webnovel

Chapter 36

Pagi itu, Raphael dan Oxana bangun awal untuk solat subuh berjemaah dan bersedia untuk bersiap pergi ke kerja. Raphael sudah lengkap berpakaian formal dengan baju kemeja dan berkot cuma masih belum memakai tali leher. Oxana yang masih bersolek di meja solek itu memandang dengan ekor mata segala tingkah laku Raphael dan terus berpaling dan pergi mendekati suaminya.

"Biy, come here. I make this for you.", kata Oxana dengan wajah yang ceria.

"No. Tak payah. Aku boleh buat sendiri.", ujar Raphael dengan bongkak sekali.

"Jangan degil boleh tak. Karang sayang genggam timun biy ni karang haaa. Ada jugak yang tak pergi keje pagi ni.", balas Oxana sambil tersengih sinis.

"Hmm. Buatlah cepat.", kata Raphael dengan wajah menyampah.

Oxana fokus memakaikan tali leher di kolar baju kemeja Raphael sementara Raphael pula terleka melihat wajah cantik isterinya dari dekat.

"Lama-lama tengok, lawa pulak minah ni. Haihhh... Wahai hati, janganlah terpedaya dengan wajah cantik si gedik ni. Mohon bertenang dan sabar menghadapi ujian ini.",  desis hati Raphael.

Oxana yang masih fokus itu mengetahui bahawa suaminya terleka meneroka wajahnya. Dia tersengih kecil.

"Ermmm jauh berangan. Fikir sape tu? Sayang eh?"

Raphael yang masih berangan itu terus cuak dan cuba mengawal riak wajahnya yang kelihatan sangat gelabah. Hahahahhahhah ayokkkk kantoiiiii wuuuu...

"U...mmm ma...naa... adaaa... A...kuuu terr....ba...ya...nggg mu..kaaa.. Tatia...naaa. Te..tibaa.... teriii...ngattt... kattt... diaaa..."

"Tatianaaaaa??? Wowww... Bini kat depan mata tak nak tengokkk pulak. Boleh pulak suami sendiri teringat perempuan lain. Wahhh kemainnn eh biy ni. Rasa cm nak potong pulak timun bawah tu perghhh... Berapiii hatii kita niiii!!!!!"

"Haah. Kenapa? Ada masalah dengan kau? Aku ada hak la nak teringat sape pun. Eleh. Nk potong adik aku? Haaa potong la cepat. Cakap je besar. Buatnya tidak."

"Wahhh... Wahhhh... Kemainn ye awak niiii... Nak tengok betul-betul ke saya buat aksi bahaya kat sini haaa?? Boleh je. Jap eh nak cari pisau. Tetiba lupa letak mana. Hahahah jap tau. Nak cari sat.", kata Oxana sambil pergi keluar sebentar dari bilik tidur mereka untuk mencari pisau kesayangannya.

Raphael yang masih berdiri mula cuak dan cari tempat untuk menyorok untuk lari dari perbuatan gila Oxana. Hahahahah mencabar lagi kesabaran Oxana. Haaa hambik kau. Kan dah kena.

Raphael menjenguk ke bawah dan melihat kelibat Oxana tiada di ruang tamu, dengan itu dia terus berlari dengan sangat pantas dari tingkat atas ke bawah untuk menyelamatkan diri dari adiknya dipotong hahahahha. Adoiiii penakut pula mafia ni. Haihhh. Sabar ajolah den.

Sampai sahaja di pintu utama rumah mewah itu, tiba-tiba Oxana muncul bersama pisau saktinya dengan muka yang serius sambil memusing-musingkan pisaunya di depan wajah Raphael. Raphael mula menelan kelat air liurnya kerana dirinya sudah terhalang dengan tubuh Oxana. Dia mula mengatur strategi dalam otaknya untuk melarikan diri.

"Awak berani eh cabar saya? Saya tak suka dengar nama perempuan tu ok. Dahlah muka plastik. Makeup tebal. Berdebu dunia perghh. Kalau boleh bibir tu merah menyala macam makan cili merah satu baldi. Bibir pula bengkak macam kena sengat dengan lebah. Ish ish ish. Yang buruk juga awak berangankan ye. Yang dah cantik lagi mantap depan mata ni tak nak pula tenung. Padahal hari-hari saya berhias untuk awak."

