Mereka duduk di tempat yang disediakan khas untuk mereka lalu mereka memesan hidangan yang hendak mereka makan.Encik Ismail memesan salad untuk dirinya manakala encik Ikmal memesan steak. Rykal yang tidak tahu mahu memesan apa hanya mengikuti pesanan ayahnya itu.Semasa mereka sedang menunggu, Rykal melihat ke arah tingkap dan melihat ibunya dan encik Hamid yang sedang berjalan sambil berpegangan tangan.Rykal merasa sungguh tidak berpuas hati melihat ibunya berpegangan tangan dengan encik Hamid.Tidak perlu waktu yang lama, encik Ismail sedar akan hal itu dan memanggil tiga orang pengawalnya. Dia menyuruh tiga pengawalnya itu untuk mengikuti encik Hamid dan puan zia sehingga mereka tiba di kenderaan mereka.Mendengar arahan itu, ketiga orang pengawal tersebut bergegas mengekori encik Hamid dan puan Zia sehingga ke kederaan mereka.
Encik Ismail mencuba menghibur Rykal yang nampak seperti sudah tiada mood selepas melihat ibunya itu. Berbalik kepada pengawal tadi, mereka berjaya mengikuti encik Hamid dan puan Zia sehingga ke kenderaan mereka lalu mereka bertiga menghampiri encik Hamid dan puan zia.Encik hamid dipukuli oleh pengawal encik ismail daripada belakang yang membuat nya jatuh ke tanah. Selain itu,mereka turut merosakan kereta milik encik Hamid lalu membakarnya.Encik Hamid yang tidak terima diperlakukan seperti itu terus melawan ketiga pengawal encik Ismail itu.Encik Hamid berjaya menumbangkan seorang pengawal encik Ismail namun dia tidak mampu untuk menghadapi lagi dua orang pengawal encik Ismail.Encik Hamid dipukuli sehingga pingsan. Puan Zia hanya mampu menjerit meminta pertolongan.
Jeritan puan Zia membuat Rykal dan encik Ikmal mendengarnya. Encik Ikmal tidak memperdulikan jeritan itu, dia hanya fokus kepada makanan yang telah dihidangkan di atas meja walaupun sebenarnya di dalam hati dia sangat risau dengan keadaan bekas isterinya itu. Rykal yang tidak tahan mendengar jeritan ibunya itu terus keluar dari restoran itu dan berlari menuju ke ibunya.Encik Ikmal mencuba mengejar anaknya itu manakala encik Ismail hanya duduk menikmati hidangannya.Sesampainya Rykal di tempat ibunya, dia melihat ibunya ditampar dengan sangat kuat sehingga membuatnya terjatuh.Rykal yang marah langsung menghampiri pengawal encik Ismail dan menghajarnya dengan perasaan amarah yang menguasai dirinya.Ketiga pengawal itu tidak mampu menandingi kehebatan silat yang dimiliki oleh Rykal yang membuat mereka terpaksa berundur.
Puan Zia yang melihat anaknya langsung memeluknya dengan erat.Rykal yang sememangnya rindu akan pelukan ibunya itu terus memeluk ibunya dengan sangat erat sambil menitiskan air mata.Encik Hamid sempat tersedar semula daripada pingsannya namun kepalanya di pukul oleh encik Ikmal yang sudah lama menyimpan dendam kepada encik Hamid yang telah merampas isterinya itu sehingga dia pingsan kembali."Rykal dah tu mari pergi.. Ayah dah tolong call ambulance" kata encik Ikmal.Sebelum Rykal pergi, dia mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya dan berkata yang dia tidak akan lupa kenangan mereka bertiga dulu.Encik Ikmal menghampiri bekas isterinya itu lalu memberinya uang sebanyak Rm20, 000 untuk dia membeli keperluan makanan atau lain lain.Sebelum encik Ikmal pergi dia berkata"jaga diri.. Saya tak pernah sekali pun mampu lupakan awak.Saya takkan pernah lupa kenangan kita bersama dulu.. Selamat tinggal Zia". Ucap encik Ikmal kepada puan Zia.
Puan Zia yang mendengar hal itu terus menangis dan merasa sangat bersalah atas perbuatan yang diperbuatnya pada anak dan bekas suaminya.Selepas itu, ambulance pun tiba untuk membawa encik Hamid ke hospital.
BERSAMBUNG.....