berhenti lalu dia dengan pantas pergi melihat keadaan kawannya itu.
Rykal bertanya kepada Putra apa yang telah berlaku pada dirinya.Putra yang tidak berdaya mencuba memberitahu bahawa Malek dan kawan-kawannya telah memukulinya menggunakan batang kayu.Mendengar hal itu membuatkan Rykal semakin benci terhadap Malek dan ayahnya tetapi dia menahan amarahnya. Dia membawa Putra ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Semasa di hospital,encik Ikmal menelefon encik Ismail dan memberitahu bahawa ini merupakan waktu yang tepat untuk mereka memulakan rancangan yang telah dibuat.
BERSAMBUNG.....