Raphael disitu masih termangu dan cuba untuk meloloskan dirinya dari kegilaan Oxana. Otak Raphael ligat berfikir. Tiba-tiba dia mendapat idea.

"Ermmn sayang, janganlah buat biy macam ni. Tak baik tau. Tak sayang biy ke? Main pisau bagai ni hmm?? Please jauhkan boleh kan sayang???",  kata Raphael dengan lemah-lembut dan bibirnya mencebik seperti itik.

Oxana yang melihat terkejut dan mulutnya ternganga habis. Raphael yang melihat Oxana seperti itu terus mendekati Oxana dan menjatuhkan pisau tersebut di lantai. Dengan itu, dia terus menolak perlahan tubuh genit Oxana sehingga bersandar di dinding. Oxana masih kejung dan merenung wajah kacak Raphael.

Raphael pula tersenyum comel dan merenung wajah cantik isterinya sambil merenung tepat di mata bening Oxana. Raphael pun terus mengusap perlahan bibir seksi itu sambil berkata, "I feel like wanna kiss this adorable lips. Can I?"

Oxana seperti dimandrem dan hanya mengangguk kepalanya perlahan, serentak itu terus bibir Raphael menyinggah di bibir Oxana dengan lemah-lembut sekali. They have a passionate kiss. Kepala Raphael menyenget ke belah kanan untuk mendalami ciuman hangat itu. Oxana pula sudah hanyut dengan ciuman itu. Dia mula membalas semula ciuman penuh lemah-lembut itu. Selepas 3 minit berlalu, Raphael terus menarik wajahnya dari bibir seksi Oxana dan berkata, "Hahahahahhaa senang je eh nak umpan kau. Ish ish kau ni, mudah terpedaya betul dengan aku. Kau ingat aku nak sangat ke cium kau? Terpaksa je sebab nak lari dari perbuatan gila kau. Hahahahahhahaha apalah kau ni perempuan. Aku jijik la dengan kau dasar perempuan terdesak." Sebaik sahaja kata-kata itu terlontar dari mulut Raphael, dia terus berjalan bersahaja menuju ke kereta Lamborghini hitam dengan gelak ketawa yang kuat.

Oxana yang baru sedar hanya mengetap bibirnya. Dia berasa hina kerana Raphael seperti jijik untuk menyentuhnya.

"Hmm nak buat macam mana kan. Hadap jela haihhh. Hati ni sakit tak terkata. Sabar ye Oxana. In shaa allah nanti lembutlah hati dia tu."

Oxana pun terus melangkah ke bilik tidur mereka untuk mengambil beg tangannya untuk pergi ke pejabat. Mereka pergi berasingan kerana Raphael tidak suka dengan kehadirannya. Oxana pula hanya mengikut sahaja kehendak lelaki itu dengan hati terbuka. Dia malas mahu mengambil pusing. Yela mulut lelaki itu sangat menyebalkan dan buat dia kecewa tapi hanya kesabaran sahaja yang buat dia kembali tenang.

Setelah mengambil beg tangannya yang berjenama Saint Laurent, dia pun terus melangkah ke garaj kereta untuk menaiki Lamborghini Aventador berwarna kelabu miliknya.  Keretanya terus menderum laju membelah jalan menuju ke pejabat.

Sampai sahaja di pejabat, dia terus berlalu ke meja kerjanya. Dia tiada mood untuk bercakap banyak hari ini dengan apa yang telah berlaku. Dia terus membuka laptop dan mulakan kerjanya. Apabila waktu telah menginjak ke pukul 9 pagi, dia terus pergi ke pantry untuk membuat air hot chocolate untuk lelaki yang bergelar suaminya. Dia sedaya upaya untuk tidak bertemu empat mata dengan jejaka itu tetapi tidak boleh kerana dia wajib berada di samping bossnya untuk berjumpa dengan client mereka.

Setelah selesai membacuh hot chocolate itu, dia pun mengetuk pintu seperti biasa dan Raphael menyahut dan tersenyum sinis memandang ke arahnya. Oxana hanya membuat muka selamba dan terus memberitahu tentang jadual pada hari tersebut. Raphael mendengar dengan fokus sekali sambil meneliti setiap pergerakan bibir seksi itu. Dia mula menelan air liur kerana teringat ciuman hangat pagi tadi. Dia mahu merasakan bibir itu lagi sekali tetapi akalnya cepat-cepat menghapuskan bayangan liarnya.

"Okay today, we have a meeting with Mr. Ian Gabriel Zeeshan at 10.30 am. The biggest company from Spain. They want to have a collaboration with us about innovation in advanced automatic jet.", kata Oxana dengan nada biasa.

"Okay noted. So we go together with my car.", balas Raphael dengan wajah datar.

"Noted boss.", jawab Oxana sambil menunduk hormat dan berlalu keluar dari pejabat itu.

Raphael pula hanya memandang hairan tingkah laku Oxana yang seakan kaku dan dingin dengannya. Bibir comel itu juga tidak banyak bercakap dan tidak membahas tentang kejadian yang berlaku pagi tadi.

❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹

Juan masuk ke dalam pejabat majikannya dan memberitahu bahawa mereka akan ada meeting bersama syarikat Perancis.

Ian hanya mengangguk dan duduk menyemak fail yang masih bersisa untuk projek-projek besar berkenaan dengan hotel, restoran, cafe, shopping mall, penjualan jet dan banyak lagi.

Juan pun keluar dan Ian pun mula tersenyum sinis dan hatinya mula berkata, "I'm coming Valentina. We gonna meet up. I can't wait to see your pretty face."

Setelah itu, dia pun menyambung semula tugasnya sementara menunggu waktu untuk pergi meeting bersama syarikat Grand Hubert.

Setelah 35 minit berlalu, Ian terus bangun dan keluar dari bilik pejabat itu diikuti dengan Juan untuk menghadiri meeting collaboration antara syarikat perancis dan spanish.

"See you baby. I'm gonna snatch you from him.", getus hati Ian dengan bersemangat sekali. Mereka melangkah ke parking lot yang menempatkan BMW milik Ian. Juan terus membawa kereta itu dengan berhemat sekali menuju ke destinasi yang telah ditetapkan bersama.

❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹

Raphael dan Oxana yang berada dalam kereta Lamborghini milik Raphael hanya senyap tanpa suara. Raphael mula berasa semakin pelik dengan tingkah laku Oxana. Oxana pula masih bisu sambil memandang ke luar tingkap kereta tersebut.

"Oiii, takde mulut ke?", tanya Raphael dengan sinisnya.

Oxana hanya membuat tidak tahu sahaja. Raphael yang melihat tiada tindak balas Oxana mula berasa panas hati.

"Aku tanya tak reti jawab ke?", tanya Raphael lagi dengan menekan sedikit suaranya.

"Tak. Bawak jela kereta tu. Tak payah cakap. Bingit la telinga saya ni. Memekak je tak habis-habis. Ada jugak karang terbabas. Bila saya memekak, awak rimas la apalah. Nyeh.", balas Oxana dengan sarkastik sekali.

Raphael terus terdiam dan fokus pada pemanduannya. Dia berasa tersentak kerana ayat yang dilontarkan oleh Oxana sangat menyakitkan hatinya. Suasa hening melanda mereka berdua di dalam kereta itu. Masing-masing melayani perasaan. Mulut terkunci tanpa sebarang suara yang dikeluarkan.

Sampai sahaja di restoran Lawrence. Mereka terus masuk ke restoran itu sambil disambut mesra degan penyambut tetamu yang berkhidmat di situ. Mereka berjalan seiring dengan muka datar sahaja dan penyambut tetamu di situ terus menunjukkan arah ke meja yang telah ditempah khas oleh CEO berketurunan spanish itu. Sampai sahaja di meja tersebut, terdapat dua orang lelaki kacak yang sudah menunggu kedatangan Raphael dan Oxana.

"Hai!!! Sorry I'm a bit late.", sapa Raphael mesra.

"Haii!!! I'm also just arrived here. It's okay. Have a sit.", balas Ian dengan tersenyum apabila melihat his Valentina is here.

Mata Ian melirik pada Oxana dan menegurnya, "Hai pretty girl!!!. Have a sit please."

Oxana pun tersenyum lebar memandang jejaka kacak itu dan menjawab, "Haiii handsome man. Alright. Thank you."

Raphael yang melihat adegan itu mula berapi kerana kemesraan di depan matanya. Ian pula tersengih suka apabila tegurannya dibalas oleh wanita pujaannya.

Mereka pun duduk dan memesan makanan yang ada di restoran itu.

"No rushing. We discuss after eat okay. Order anything you want. My treat.", kata Ian kepada Raphael dan Oxana.

"Wowww!!! Really. Yuhuuu anything????", tanya Oxana dengan suara ceria.

"Yeahhh pretty. Go on. Order as many as you want. No exception. You love to eat right?", kata Ian dengan senyuman kacaknya.

Oxana pula hanya tersengih busuk. Dia berasa gembira kerana klien mereka kali ini sangat sporting dan peramah. Tambah pula kacak. Merenyam hati Oxana tetapi hatinya tetap tertulis nama Raphael sebagai lelaki pujaannya. Biasalah gatal-gatal sikit je. Tak banyak pun. Hahahahaha. Ikut kau la Oxana oiii. Author tak larang. Janji kau bahagia sudah.

" I'm so excited!!! Yuhuuu. I feel so hungry right now. Heheheh...", ujar Oxana dengan tersenyum comel.

Ian hanya melihat dan tergelak kecil dengen keletah wanita kesukaannya.

"I love her so damn much. You will be mine my dear. I will snatch you from this man. That's my goal.", kata hati kecil Ian dengan bersemangat.

Oxana pula sangat lincah dan rancak memesan 4 jenis menu makanan sedap di situ kerana dia berasa sangat lapar.

"Bila orang dah offer, kita terima jela kan. Hahahahhaa. Yuhuu sonoknya dapat makan... Haksss...", desis hati Oxana dengan riangnya.

"Hahhaaha you are so cute girl. I know girls love to eat.", ujar Ian dengan tersengih.

"Hahahaha of course sir Ian. That's our hobby. Hehehe...", jawab Oxana dengan muka yang comel.

Raphael pula hanya diam sambil melihat perbualan Oxana dengan Ian. Dia mula berasa terpinggir tetapi hatinya pantas menepisnya.

"Kenapa diorang ni mesra sangat eh??? Haihhh karang ada jugak aku debik. Aku macam tunggul je kat sini. Dua ekor ni pula boleh beromantika depan mata aku lak. Haihhh.. Panas hati gue. Ada jugak aku blah.. Sabar sabar Raphael. Fikir ni projek besar. Karang rugi terlepas peluang pulak. Hmm. Takpelah hadap jela. Aku sampuk jela conversation diorang. Kisah apa aku!", detik hati Raphael dengan bengangnya.

"Oooo... So, how about you Ian? Everything okay about company? Many big projects?", tanya Raphael kepada Ian.

"Ooo yeahh. Everything is good. Big projects come. I feel so blessed. You? Everything is fine huh?", tanya Ian semula kepada Raphael.

"Yeah more projects so more works. Ehhehehe.. More busy. Really tiring right?", balas Raphael.

"Yeah true man. Tiring but worth at the end. Hahahaha. That's CEO job. We need to be grateful for it.", ujar Ian.

"Hahahaha yeah correct man. Let's eat. The food is here.", balas Raphael.

"Alright. I hope you enjoy this meals.", kata Ian dengan tersenyum manis.

Selesai sahaja makan, mereka pun terus berbincang mengenai collaboration bagi projek yang mencecah jutaan ringgit itu. Merema harua meneliti dengan sebaik mungkin jika tidak ia akan membawa kerugian yang sangat besar apabila berlaku suatu kecuaian.

Oxana dan Juan sangat fokus dalam menulis setiap butir yang dibincangkan oleh kedua orang jejaka kacak itu supaya tidak tertinggal satu maklumat langsung. Jika tidak, habislah nanti.

Perbincangan itu mengambil masa 2 jam 30 minit. Masing-masing berpuas hati dengan cadangan yang telah dipersetujui bersama. Setelah itu, Raphael dan Oxana terus meminta diri untuk pulang semula ke pejabat.

Ian dan Juan hanya melirik sahaja dan terus beredar dari restoran itu.

❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹

Seorang wanita misteri duduk di dalam biliknya sambil berteriak seperti orang gila disebabkan lelaki idamannya dirampas begitu oleh seorang wanita yang sangat dibencinya itu.

Dia mula berfikir cara untuk merampas semula jejaka itu dengan strategi kotornya.

"Ooooo tak sangka eh. Kau rampas Raphael daripada aku. Kau ingat kau cantik sangat nak lawan dengan aku??? Hahahahaha jangan haraplah. Takpe aku tunggu je masa yang sesuai. Aku akan musnahkan kau dari bumi ini. Aku akan pastikan kau takkan terlepas dari neraka buatan aku.", kata Tatiana dengan suara garangnya.

Dia berdendam dengan Oxana kerana baginya Oxana telah merampas jejaka pujaannya. Tulah buat apa lambat sangat kau bertindak minah oii. Oxana dah dapat dulu dah. Nyeh. Dasar lembab.

Tatiana pun mula termenung di tingkapnya sambil akal fikirannya ligat mengatur plan untuk merealisasikan kehendak yang diidamkannya.

❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹

Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat, mereka hanya ditemani radio yang mendendangkan lagu. Raphael yang masih bengang dengan perkara yang terjadi tadi mula bersuara.

"Eh, kau ni memang muka tak malu eh. Yang kau pergi mesra sangat dengan Ian tu dah kenapa. Tak pikir perasaan suami kau ni macam mana? Buat aku macam tunggul? Hah?",  tanya Raphael dengan suara keras.

"Memang pun tak tahu malu. Bukannya salah pun. Saya masih hormat dia okay. Saya hanya niat untuk beramah mesra dengan klien kita je. Eleh tu pun nak marah. Bukannya saya menjatuhkan maruah awak pun. Nyeh. Sedar pun tunggul. Ingat tak sedar.", balas Oxana selamba.

"Wah wah kau ni karang. Aku sebat dengn rotan karang. Yela korang berdua boleh pulak beromantika depan mata aku. Habis aku ni takde sape nak cakap ke? Juan tu pun tengok aku macam nak makan je. Nyeh.",  kata Raphael lagi.

"Sebat jela. Tak kisah pun. Rotan tebal ke nipis ke. Terpulang pada awak la. Saya akan balas balik. So fair and square la. Awak sebat saya. Saya sebat awak. Settle masalah. Dua-dua sakit bontot. Sembelit terus tak boleh berak. Hahhaahhaa.", cakap Oxana dengan tersengih.

"Cakap besar konon. Dah kena nanti jangan merayu kat aku pulak ye. Aku bagi warning. Jangan kata aku tak bagi amaran ye.

"Yola pakcik tua. Buatlah apa yang awak suka. Saya ok je. Jangan menyesal la kalau tiba-tiba saya jadi ganas. Amaran jugak tu haksss. Ingat ye abe pael. Rawrrr!!!"

"Kita bagi warning. Dia warning kita balik. Haihhh sabar jela aku dengan kau ni. Sehari tak buat aku berangin tak sah."

"Harao bersabar dengan seketul Oxana ni ye suamiku. Saya memang suka awak berangin sampai ribut taufan pun. Baru seronok hari-hari kita. Betul tak? Hehehhe..."

"Tak betul. Semua yang kau cakap salah sama sekali."

"Salah ke betul ada saya kisah. Nyehh... Janji saya bahagia yuhuuu..."

"Aku tak bahagia."

"Tu bukan masalah saya awak tak bahagia. Tu masalah awak. Buat apa suruh awak tak enjoy hidup dengan saya."

"Suka hati aku la. Hidup aku."

"Masalahnya hidup awak dengan saya. Kita kan dah suami isteri. Lupa ke?"

"Tak lupa pun."

"Pastu apa masalahnya? Tua-tua ni banyak betul masalah awak ye. Kadang-kadang tak faham. Benda kecik pun nak besar-besarkan."

"Memang banyak masalah. Semua berpunca dari kau. Herhhhhh!!!!"

"Masalah dia, aku pulak kena. Cisss menyampah..."

"Kutuk aku eh?"

"Kisah apa. Kutuk depan-depan kan?"

"Kutuk depan-depan pun tak fikir hati suami sendiri ke?

"Dulu jela fikir. Sekarang main redah je sebab awak pun mana pernah fikir perasaan saya. Cakap ikut sedap mulut je."

"Kemain kau eh. Ciri-ciri derhaka memang dah ada sangat dah tu dalam diri kau tu."

"Derhaka? Anda pasti ke? Hmm habis awak tu apa? Awak pun derhaka dengan saya. Nyeh.."

"Teori mana cakap suami derhaka dengan isteri. Tak habis belajar sekolah agama eh?"

"Nyeh. Cakap dengan diri sendiri ke tu? Cer tengok side mirror tu nampak diri sendiri tak??? Hahaaha. Saya habis je sekolah agama tak macam awak. Cetek ilmu."

"Wah wah kata aku pulak cetek ilmu. Habis kau tu macam penuh sangat ilmu di dada ke? Herhhhh!!!"

"Herhhh herhhh apa? Nak jadi harimau ke? Menggeram tak habis-habis. Nak kata haiwan, bukan sebab muka terlampau handsome. Haihhh untung saya ni eh jadi bini awak. Hahahahah."

"Memang handsome pun. Baru tau ke?"

"Tau lama dah. Puji sikit hidung kembang. Nyeh. Kalau boleh kembangkan la lagi boleh kira bulu hidung dalam tu ada bape ribu."

"Merepek apa kau ni. Tiba-tiba topik bulu hidung pulak. Haihhh. Kalau ada ubat sabar ni. Dah lama aku telan."

"Laaa sabar pun nak telan ubat jugak. Sabar kan separuh daripada iman. Kalau tak boleh sabar tu, maksudnya hati dah hitam la tu. Syaitan banyak bersarang tu. Ish ish ikutkan hati sangat."

"Woahhh sape kau nak label hati aku hitam? Kau bukannya nampak pun. Main cakap je. Herhhh!!!"

"Haaa tengok la tu marah-marah pula. Cer manja-manja sikit. Ehetttt... Cakap je terasa ke suamiku sayang????"

"Tak terasa cuma sakit hati je."

"Laaa sakit hati lagi rupanya. Nak saya buat apa untuk redakan sakit hati awak tu?? Nak kisss?

"Tak nak. Mulut busuk kau tu. Karang mskin berapi hati aku."

"Laaa nak bagi kiss free, tak mau pulak. Berlagak. Kita ni gosok gigi setiap hari sampai boleh nampak gigir bersinar dan berkilat. Apolah. Tak rasa maka tak cinta."

"Kiss free ke, kiss apa ke. Aku tak nak."

"Yela suamiku handsome. Nanti saya kiss Ian la. Handsome pulak tu. Kalau jadi suami saya mesti romantik je kan. Dahlah nada suara dia lemah lembut je. Full package. Hmmm cair hati ni."

"Tak rasa berdosa ke puji lelaki lain depan aku? Hmm?"

"Hmm jap pikir jap. Dosa kalau suami terasa. So saya nak tanya awak jeles ke bila saya cakap pasal Ian?"

"Tak jeles pun."

"Okay kalau macam tu. Saya citelah lagi macam seronok je cite pasal CEO spanish tu. Tetiba crush pulak kat dia hahahaha. Yuhuuu."

"Wahhhh.. Tu bukannya tiket untuk kau cite pasal dia depan aku okay."

"Lalalalalala tak dengar. Tak dengar."

Raphael hanya mengetap bibir menahan marah dengan gelagat selamba badam sumbu Oxana itu. Dia terus menekan enjin kereta Lamborghini itu dan terus kereta itu meluncur laju melalui jalan raya yang agak lengang itu.

Hahahahah saja je eh Oxana buat Raphael jeles.

Don't forget to vote and comment. Love you guys. I hope you guys enjoy reading my story. Sorry for late update. I'm just a bit busy before this to settle my intern issue. Huhu pray for me okay. I hope there's a place for me. Muah cikittt haksss ❤❤❤ !!!

Follow my account hehehe!!!

Tiktok : etourdissante_babe

Instagram : rapxana_29

次の章へ